Dah lama tak ulas atikel daripada barua Umno yang terkenal dengan parpukarinya. Sejak mejak jadi laki belaan Hamidah, income pun dah bertambah tebal. Bukan aku kata...... tapi barua-barua yang lain duk kata. Mungkin juga kerana hasad dengki para barua yang tak dapat apa-apa walaupun bertungkus-lumus duk tulis tapi tak dapat apa imbuhan. Baca dibawah.........
Apabila blogger Azli Shukri didalam blognya mengatakan Khairy Kitol nakal dilantik jadi Timbalan Menteri, klik sini.
Tiba-tiba je 'my blood go upstairs' terjadi kepada aku, tersentak dan
bengang dan marah pun ada, bukan apa sedang elok nama BN sedang mekar
semula tiba-tiba rasanya macam nak diletak round-up pulak rasanya.Dah banyak kali aku cakap pasal hal ini, asal ada je rombakan maka akan ada la cerita si Kitol bangsat ni nak jadi menteri! Tolonglah Tuan Presiden UMNO, janganlah dihancurkan momentum sokongan yang sedang dinikmati oleh UMNO/BN kini!
Berbaloikah dihancurkan sokongan BN hanya semata-mata untuk melantik si Kitol ini? Tuan Presiden UMNO, sekarang ni pun kita dah boleh lihat dan dengar orang ramai merungut kerana Kitol akan dibawa masuk ke dalam kabinet.
Percayalah tuan Presiden, kalau dilantik Kitol ni nanti, pasti ramai akan menjauhkan diri dari UMNO/BN ni nanti, mungkin ada segelintir ahlul UMNO lupa akan kerosakan yang dibuat Kitol namun kami rakyat marhaen tidak pernah lupa!
Tolonglah Tuan Presiden! Dengarkanlah rayuan kami ini, kami tahu melantik seseorang itu adalah hak mutlak Tuan Presiden, namun dengarkanlah permintaan kami ini untuk kebaikan UMNO/BN!
Untuk sesiapa yang mudah lupa! Aku sediakan disini link untuk mengingatkan kembali segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh si Kitol! Klik sini - sini - SINI dan SINI
Baca dan ingat balik kenapa PRU 12 dulu BN kalah teruk! Sampai bila nak bagi muka kat manusia yang cuba jatuhkan DS Najib ni? Sudah-sudahlah tu, Tuan Presiden kena tunjukkan makna sebenar Transformasi dengan tidak melantik Si Kitol bangsat ini ke dalam Kabinet!
Tolonglah Tuan Presiden! Jangan kecewakan kami!
Ini lagi satu bukti yang didedahkan oleh Blogger Tersohor GAP tentang hubungan Husam dan Kitol, KLIK SINI
Sebenarnya banyak lagi isu yang tak terjawab, hubungan KJ dengan Anwar, hubungan Kali dengan Kitol dan banyak lagi...tolonglah Tuan Presiden! Aku akan terus dedahkan pengkhianatan dan kemusnahan yang telah dibuat Kitol! Ayuh kawan-kawan semua, mari kita selamatkan UMNO/BN dari terus dimusnahkan!
(House PK)
Kesian dengar rayuan para barua-barua kat DS Najib. Marah sangat kat KJ, sampai ada yang pantang sebut nama KJ.......... betul-betul sial dan pantang tuk nenek bila sebut nama KJ. Umno dan barua-barua dari dulu lagi duk percaya dengan tilikan.
Kerana itulah bila ada je pemilihan Umno, benda yang pertama mereka cari ialah tok bomoh. Masa pemilihanlah para tok bomoh boleh merasa naik kapal terbang, duk hotel mewah dan poket kembong macam ikan buntal.
Teori R.A.H.M.A.N dan angka menjadi rujukan para pemimpin Umno. Angka 13 cukup sial buat mereka yang menyalahkan PRU 12 yang buatkan BN kalah teruk. Jika pada PRU 12, KJ kena hentam sampai lumat kerana menantu jadi hantu dan Pak Lah terpaksa letak jawatan.
Sedar tak sedar teori RAHMAN dah sampai kepenamat ditangan DS Najib ditambah pula dengan angka 13 iaitu PRU 13. Lantik atau tidak KJ dalam kabinet dapur yang baru, Umno/Bn tetap menghitung hari untuk ditalkinkan.
Melainkan jika Umno pakai semula teori RAHMAN yang sudah menjadi kitab mereka sebagai rujukan. Kalau jadilah teori tersebut dalam PRU 13 nanti, tak mustahil Rosmah yang akan jadi PM. Pasal sekarang pun dah mula belajar menjadi pemangku PM masa DS Najib tak ada sampai Muhyiddin pun pening kepala dibuatnya.
Jika pada PRU 12, BN kalah teruk maka KJ dikambing hitamkan.......... Tak mustahil juga pada PRU 13 jika BN kalah lagi, Rosmah pula akan dikambing hitamkan. Yang pasti, batu nisan sudah ditempah dan kubur pun dah digali, hanya tunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan