Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 10 Mac 2010

"Saya Tidak Akan Merayu Kepada Sultan Pahang" Kata Kartika


Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya. 

"Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini. 

"Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima," katanya.

Kartika berkata demikian kepada pemberita yang menemuinya di Hospital Pakar Ipoh (HPI), di sini, iaitu hospital anak bongsunya, Wan Kaitlynn Sari Dewi Muhammed Affandi, 5, menerima rawatan akibat jangkitan pada paru-paru. 

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar bahawa Kartika boleh membuat rayuan kepada Sultan Pahang untuk tidak dikenakan sebatan. 

Ibu dua anak itu sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan enggan membuat ulasan kepada media selepas mengadap Tengku Abdullah di Pahang, 4 Mac lalu.

Ini adalah satu tindakan yang betul buat Kartika kerana tidak mahu memohon pengampun dari Sultan Pahang. Walau pun kita boleh menjangka yang beliau boleh mendapat pengampunan Diraja jika beliau memohonnya. Walau pun hukuman syariah ala Umno ini tidak menepati hukum syariah yang sebenar, sekurang-kurangnya beliau sanggup menghadapinya.

Jika beliau tidak dihukum di atas dunia, tetapi di akhirat tetap beliau akan dihukum. Kenyataan beliau ini pasti akan memanaskan lagi punggung Umno/Bn dan SIS yang paling lantang menentangnya. Apalah sangat dengan hukuman sebat mengikut hukum syariah jika hendak dibandingkan dengan hukuman rotan secara sivil yang amat-amat zalim itu.

Berkaitan dengan hukuman syariah ala Umno itu, walau pun tidak menepati ciri-ciri yang sebenar, biarlah pemimpin Umno yang menanggungnya.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular