Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 31 Oktober 2010

Dun Galas : Rozali Isohak Baru Keluar Dari Peti Sejuk.


Majlis Veteran UMNO Kelantan menyangkal kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa PAS telah "ditendang" keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekitar 70-an dan bukannya PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO ketika itu. Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak, berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh UMNO semasa bergabung dalam BN.



Sudah lama tidak mendengar berita daripada Datuk Rozali Isohak bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah orang kuat  Ku Li semasa 'Kapal S46' masih berbau kilang, yakni masih berkilat lagi. Setelah 'Kapal S46' siap dibina, kaptennya (Ku Li) membaca ikrarnya yang terkenal bahawa beliau tidak akan meninggalkan 'Kapal S46' walaupun hanya beliau sahaja yang tinggal di atas 'Kapal S46'.


Penolong kapten 'Kapal S46', Rais Yatim awal-awal lagi telah 'Membakar Jambatan'. Beliau 'Membakar Jambatan tersebut kerana ia menghubungkan 'Kapal S46' dengan daratan milik 'Umeno Baru'. Jika jambatan tersebut masih wujud pasti ajakan,bisikan hawa nafsu akan bermain-main difikiranya yang masih lemah itu. Ini kerana bisikan-bisikan yang dimainkan oleh 'Umeno Baru' cukup kuat.


Difikirannya pasti akan terbayang-bayang dengan 'Projek', 'Pangkat', 'Kedudukan', 'Kesenangan' dan bermacam-macam lagi kenikmatan duniawi. Tapi apakan daya, bisikan hawa nafsu yang dibawa oleh 'Umeno Baru' cukup kuat dan rugi untuk dilepaskan. Akhirnya bukan awak-awak yang meninggalkan 'Kapal S46' tetapi kapten dan orang-orang kanannya yang meninggalkan 'Kapal S46'.



Dalam keadaan kewangan yang semakin mengempis dipoket kapten 'Kapal S46' yang terpaksa menanggung makan minum awak-awak, satu pakatan dengan hawa nafsu 'Umeno Baru' telah dilakukan.  Janji-janji hawa nafsu 'Umeno Baru'  benar-benar mengasyikkan, dengan beberapa syarat dalam perjanjian yang dipanggil 'Perjanjian Setan'. 


Kapten mestilah menebuk lubang di 'Kapal S46' sehingga tengelam walau pun tiada ribut dan gelombang. Dengan sisa-sisa dari 'Kapal S46' itu pula, Rais Yatim mestilah membina kembali jambatan yang telah beliau bakar. Rozali Isohak pula mestilah membuat onar, huru hara dan menghentam sehabis-habisan keatas kerajaan Kelantan baik diluar mahu pun di dalam dewan.


Ia benar-benar mengejutkan awak-awak yang terpaksa bertempiaran terjun untuk menyelamatkan diri setelah merasakan 'Kapal S46' sikit demi sedikit tengelam. Awak-awak 'Kapal S46' merasakan bahawa kapten (Ku Li) dan orang-orang kanannya telah mengkhianati sokongan yang mereka berikan dengan sepenuh hati.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang daripada BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.

"PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin UMNO merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi," katanya.  PAS, katanya, bergabung dengan UNO membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. 


Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk "Fatwa Ikut Suka PAS: UMNO Keliru dan Terus Keliru" yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS. 

Beliau sepatutnya sedar bagaimana sikap Umno terhadap rakan-rakan (parti) apabila ia mendapat kembali pengaruhnya. Lihatlah kepada dirinya sendiri sebagai contoh setelah berada didalam Umno sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu PAS 'ditendang' keluar dari Barisan Nasional.

Usahlah beliau memutarbelitkan fakta sejarah akan peranan sebenar yang dimainkan oleh Umno di Kelantan. Umnolah yang memainkan peranan besar  mewujudkan parti Berjasa agar mengucar kacirkan PAS. Umno berjaya dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS sehinggakan mereka "Mageran' Kelantan. Setelah berjaya merampas Kelantan dari PAS dengan menaja rakan subahat mereka (Berjasa), Berjasa dipinggirkan sehinggalah ianya terus lenyap tanpa batu nisan.

Alasan berhubung dengan penubuhan cawangan PAS dikawasan Umno hanya sebagai penyedap cerita sahaja. Seperti juga alasan yang mereka berikan untuk membubarkan Semangat 46 yang beliau sendiri adlah antara wataknya. 

Dun Galas : Tindakan Yang Tidak Beradab Bekas Calon BN.


Lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah bekas ADUN Galas dari Parti Semangat 46, Haji Omar Mohamad hari ini dicemari oleh insiden maki hamun oleh bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris.

Tuan Guru yang hadir selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang tengah hari tadi. Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik tiba Haji Omar menyambut mesra kehadiran Tuan Guru dan mempersilakan Tuan Guru serta rombongan masuk ke rumahnya. Ketika para tetamu bersalaman dengan Tuan Guru, Nor Idris yang telah tiba terlebih dahulu enggan berbuat demikian. Beliau sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP". Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak Mursyidul Am PAS itu berdebat dengannya.

Datuk Mohd Amar cuba menenagkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu. Tuan Guru hanya membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata Tuan Guru sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik". Sebaik air minuman dihidangkan oleh tuan rumah, tuan guru meminta Nor Idris untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar yang hanya memerhatikan telatah Nor Idris itu menyatakan tindakan tersebut boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah. Dato' Amar ketika ditemui pula menyatakan rasa kesalnya atas tindakan kurang sopan Nor Idris itu. Beliau mempersoalkan mengapa Nor Idris sebagai tetamu tidak dapat mengawal emosinya sedangkan tuan rumah tiada masalah dengan Tuan Guru.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Dun Galas : Astro Awani Barua Baru Umno.


Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut berhubung kait dengan Pakatan Rakyat dan parti PAS amnya. Oleh itu sebab itulah saya lebih suka menonton berita Astro Awani 7.45 malam.

Laporan-laporan oleh Astro Awani lebih terbuka sedikit walau pun masih memihak kepada Umno/Bn. Tetapi sejak kebelakangan ini berita dari Astro Awani amat memualkan apabila berlakunya pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Berkebetulan semalam saya tidak tidur mengadap komputer kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Sambil menaip di komputer, saya membuka TV saluran Awani 501.  Walau pun saya tidak menonton, saya tetap setia mendengar laporan-laporan dari saluran tersebut. 


Selama 24 jam saya mendengar wartawan Astro Awani menemubual beberapa orang asli. Isu yang mereka  cungkilkan adalah  berkaitan tanah ialah isu 'Ladang Rakyat'. Watak yang dipaparkan ialah Ku Li, Tok Batin dan pengerusi JKKP orang asli.



Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan (benarkah kerajaan negeri terlibat?). Yang jelas menunjukkan kemarahannya ialah pengerusi JKKK yang mahu diangkat sebagai pejuang orang asli. 

Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli. Suka atau tidak, beliau terpaksa menunjukkan peranannya sebagai pengerusi JKKP kerana elaunnya baru sahaja dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 sebulan dalam Bajet BN 2011 yang diumumkan oleh DS Najib.

Itu pun belum dikira dengan elaun kedatangan mesyuarat sebanyak RM 50 seorang dan tidak termasuk dengan kedatangan beberapa guni wang untuk semua peringkat jawatan. Semakin tiinggi pangkatnya, semakin  banyaklah habuan yang mereka terima. Itu pun jika diambil contoh bayaran RM 200 bagi setiap pengundi yang mengundi BN seperti yang berlaku di PRK Manek Urai.

Dalam keseronokan kerana muka masuk TV, beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.

Pengerusi JKKP tersebut menyuruh wartawan melihat bukti apa yang berlaku di Lojing dan Cemeron Highland. Tidak pula wartawan tersebut pergi ke Cemeron Highland untuk membenarkan kata-kata pengerusi JKKP. Mungkin malu kut, kerana Cemeron Highland adalah kepunyaan kerajaan negeri Pahang. Itulah akibatnya jika terlalu terlalu bersemangat sangat menghentam, kesudahannya kena kat dahi sendiri.
rumah12 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah13 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
White House visi Malaysia milik Ku Li
Brown House visi Malaysia, Villa Orang Asli
Ku Li ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar berkata, kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

Apakah selama 30 tahun lebih sebagai ahli parlimen Gua Musang dan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan pusat, baru kali ini cuba membantu orang asli. Andainya beliau seorang yang perihati akan untung nasib orang asli, beliau boleh melakukannya semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa pun, pengerusi JKKP itu sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan PAS Kelantan kerana memberi kebenaran untuk mendiami diatas tanah kerajaan negeri walau pun  beliau dan beberapa orang lagi adalah barua kerajaan BN. Mungkin inilah segelintar orang asli yang tidak mempunyai apa-apa saham keatas Ladang Rakyat yang diperbesar-besarkan oleh Umno.

Berkaitan pengambilan tanah untuk pembangunan, beliau sepatutnya menyalahkan kerajaan BN semasa era Tun Mahathir menjadi PM. Beliaulah yang telah meminda akta tanah negara dengan memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengambil tanah-tanah orang Melayu dan kaum Peribumi untuk pembangunan. 

Kerana itulah orang Melayu dan Peribumi semakin terpinggir ditanah air sendiri diatas kerakusan Umno/Bn merampas tanah-tanah orang Melayu dan Peribumi dengan alasan pembangunan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kerana Ku Li tidak berani mengakui apa yang telah Umno/Bn lakukan sebagaimana isu royalty minyak diperairan Kelantan.

Jika orang Melayu, Peribumi dan rakyat Malaysia amnya tidak ingin menjadi pengemis di negara sendiri, tunjukkanlah kuasa undi yang ada sebagai pengajaran buat Umno/Bn. Jangan menyesal dikemudian hari dan undi anda adalah untuk anak cucu anda sendiri.

Buat Astro Awani pula, janganlah sampai anda dicap sebagai media pencacai Umno/Bn yang baru. Buatlah laporan yang adil kerana pengkhidmatan dibayar setiap bulan. Atau anda pun akan diboikot seperti media massa pencacai yang lain.


Jumaat, 29 Oktober 2010

Dun Galas : Sokong PR, Subsidi Baja Getah Ditarik.


Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.


Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.



Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.  



“Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.



“Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat,” katanya kesal, ketika ditemui di sini.



Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.



Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .



PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi  di situ sebanyak 471 orang.



Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.



Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka  terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.



Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Anuar Tan Abdullah.



Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat  penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.



Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul  Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.



Ketika ditemui Nurul Izzah berkata,  jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.  



“Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai  pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka,” kata beliaui.



Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga  boleh menakutkan Barisan Nasional.



“Kita tengok pergerakan jentera parti  kita boleh memberi  kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk  menyokong calon PAS, “ ujarnya.



Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk  di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

Dun Galas : Kelantan Pertahan Hak Istimewa Orang Asli.


Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai 'Bumiputera'.
Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.
"Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.
"Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja," ujarnya.
Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penolakan umum Orang Asli pada kempen Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak 26 Oktober lalu mungkin disebabkan layanan adil oleh kerajaan negeri.
"Seolah-olah jabatan menindas Orang Asal di sini," ujarnya.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa majoriti dari 1,886 pengundi berdaftar di kalangan Orang Asli terbabit sedia mempertahankan legasi kebajikan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima di Dun Galas.
Pun begitu, beliau menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri supaya tidak mengabaikan tuntutan Orang Asli Semenanjung seperti di Parlimen 19 Oktober lalu.
"Pihak kerajaan sendiri sekiranya ikhlas membantu Orang Asli sebenarnya banyak lagi, bukan sekadar tidak masukkan penakrifan Orang Asli (Semenanjung) dalam Perlembagaan," ujarnya.
Melihat pada keperluan untuk mempertahan hak serta keistimewaan Orang Asli, katanya manifesto calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed antaranya bertekad untuk menubuhkan Urusetia Orang Asli sebagai meneruskan agenda kebajikan Allahyarham Chek Hashim sebelum ini.
"Dr Dzul, dalam manifestonya untuk menubuhkan Urusetia Hal Orang Asli.
HarakahDaily
"Kerajaan negeri melihat lebih luas soal kepentingan Orang Asli terutama berkaitan tanah dan kepentingan Orang Asli," beliau menambah.

Fatwa 'Ikut Suka PAS': Umno Keliru Dan Terus Keliru

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :
''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"
Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.
Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.
Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.
Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.
Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?
Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?
Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..
Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dun Galas : Kerjasama; Umno Umpama Lebai Malang.


Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.
“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.
“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam di bawah tajuk ‘TPM bidas ‘fatwa’ ikut suka Pas’.
“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, secara umumnya pemimpin DAP hari ini tidak lagi menjadi kumpulan yang anti Islam sebaliknya beransur-ansur mengenali kesucian agama ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.
“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.
“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya.
HarakahDaily

Khamis, 28 Oktober 2010

Kebesaran Allah : Mbah Maridjan Mati Dalam Keadaan Sujud.


Mayat Yang dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan yang ditemui mati dalam keadaan bersujud didalam rumahnya di kaki gunung berapi tersebut akibat terkena abu panas dari letusan gunung tersebut, di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia, 27 Okt.

Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam. 

Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan yang berusia 83 tahun.
Mereka, bagaimanapun, enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.
Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini berkata, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam. 

Beberapa hari sebelum ini, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu. 

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam. 

Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenalpasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu. 

Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur. 

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu. 

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan. 

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu. 

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ. 

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor. - BERNAMA 

Dun Galas : KJ Kata PAS Tiada Isu, Bagaimana Dengan BN.

PRK DUN GALAS - UNDILAH CALON PAS
Orang Galas kata kenapa calon Umno hanya mengaji sampai SPM je. Kemudian mereka bagi alasan yang diciplak dari PAS masa PRK Manek Urai. Anak si Yatim kata calon PAS walaupun ada pangkat doktor, tapi hanyalah calon yang dikilangkan semula.

"Tak belajar tinggi tak apa pasal orang Galas dah kenal, calon PAS orang Galas tak kenal walau ada pangkat Doktor",itu kata anak si Yatim. Belajar tinggi atau rendah bukan isunya, yang menjadi isu adalah akhlaknya. Itulah masaalah yang dihadapi oleh Umno untuk menyakinkan para pengundi baik di Malaysia mahupun di Dun Galas amnya


Benarkah calon BN lebih terkenal dari calon PAS seperti yang mereka dakwakan itu.. Kerap sangat ke orang di Dun Galas berjumpa dengan S/U Bahagian jika hendak dibandingkan dengan Dr. Zul mempunyai klinik swasta di pekan tersebut?.



KJ kata PAS tiada isu untuk diketengahkan kepada penduduk di Dun Galas. Sedangkan bagi PAS, beliau pun boleh digunakan untuk menjadi isu. Isunya, bagaimana seorang anak muda yang baru berumur 20 an dapat mengumpul berjuta-juta dalam masa yang singkat.


Beliau boleh berkongsi idea dengan penduduk Gua Musang yang rata-ratanya berada diparas kemiskinan yang paling dahsyat (itu kata Syahrizat Jalili). Bagilah sedikit tip kepada penduduk Gua Musang bagaimana beliau boleh bergelar 'Orang Kaya Baru' (OKB).


Orang Gua Musang tertanya-tanya juga, apakah dah tiada lagi calon untuk Umno ketengahkan sehinggakan S/U dijadikan calon. Sudah mula timbul rasa tidak puas hati buat sesetengah pemimpin bahagian mahupun diperingkat negeri.


Bagi mereka, mampukah Ku Li menggunakan pengaruhnya untuk memberi kemenangan kepada calon mereka. Sedangkan kerusi Galas pun Ku Li kalah kepada Dr Zul pada PRU 12 yang lalu walau pun beliau menang kerusi parlimen. Calon yang dikilangkan semula inilah yang memalukan Ku Li di kubu kuatnya sendiri.


Jika dahulu, PAS tidak akan ada harapan untuk merampas salah satu daripada 3 kerusi Dun yang berda di dalam parlimen Gua Musang. Pengaruh beliau dikalangan orang asli pun sudah tidak lagi membantu setelah kesedaran politik mula dirasai dikalangan orang asli dan penduduk Gua Musang. 


Kerana mereka sedar walau pun kerajaan pusat menidakkan pembangunan di Gua Musang, kerajaan PAS Kelantan telah berjaya membangunkan pekan tersebut walau peruntukkan disekat oleh kerajaan BN. Ditambah pula dengan kehadiran DS Rais yang menjadi orang kanan Ku Li semasa era S46.


Penduduk Gua Musang mungkin tidak akan lupa bagaimana mereka telah dipermainkan oleh 2 watak utama pemimpin S46 tersebut. Seorang tukang bakar jambatan dan seorang lagi dengan kata-katanya yang terkenal, "Saya akan tetap mempertahankan Semangat 46 walau pun hanya tinggal saya seorang sahaja".


Sikap hipokrit yang ada pada para pemimpin Umno tidak akan berubah bila ada sahaja PRK. Dengan janji tidak akan menggunakanrasuah projek, tiba-tiba Huhyiddin umum projek perumahan untuk rakyat sebanyak RM160 juta. Itu pun belum lagi penamaan calon. Alasan basi yang diberi, ianya telah dirancang sebelum PRK lagi. 


Itu bab pemimpin Umno, ini pula dengan para blogger BPN yang menyatakan bahawa mereka  dokumen sudah berada kat tangan berkaitan isu penyelewangan 'Ladang Rakyat' oleh PAS. Elok sangatlah kalau ada bahan bukti kerana kita pun nak tahu juga siapa. 


Yang musykilnya kenapa tak repot kat SPRM jika benar ada kes. Mereka pun cukup faham yang SPRM cukup mesra dengan pihak pembangkang. Jangan kata ada dokumen, dengar khabar-khabar angin pun mereka dah terpacak kat depan pejabat atau rumah. Jangan hanya tahi aje besar, tapi habuk pun tarak.

Ada pula yang kata duit baiki jalan yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dah lesap. Katanya duit dah bagi tapi jalan masih lagi berlubang. Baiknya kerajaan pusat kerana bagi duit suruh baiki jalan. Macam orang kering idea je bunyinya?. Takkan blogger BPN bodoh sangat bila cakap tentang peruntukan dari kerajaan pusat? Macam nak perli Ku Li je bunyinya kerana kebiasaan ketua bahagian lebih berkuasa daripada DO.


So............. bagaimana KJ, siapa yang sebenarnya yang tiada isu. Isunya berapa banyak wang yang digalas untuk ederan kali ini dan berapa ramai hantu dan puaka yang akan beliau bangkitkan.

Rabu, 27 Oktober 2010

Dun Galas : Lawan PAS Mainkan Sentimen Agama

Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti Islam itu dengan isu agama.

Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran agar juru  kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka.

Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang Hishamudin dari dipermainkan.

Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".
Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).
Komen PAS
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini.

Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.

"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini," kata Nasir.

Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.

Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.

Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut.

Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.
Komen DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.

HarakahDaily

Benarkah Rosmah Mansor 'Wanita Pertama'.

DS Rosmah Mansor cukup terkenal selepas DS Najib menjadi PM. Apa yang amat memalukan ialah beliau tanpa rasa malu mengaku sebagai 'Wanita Pertama'. Bukan setakat itu sahaja, malah DS Najib sendiri menyokong isterinya itu.

Untuk renungan kita semua, sememangnya DS Najib adalah 'Ketua Kerajaan' dan DYMM Agong pula adalah 'Ketua Negara'. Tetapi mengikut kedudukan dalam protokol kerajaan, DYMM menduduki tempat 'Pertama' dan DYMM Permaisuri Agong menduduki tempat 'Kedua'.

Dibawah adalah turutan mengikut Perlembagaan Negara....

1. Yang di-Pertuan Agong.
2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja
4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri
Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12. Yang di-Pertua Dewan Negara.
13. Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18. Peguam Negara.
19. Panglima Angkatan Tentera.
20. Ketua Polis Negara.
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22. Timbalan- Timbalan Menteri.
23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25. Presiden Mahkamah Rayuan.
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.
34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara.
35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39. Ketua Audit Negara.
40. Gabenor Bank Negara.
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44. Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja.
45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
47. Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).
48. Profesor-Profesor Diraja.
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51. Ahli-ahli Dewan Negara.
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
54. Panglima Tentera Darat.
55. Panglima Tentera Laut.
56. Panglima Tentera Udara.
57. Timbalan Ketua Polis Negara.
58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59. Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.
Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.).
65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.).
67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya.
70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia

Hebatnya Rosmah Mansor.

Kita sering menuding jari kepada Amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia.  AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia.  Pemimpin- pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia.
Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri.  Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini. Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah Mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala sosial buang bayi ke Belgium.
Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malaysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama.
Sabda nabi “ aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”.  Tetapi mengapa gejala sosial sering berlaku dalam Negara kita.
Kenapa gejala Islamophobia itu wujud?  Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain.  Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu.  Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah?  Adakah mereka menolak Al-Quran?  Kitab mukjizat nabi Muhammad.
Jawapanya,  mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Beginikah pemimpin yang kita mahukan?  Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.
Kini,  Najib dan Rosmah Mansor lebih terbuka fikiran mereka.  Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah.  Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.
Sangat menarik dan sangat hebat.  Rupa- rupanya,  program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor.  Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka.
Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa Kamal Attarturk.  Program tersebut telah menghina nama dan imej islam.  Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa.  Kalau dia jahil sendiri tak apa  tapi,  sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.
Ramai- ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini.  Di mana golongan dan penasihat agama kepada perdana menteri.  Adakah mulut mereka di bisukan.  Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan.  Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan.  Jika mereka masuk ke tangki najis,  pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk.  Bantahan tetap bantahan. Kita tukar kerajaan dalam PRU-13 nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.
Khairul Izwan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular