Translate

Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2011

BN Habiskan 500 Juta Duit Rakyat Hanya Dapat Kurangkan 500 Undi PAS.



Kemenangan BN yang memang dijangka awalnya menjadi kenyataan. Namun kemenangan ini membawa malapetaka buat BN sebenarnya. Bayangkanlah dengan berhabis hampir mencecah RM500 juta BN di Merlimau hanya mampu kurangkan undi PAS sekitar 500 undi sahaja berbanding PRU dalam 2008. Ini bermakna setiap satu undi kepada PAS yang telah dikurangkan BN dalam pilihanraya kali ini berjumlah RM1 juta...........
 
BN menjadi sasau kerana membayar harga yang tersangat mahal untuk satu undi PAS....BN akan menjadi sasau jika dicampur undi PAS yang juga berjaya dikurangkan sekitar 500 sahaja di PRK Kerdau. Jika di Kerdau juga BN berhabis RM500 juta......maka dalam masa dua minggu sebanyak RM1000 juta atau RM1 billion dihabiskan semata-mata untuk dua kawasan dewan undangan negeri sahaja.
 
BN akan terus mati ditelan duit apabla menjelang PRU 13 yang dicanangkan akan diadakan secepat mungkin, jika dengan hampir 1000 kawasan DUN dan Parlimen berapa banyak duit BN akan tabur..................Akhirnya semua rakyat akan tidur berselimutkan duit.
 
 BN hanya menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullahmemperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.  Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087
 
RAKYAT MENUNGGU PRU13 DENGAN PENUH KEBERANIAN UNTUK BERUBAH BAGI MENYELAMATKAN MALAYSIA. (Sumber)

Sabtu, 29 Januari 2011

Menyedarkan Chua Soi Lek. (Hishamuddin Rais)


Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia. 

NONEPagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

NONEAhmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong. 

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai.

Kawat berduri

Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 police barrierSesampainya ke satu simpang aku ternampak seorang abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan berpecah dari kumpulan perempuan ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si abang ini seorang profesional yang menyokong PAS.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

NONEAku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus.

Ponco hijau 

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 normala sudirmanBendera PAS, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan "Allahu Akbar" dan "reformasi" bertukar ganti. Aku hanya berdiri di gigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia menarik tangan aku. Lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam barisan para 'gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh.

NONETak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala.

Debat kisah peribadi pun tiada halangan
Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana.

tenang by election 220111 anwar speech 02Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentangrealpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik.

Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda.(MK)

Pelabuhan Klang : Mahkamah Nasihat SPR Tunggu Dulu..... Sah Tak Akan Ada PRK.

Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

NONEBagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman 
berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.
Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam ini.

Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

PRK Merlimau : 26 Feb Penamaan Calon, 6 Mac Pembuangan Undi.


Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

azlanAbdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, laporBernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya. (MK)

Khamis, 27 Januari 2011

Dun Tenang : Bukti MCA Semakin Terdesak Untuk PRU 13 Dan Blogger UmeNO Kering Modal... Kwek.... Kwek... Kwek !!!!

 
Blogger UmeNO sudah kering modal disaat-saat akhir dengan menyerang peribadi Cikgu Mala. Blogger UmeNO semakin merampu dan secara tidak langsung mula menunjukkan kebodohan mereka. Dengan sikap kebodohan mereka itulah maka Melayu UmeNO membiarkan Raja Porno menghina Islam.

Kerana itulah kita sebagai umat Islam perlu bersatu mempertahankan Islam daripada dihina oleh Cina MCA. Jangan kita mengharapkan Melayu UmeNO untuk menjaga kesucian Islam kerana Melayu UmeNO sudah lama bersikap anti Islam hasil tarbiah daripada penjajah British.
Bagi mereka, umat Islam mestilah dihalang daripada mengamalkan ajaran Islam kerana ia akan  merbahayakan masa depan politik mereka. Bagi mereka...
  • Agama adalah candu.
  • Politik mesti diasingkan dari agama.
  • Fitnah itu bagus selagi ianya menguntungkan.
  • Perbanyakkan hiburan dan tempat-tempat maksiat agar umat Islam akan lalai.
  • Bina masjid-masjid yang cantik bukan untuk ibadat tetapi untuk kemegahan.
  • Jika mengikut ajaran Islam, ia akan memundurkan negara.
  • Ayat suci Al-Quran ada yang elok dan ada yang tak elok, kerana itulah MAHAthir berkata,'Kita akan mengambil ayat-ayat yang elok sahaja' dengan slogan Penerapan Nilai-Nilai Islamnya.
  • Bapak Gomo, Parpukari basi dan yang sewaktu dengan adalah produk keluaran MAHAthir.
  • Rasulullah s.a.w. berjanggut kerana pada zaman itu tak ada pisau cukur.
  • Al-Quran mestilah ditafsir semula.
  • Hukum Hudud ketinggalan zaman.
  • Islam mesti diperintah bukannya memerintah.
  • Malaysia adalah 'Negara Islam' kerana ada masjid.
  • Umeno adalah parti 'Islam' terbesar didunia.
  • Ucapan 'Salam' sama dengan 'Selamat Pagi/Petang/Malam'.
  • Arak dihalalkan agar ia dapat menguji iman orang Islam.
  • Memakai tudung bagi wanita-wanita Islam belum tentu ianya seorang yang baik.
  • Perbanyakkan lesen judi kerana ianya menguntungkan negara.
  • Bahasa English melambangkan kemajuan. (kerana itulah negara Jepun dan Korea tak maju-maju pasal depa tak pandai cakap orang putih)
  • Ucapan Assalamualaikum diganti dengan 'Salam Satu Malaysia'. (salam ahli syurga kut)
Kerana itulah Raja Porno boleh menghina Islam tanpa bantahan daripada Melayu UmeNO malah merestuinya. Raja Porno sebagai Presiden MCA cuba menakut-nakut kaum Cina dalam usaha menyaingi pengaruh DAP.

Sokongan kaum Cina telah beralih kepada DAP pada PRU 12 benar-benar memalukan MCA dan Gerakan yang menjadi musuh tradisi DAP. Kaum Cina telah diaibkan oleh Raja Porno semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan kerana dalam masa yang sama beliau terjun menjadi bintang filem porno.

Oleh kerana PRU 13 hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi dan terdesak untuk meraih undi kaum Cina maka Raja Porno telah memburuk-burukkan PAS dan DAP dengan restu UmeNO. Malah UmeNO sendiri menghantar pakar fitnah mereka iaitu Bapak Gomo dan Parpukari Basi yang statusnya sendiri dipertikaikan  oleh ahli UmeNO. 

Bagi ahli UmeNO, Ku Nan mungkin tersilap menerima Parpukari Basi a/l Samy Vellu sebagai ahli UmeNO memandangkan beliau sepatutnya berada didalam parti MIC, pimpinan bapak angkatnya. Malah Ku Nan sendiri pun dipertaikan akan gelaran 'Tengku' oleh para kerabat diraja kerana nama sebenarnya adalah Adnan bin Mansor dan parti sebenarnya adalah parti KIMMA.
Itulah sikap UmeNO yang penuh dengan kepura-puraan sesuai dengan 'Penerapan' atau bahasa mudahnya  'Cetak Rompak' yang dipopulari MAHAthir Kuti.  Dari 'First Lady' sehinggalah Bapak Gomo dan Parpukari Basi, semuanya penuh dengan kepalsuan. Inilah masanya rakyat Malaysia menolak semua kepalsuan yang dijanjikan oleh parti BN (Barang Naik) dengan memberi undi kepada calon PAS, Cikgu Mala yang mewakili Pakatan Rakyat.

Khamis, 4 November 2010

Dun Galas : Selamat Mengundi Buat Pengundi Galas Dan Batu Sapi.

Tepat jam 8 pagi ini penduduk di Dun Galas dan Batu Sapi akan menunaikan kewajiban mereka untuk membuat pilihan yang tepat setelah pusat-pusat mengundi mula dibuka sebentar lagi. Semalam pengerusi SPR telah memberi amaran agar kereta-kereta tidak memasang apa pun yang berbentuk parti.

Yang pasti walau pun 10 hari telah di beri untuk berkempen, para-para jin, jembalang, puaka dan hantu pasti akan berkeliaran membawa pengeras yang berbentuk 'Fulus'. Mereka juga tidak akan ketinggalan bersama-sama mengundi.

Pada waktu ini jugalah akan bangkit dari kubur-kubur para hantu yang akan dipuja dan wajah-wajah mereka pasti berseri-seri kerana semakin muda. Ada juga yang akan memakai baju berlapis-lapis agar senang untuk mereka mengaburi mata para petugas supaya mereka dapat mengundi berkali-kali dengan berpakaian berbeza-beza.

Bagi SPR yang bersikap tidak memehak, mereka akan menganggap kejadian memberi wang zakat adalah rasuah tetapi memberi projek dibolehkan dalam negara DEMOkasi ala 1Malaysia ini. Walau apa pun buat para pengundi, orang bagi jangan ditolak......... bantai je, jadi undilah pembangkang (PAS) kerana pasti wang ehsan akan ditabur lebih banyak lagi.

Saya akan memberi maklumat setiap masa diwaktu mengundi sampai kepada penjumlahan undi.
PAS FOR ALL

Selasa, 2 November 2010

Dun Galas : Apabila TPM Suruh Jentera BN Perhebatkan Kempen.

Apabila Muhyiddin mengerahkan jentera BN perhebatkan kempen dalam pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi, beliau seakan-akan telah mendapat maklumat daripada risikan sb-sb yang BN akan kalah di Dun Galas dan mungkin terlepas parlimen Batu Sapi.
.
Dengan arahan tersebut, maka tiada lagi halal haramnya kerana yang ada pada mereka ialah 'HALANG' sahaja. Para blogger Umno/Bn semakin hilang arah dan mengila dengan maki hamunnya. Apatah lagi dengan tilikkan yang dibuat oleh Che Det bahawa BN akan menang di kedua-dua kawasan tersebut.

Seperti biasa, tilikkan yang dibuat oleh tok bomoh (Che Det) kebanyakkannya tersasar sepertimana tilikkan yang beliau buat pada PRK yang lepas-lepas. Biasalah bila para jin-jinnya selalu tersalah tempat mendarat. Beliau suruh jinnya pergi ke Gua Musang untuk buat risikkan, mereka pergi ke Cemeron Highland dan Genting Highland.

Iron Lady Umno (Hamidah), gelaran yang diberi oleh penulis upahan yang sentiasa mengikuti beliau semasa berada di Galas. Entah berapa ribu keping sampul sudah diberikan olehnya kepada penduduk di Dun Galas, tidak pula ditulis oleh penulis upahan tersebut. Buat penduduk di Gua Musang, orang bagi berapa banyak mana pun jangan ditolak. Anggaplah sebagai rezeki di musim PRK Galas.

Aktikel dibawah ini saya ambil daripada blog Pengundi Setia Sungai Rapat yang ditaja oleh YB Hamidah.

Malangnya sehingga kini tiada apa-apa pemilikan yang berlaku, malah rumah yang dikatakan bakal diduduki oleh mereka selepas PRU 2008 juga cuma hanya tinggal janji sahaja. Ini bermakna sijil yang dikurniakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12 tahun 2008 adalah sijil palsu. Difaheramkan juga Nik Aziz berjanji sendiri dengan 300 penerima sijil geran tersebut supaya mengundi PAS jika mahu program pemilikan tanah itu diteruskan. Nik Aziz juga berjanji, jika Pas berjaya menang dalam pilihan raya (PRU 2008), semua pemegang sijil itu bukan sahaja akan diberikan lot tanah seluas 10 ekar, tapak rumah malah akan  menerima bayaran sebanyak RM700 serta bonus RM200 setiap bulan.Tetapi apabila PAS menang dan dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan dengan majoriti 2/3 pemilikan tanah sepi sahaja seolah-olah tiada apa-apa janji yang pernah ditabur oleh mereka, tetapi tanah di Lojing semakin rancak digondolkan oleh syarikat dari Singapura.

Beliau tak nak hebohkan pula seramai 114 orang penduduk Gua Musang yang menerima geran daripada Tuanku Sultan pada Jumaat lepas. Sepatutnya beliau merasa malu kerana segala aktivitinya di Dun Sungai Rapat tidak diterima oleh masyarakat setempat.

Ahad, 31 Oktober 2010

Dun Galas : Rozali Isohak Baru Keluar Dari Peti Sejuk.


Majlis Veteran UMNO Kelantan menyangkal kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa PAS telah "ditendang" keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekitar 70-an dan bukannya PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO ketika itu. Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak, berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh UMNO semasa bergabung dalam BN.



Sudah lama tidak mendengar berita daripada Datuk Rozali Isohak bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah orang kuat  Ku Li semasa 'Kapal S46' masih berbau kilang, yakni masih berkilat lagi. Setelah 'Kapal S46' siap dibina, kaptennya (Ku Li) membaca ikrarnya yang terkenal bahawa beliau tidak akan meninggalkan 'Kapal S46' walaupun hanya beliau sahaja yang tinggal di atas 'Kapal S46'.


Penolong kapten 'Kapal S46', Rais Yatim awal-awal lagi telah 'Membakar Jambatan'. Beliau 'Membakar Jambatan tersebut kerana ia menghubungkan 'Kapal S46' dengan daratan milik 'Umeno Baru'. Jika jambatan tersebut masih wujud pasti ajakan,bisikan hawa nafsu akan bermain-main difikiranya yang masih lemah itu. Ini kerana bisikan-bisikan yang dimainkan oleh 'Umeno Baru' cukup kuat.


Difikirannya pasti akan terbayang-bayang dengan 'Projek', 'Pangkat', 'Kedudukan', 'Kesenangan' dan bermacam-macam lagi kenikmatan duniawi. Tapi apakan daya, bisikan hawa nafsu yang dibawa oleh 'Umeno Baru' cukup kuat dan rugi untuk dilepaskan. Akhirnya bukan awak-awak yang meninggalkan 'Kapal S46' tetapi kapten dan orang-orang kanannya yang meninggalkan 'Kapal S46'.



Dalam keadaan kewangan yang semakin mengempis dipoket kapten 'Kapal S46' yang terpaksa menanggung makan minum awak-awak, satu pakatan dengan hawa nafsu 'Umeno Baru' telah dilakukan.  Janji-janji hawa nafsu 'Umeno Baru'  benar-benar mengasyikkan, dengan beberapa syarat dalam perjanjian yang dipanggil 'Perjanjian Setan'. 


Kapten mestilah menebuk lubang di 'Kapal S46' sehingga tengelam walau pun tiada ribut dan gelombang. Dengan sisa-sisa dari 'Kapal S46' itu pula, Rais Yatim mestilah membina kembali jambatan yang telah beliau bakar. Rozali Isohak pula mestilah membuat onar, huru hara dan menghentam sehabis-habisan keatas kerajaan Kelantan baik diluar mahu pun di dalam dewan.


Ia benar-benar mengejutkan awak-awak yang terpaksa bertempiaran terjun untuk menyelamatkan diri setelah merasakan 'Kapal S46' sikit demi sedikit tengelam. Awak-awak 'Kapal S46' merasakan bahawa kapten (Ku Li) dan orang-orang kanannya telah mengkhianati sokongan yang mereka berikan dengan sepenuh hati.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang daripada BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.

"PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin UMNO merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi," katanya.  PAS, katanya, bergabung dengan UNO membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. 


Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk "Fatwa Ikut Suka PAS: UMNO Keliru dan Terus Keliru" yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS. 

Beliau sepatutnya sedar bagaimana sikap Umno terhadap rakan-rakan (parti) apabila ia mendapat kembali pengaruhnya. Lihatlah kepada dirinya sendiri sebagai contoh setelah berada didalam Umno sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu PAS 'ditendang' keluar dari Barisan Nasional.

Usahlah beliau memutarbelitkan fakta sejarah akan peranan sebenar yang dimainkan oleh Umno di Kelantan. Umnolah yang memainkan peranan besar  mewujudkan parti Berjasa agar mengucar kacirkan PAS. Umno berjaya dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS sehinggakan mereka "Mageran' Kelantan. Setelah berjaya merampas Kelantan dari PAS dengan menaja rakan subahat mereka (Berjasa), Berjasa dipinggirkan sehinggalah ianya terus lenyap tanpa batu nisan.

Alasan berhubung dengan penubuhan cawangan PAS dikawasan Umno hanya sebagai penyedap cerita sahaja. Seperti juga alasan yang mereka berikan untuk membubarkan Semangat 46 yang beliau sendiri adlah antara wataknya. 

Dun Galas : Tindakan Yang Tidak Beradab Bekas Calon BN.


Lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah bekas ADUN Galas dari Parti Semangat 46, Haji Omar Mohamad hari ini dicemari oleh insiden maki hamun oleh bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris.

Tuan Guru yang hadir selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang tengah hari tadi. Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik tiba Haji Omar menyambut mesra kehadiran Tuan Guru dan mempersilakan Tuan Guru serta rombongan masuk ke rumahnya. Ketika para tetamu bersalaman dengan Tuan Guru, Nor Idris yang telah tiba terlebih dahulu enggan berbuat demikian. Beliau sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP". Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak Mursyidul Am PAS itu berdebat dengannya.

Datuk Mohd Amar cuba menenagkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu. Tuan Guru hanya membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata Tuan Guru sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik". Sebaik air minuman dihidangkan oleh tuan rumah, tuan guru meminta Nor Idris untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar yang hanya memerhatikan telatah Nor Idris itu menyatakan tindakan tersebut boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah. Dato' Amar ketika ditemui pula menyatakan rasa kesalnya atas tindakan kurang sopan Nor Idris itu. Beliau mempersoalkan mengapa Nor Idris sebagai tetamu tidak dapat mengawal emosinya sedangkan tuan rumah tiada masalah dengan Tuan Guru.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Dun Galas : Astro Awani Barua Baru Umno.


Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut berhubung kait dengan Pakatan Rakyat dan parti PAS amnya. Oleh itu sebab itulah saya lebih suka menonton berita Astro Awani 7.45 malam.

Laporan-laporan oleh Astro Awani lebih terbuka sedikit walau pun masih memihak kepada Umno/Bn. Tetapi sejak kebelakangan ini berita dari Astro Awani amat memualkan apabila berlakunya pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Berkebetulan semalam saya tidak tidur mengadap komputer kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Sambil menaip di komputer, saya membuka TV saluran Awani 501.  Walau pun saya tidak menonton, saya tetap setia mendengar laporan-laporan dari saluran tersebut. 


Selama 24 jam saya mendengar wartawan Astro Awani menemubual beberapa orang asli. Isu yang mereka  cungkilkan adalah  berkaitan tanah ialah isu 'Ladang Rakyat'. Watak yang dipaparkan ialah Ku Li, Tok Batin dan pengerusi JKKP orang asli.



Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan (benarkah kerajaan negeri terlibat?). Yang jelas menunjukkan kemarahannya ialah pengerusi JKKK yang mahu diangkat sebagai pejuang orang asli. 

Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli. Suka atau tidak, beliau terpaksa menunjukkan peranannya sebagai pengerusi JKKP kerana elaunnya baru sahaja dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 sebulan dalam Bajet BN 2011 yang diumumkan oleh DS Najib.

Itu pun belum dikira dengan elaun kedatangan mesyuarat sebanyak RM 50 seorang dan tidak termasuk dengan kedatangan beberapa guni wang untuk semua peringkat jawatan. Semakin tiinggi pangkatnya, semakin  banyaklah habuan yang mereka terima. Itu pun jika diambil contoh bayaran RM 200 bagi setiap pengundi yang mengundi BN seperti yang berlaku di PRK Manek Urai.

Dalam keseronokan kerana muka masuk TV, beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.

Pengerusi JKKP tersebut menyuruh wartawan melihat bukti apa yang berlaku di Lojing dan Cemeron Highland. Tidak pula wartawan tersebut pergi ke Cemeron Highland untuk membenarkan kata-kata pengerusi JKKP. Mungkin malu kut, kerana Cemeron Highland adalah kepunyaan kerajaan negeri Pahang. Itulah akibatnya jika terlalu terlalu bersemangat sangat menghentam, kesudahannya kena kat dahi sendiri.
rumah12 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah13 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
White House visi Malaysia milik Ku Li
Brown House visi Malaysia, Villa Orang Asli
Ku Li ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar berkata, kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

Apakah selama 30 tahun lebih sebagai ahli parlimen Gua Musang dan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan pusat, baru kali ini cuba membantu orang asli. Andainya beliau seorang yang perihati akan untung nasib orang asli, beliau boleh melakukannya semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa pun, pengerusi JKKP itu sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan PAS Kelantan kerana memberi kebenaran untuk mendiami diatas tanah kerajaan negeri walau pun  beliau dan beberapa orang lagi adalah barua kerajaan BN. Mungkin inilah segelintar orang asli yang tidak mempunyai apa-apa saham keatas Ladang Rakyat yang diperbesar-besarkan oleh Umno.

Berkaitan pengambilan tanah untuk pembangunan, beliau sepatutnya menyalahkan kerajaan BN semasa era Tun Mahathir menjadi PM. Beliaulah yang telah meminda akta tanah negara dengan memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengambil tanah-tanah orang Melayu dan kaum Peribumi untuk pembangunan. 

Kerana itulah orang Melayu dan Peribumi semakin terpinggir ditanah air sendiri diatas kerakusan Umno/Bn merampas tanah-tanah orang Melayu dan Peribumi dengan alasan pembangunan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kerana Ku Li tidak berani mengakui apa yang telah Umno/Bn lakukan sebagaimana isu royalty minyak diperairan Kelantan.

Jika orang Melayu, Peribumi dan rakyat Malaysia amnya tidak ingin menjadi pengemis di negara sendiri, tunjukkanlah kuasa undi yang ada sebagai pengajaran buat Umno/Bn. Jangan menyesal dikemudian hari dan undi anda adalah untuk anak cucu anda sendiri.

Buat Astro Awani pula, janganlah sampai anda dicap sebagai media pencacai Umno/Bn yang baru. Buatlah laporan yang adil kerana pengkhidmatan dibayar setiap bulan. Atau anda pun akan diboikot seperti media massa pencacai yang lain.


Jumaat, 29 Oktober 2010

Dun Galas : Sokong PR, Subsidi Baja Getah Ditarik.


Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.


Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.



Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.  



“Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.



“Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat,” katanya kesal, ketika ditemui di sini.



Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.



Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .



PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi  di situ sebanyak 471 orang.



Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.



Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka  terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.



Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Anuar Tan Abdullah.



Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat  penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.



Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul  Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.



Ketika ditemui Nurul Izzah berkata,  jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.  



“Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai  pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka,” kata beliaui.



Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga  boleh menakutkan Barisan Nasional.



“Kita tengok pergerakan jentera parti  kita boleh memberi  kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk  menyokong calon PAS, “ ujarnya.



Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk  di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

Dun Galas : Kelantan Pertahan Hak Istimewa Orang Asli.


Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai 'Bumiputera'.
Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.
"Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.
"Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja," ujarnya.
Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penolakan umum Orang Asli pada kempen Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak 26 Oktober lalu mungkin disebabkan layanan adil oleh kerajaan negeri.
"Seolah-olah jabatan menindas Orang Asal di sini," ujarnya.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa majoriti dari 1,886 pengundi berdaftar di kalangan Orang Asli terbabit sedia mempertahankan legasi kebajikan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima di Dun Galas.
Pun begitu, beliau menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri supaya tidak mengabaikan tuntutan Orang Asli Semenanjung seperti di Parlimen 19 Oktober lalu.
"Pihak kerajaan sendiri sekiranya ikhlas membantu Orang Asli sebenarnya banyak lagi, bukan sekadar tidak masukkan penakrifan Orang Asli (Semenanjung) dalam Perlembagaan," ujarnya.
Melihat pada keperluan untuk mempertahan hak serta keistimewaan Orang Asli, katanya manifesto calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed antaranya bertekad untuk menubuhkan Urusetia Orang Asli sebagai meneruskan agenda kebajikan Allahyarham Chek Hashim sebelum ini.
"Dr Dzul, dalam manifestonya untuk menubuhkan Urusetia Hal Orang Asli.
HarakahDaily
"Kerajaan negeri melihat lebih luas soal kepentingan Orang Asli terutama berkaitan tanah dan kepentingan Orang Asli," beliau menambah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular