Translate

Sabtu, 6 Februari 2010

Saiful Sambung Keterangan Pada Hari Ketiga


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini. Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Mohd Saiful memberi keterangan mengenai sampel yang diambil daripada badannya.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula kelmarin di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. 
 
Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat

Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful juga berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.



Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan berhubung sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.
Mohd Saiful berkata, dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

Beliau berkata, semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.
Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.  
 
Anwar ingin biayai pelajaran kalau terus kerja: Saiful

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menyambung keterangannya dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Anwar membuat "tawaran balas" untuk membiayai pelajarannya sekiranya beliau terus bekerja sebagai pembantu peribadi Anwar.

Mohd Saiful, 25, berkata Anwar memujuknya supaya jangan berhenti kerja dan menyuruhnya lebih berdisiplin.

Beliau berkata, Anwar memberitahunya beliau ingin membiayai pelajarannya di mana saja dan boleh mengikuti peljaran sepenuh masa serta diberi gaji penuh.

"Pada masa itu saya tidak object (menolak) tawaran itu. Kemudian setelah selesai, beberapa jam kemudian, Anwar menghantar e-mel kepada saya iaitu 'terima kasih kerana sudi menyambung perkhidmatan'," katanya.

Mohd Saiful yang memakai kot hitam dan berbaju kemeja berbelang biru berkata demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan pada perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga hari ini.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.

Mohd Saiful berkata, beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.

"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.

Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?

Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.

Di peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam pertuduhan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Mohd Saiful ialah "dia tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."

Terdahulu, menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dengan Anwar, Mohd Saiful berkata rakannya Rahimi Osman menelefonnya meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga pejabat Anwar untuk berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.

Mohd Saiful berkata, semasa berbual, Rahimi ada bertanya kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan kakitangan disebabkan ramai yang terbabit dalam pilihan raya umum ke-12.

"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihan raya," katanya.

Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.

Mohd Saiful berkata, selepas mesyuarat itu, Anwar berkata: "Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau menerimanya sebagai sukarelawan.

Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?

Mohd Saiful : Ada.

Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?

Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.

Pada prosiding itu juga, Mohd Saiful mengesahkan gambar dalam kamera litar tertutup pada pukul 4.35 petang, 26 Jun 2008, menaiki kereta berwarna merah keluar dari kondominium itu adalah dirinya. - Bernama 
 
Seluar panjang dipakai masa kejadian hadiah Anwar: Saiful 

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa seluar panjang hitam yang dipakainya pada masa kejadian adalah hadiah daripada Anwar. 

Keterangan Mohd Saiful itu membuatkan orang ramai di galeri awam yang sebelum ini khusyuk mendengar perbicaraan kes berkenaan, kedengaran berkata: "Oohh".

Anwar yang berada di kandang tertuduh dan asyik menulis, juga memandang ke arah Mohd Saiful yang sedang memberi keterangan dalam kandang saksi.

Beliau turut kelihatan menoleh ke belakang sambil berkata sesuatu kepada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang berada di tempat duduk awam, di belakang kandang tertuduh.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Ditanya Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam pemeriksaan utama, Mohd Saiful berkata seluar panjang itu kemudiannya diserahkan kepada polis ketika beliau berada dalam bilik tidur rumahnya di Bandar Utama.

Beliau berkata, di situ beliau juga menyerahkan kepada polis seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levi's yang dipakai semasa kejadian dan baju kemeja hijau jenama G2000 yang dipakai semasa membuat laporan polis.

Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful berkata, beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levi's yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya.

Mohd Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil DNA.

Beliau kemudian menandatangani setiap borang serahan barang kes itu.

Pada akhir prosiding, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar "Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah".

"Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor. Begitu juga dalam Sinar Harian," kata Karpal Singh.

Mohamed Yusof berkata: "Saya percaya ada jurugambar yang masuk ketika prosiding melawat di tempat kejadian di kondominium itu, tetapi apa yang dipersetujui, apa yang diberitahu oleh saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful) telah tiada bantahan."

Karpal Singh berkata, akhbar berkenaan menggunakan perkataan "katil" dan bukan "tempat" dan itu bukanlah apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah terbuka.

Hakim Mohamad Zabidin berkata, mahkamah tidak nampak sebarang tindakan menghina mahkamah berhubung laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian itu kerana perkataan "katil" telah pun disebut semasa prosiding mahkamah terbuka.

Perbicaraan disambung Isnin ini. - Bernama



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular