Seorang janda muslim berusia 17 tahun dari Caucasus Utara dipercayai antara yang meletupkan dirinya dalam serangan berani mati yang membunuh 40 orang di Moscow, seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang Rusia berkata.
Lebih dari 50 orang terbunuh dan 100 yang lain cedera dalam serangan berani mati di Moscow dan di sebuah bandar di wilayah Caucasus Utara yang bergejolak Dagestan, ia menimbulkan kebimbangan akan serangan daripada pejuang Islam terhadap ibukota Rusia itu.
Foto seorang wanita muda yang dikeluarkan oleh pegawai bahagian penguatkuasaan undang-undang negara Rusia di Dagestan, menunjukkan dia memakai tudung hitam dan memegang bom tangan.
Dan satu foto lagi menunjukkan wanita yang sama memegang sepucuk pistol. Foto yang sama diterbitkan dalam akhbar Kommersant pada hari Jumaat.
Satu sumber yang meminta gambarnya tidak disiarkan kerana isu tersebut terlalu sensitif, iaitu dikenali sebagai Abdurakhmanova Dzhennet kelahiran dari Dagestan berkata, wanita tersebut ialah balu kepada Magomedov Umalat 30 tahun, seorang tokoh pejuang Islam yang dibunuh oleh pasukan Rusia pada tarikh 31 Disember.
Magomedov, yang dipaparkan dalam foto-foto yang memegang pistol automatik, menyebut dirinya sebagai "Emir para mujahidin dari wilayah Dagestan ," sebuah kumpulan pejuang Islam tempatan, kata sumber itu.
Seorang jurucakap dari unit penyiasatan utama Russia mengelak daripada memberi komen ketika ditanya tentang Abdurakhmanova dan foto-foto.
Dua wanita pengebom berani mati, yang dikenali di media Rusia sebagai "Black Widows", telah melakukan misi berani mati mereka itu yang telah membunuh 40 orang. Kejadian tersebut berlaku semasa waktu sibuk di stesen kereta api metro di Moscow pada hari Isnin.
Bom pertama meletup pada jam 8.00 am melalui kereta metro di stesen Lubyanka, berhampiran dengan markas besar FSB. Bom kedua meletup 40 minit kemudian di stesen metro kultury Park.
Pengebom berani mati di Moscow dan Dagestan menunjukkan kebangkitan pejuang Islam dalam menghadapi tentera Rusia yang menggunakan kekerasan terhadap Caucasus Utara, di mana Rusia telah berperang dalam dua perang melawan pemisah Chechnya sejak jatuhnya 1991 dari Kesatuan Soviet.
Ketua FSB Alexander Bortnikov menyalahkan kumpulan militan yang berkaitan dengan Caucasus Utara atas serangan tetapi tidak diberikan butiran lebih lanjut tentang tuduhannya itu. FSB adalah badan risikan yang mengantikan KGB setelah tumbangnya Kesatuan Soviet..
Pejuang Islam Chechnya mengaku bertanggung jawab pada hari Rabu diatas pengeboman metro Moscow dan mengancam akan melancarkan lebih banyak lagi serangan di bandar-bandar Rusia.
Pemimpin pemberontak Chechnya, Doku Umarov, yang menyebut dirinya sebagai "Emir dari Emirat Caucasus," berkata dia telah memerintahkan pengeboman berani mati berkembar di Moscow untuk "menghancurkan orang-orang yang kafir" dan sebagai balasan atas dasar Perdana Menteri Vladimir Putin di Caucasus Utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan