Translate

Khamis, 15 April 2010

Tidak Beriman : Khalid Minta Harussani Nafi, Tarik Balik.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tak beriman - Mufti’.

Menurut Khalid, artikel itu terkandung di dalam keluaran ketiga akhbar berkenaan yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen.

Katanya, akhbar yang dipercayai diterbitkan oleh Umno/BN itu walaupun Umno menafikannya melaporkan Harussani berkata bahawa Khalid tidak beriman berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, baru-baru ini.

Gambar Harussani turut disiarkan pada muka surat berkenaan.

Pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi, Khalid memberi tempoh tujuh hari kepada Harussani supaya menafikan atau menarik balik kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar berkenaan.

Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Mufti Perak itu enggan berbuat demikian dalam tempoh tersebut.

Turut bersama beliau pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, Muhammad Husain (Pasir Puteh), Mohd Nasir Zakaria (Jerlun) dan Firdaus Jaafar (Jerai).

Khalid turut mempersoalkan bagaimana akhbar dengan tajuk utama HARTA S'NGOR KENA KEBAS boleh dibawa masuk ke Parlimen. (HarakahDaily)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular