Translate

Isnin, 24 Januari 2011

Inilah Akibatnya Bila Pelakon Porno Menjadi Presiden !!!!


MCA adalah diantara parti tertua di Malaysia yang mana usianya 62 tahun menjelang 27 Febuary ini. 54 tahun bersama Pekembar atau nama Inggerisnya Umno, daripada Perikatan kepada Barisan Nasional. 

MCA adalah parti yang penuh dengan krisis seperti juga tuannya Umno, daripada zaman Lee San Choon (Presiden ke 5) kepada zaman Neo Yee Pan (Presiden ke 6) berkrisis dengan  Tan Koon Swan (Presiden MCA ke 7). 

Pada ketika itulah MCA mula berpecah sehinggakan Tan Koon Swan terpaksa meletak jawatan berkaitan kejatuhan bank miliknya yang membawa kepada kemuflisan dan beliau terpaksa membayar RM10,000 sebulan sepanjang hayat.

Apa yang beliau belajar daripada Umno tentang nilai-nilai Islam !!! Apa yang beliau belajar dari Umno tentang menghormati Islam !!!!! Apa yang beliau belajar tentang beradab dari Umno!!!!

Tiada apa pun melainkan mereka telah disesatkan lagi oleh Umno tentang Islam yang sebenar. Jangan salahkan pelakon porno itu 100 peratus tentang aurat kerana beliau mungkin sedang memeriksa pesakitnya kat hotel tersebut, beliau kan seorang doktor.

Doktor boleh raba apa sahaja sekiranya perlu keatas pesakit hatta sampai kebilik hotel sekalipun kerana itu adalah tugas doktor. Tanpa rasa bersalah, pelakon terbaik bagi katogeri PORNO telah menghina Islam tanpa teguran daripada bapak subahatnya iaitu Umno. 

Jika beliau adalah Cina kebanyakkan pun ia tetap menjadi isu apatah lagi daripada seorang yang bergelar Presiden kepada parti ke dua terbesar dalam Barisan Nasional. Kerana itulah bekas Presiden MCA, DS Ong Tee Keat menentang beliau secara terbuka kerana beliau tahu akan peribadi Chua Soi Lek yang pasti akan memalukan MCA.

Mungkin Ong Tee Keat lebih memahami akan adab dan nilai-nilai Islam lebih dari pelakon PORNO itu hatta parti Islam terbesar di dunia itu sendiri. Kerana Umno sendiri adalah bapak segala kemungkaran yang mengaku Islam tetapi hukum agama sendiri pun mereka hina.

Saya rasa didalam kes ini, pihak Istana dan Sultan Johor patut masuk campur dengan menarik balik gelaran Datuk Seri yang telah diberi kepada pelakon PORNO itu kerana kenyataannya dilakukan didalam negeri Johor dan Sultan sendiri adalah Ketua Agama Islam. Menghina Islam umpama mereka menghina Sultan Johor sebagai ketua agama negeri dan umat Islam di Malaysia dan dunia amnya.

Buat blogger BPN dan Nadi Rakyat, usahlah memberi hujah yang kamu sendiri tidak faham apa itu Islam. Usahlah nak bangkitkan tentang PAS Kelantan tak laksanakan Hudud kerana ber'TUHAN'kan Mahathir. Atas hujah kerana amaran Mahathir maka PAS takut melaksanakannya, sedangkan Hudud mesti  melibatkan semua pihak yang mengaku Islam. (Baca Sini)

Saya langsung tidak hairan jika Karpal Singh memberi amaran 'Langkah mayatnya dahulu jika nak laksanakan hukum Hudud' di Malaysia. Ini kerana beliau melihat Umno yang mengaku 100 peratus Islam tulin, setulin tulinnya tanpa tiada yang setulin mereka pun menghina hukum tersebut.

Dengan alasan takut jalan raya tak boleh buat pasal batu dah tiada kerana duk merejam siang malam. Habislah rakyat Malaysia akan kudung tangan dipotong kerana mencuri. Malaysia tidak mengharamkan arak malah menghalalkannya dan membuka kelab-kelab malam untuk menguji iman orang Islam. Maka Malaysia akan kembali ke zaman unta dan Malaysia akan mundur kerana tiada pembangunan pasal orang duk beramal ibadat.

Apatah lagi sampai ke satu tahap bekas PM sendiri pun menyatakan bahawa hukum Syari'ah yakni hukum Allah s.w.t. yang mencipta alam ini adalah adalah hukum lapuk dan ketinggalan zaman. Kenyataan yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila..... semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atasnya.

Walau pun kata-kata bekas PM itu benar-benar menguris hati saya sebagai seorang Islam, saya tetap mendoakan semoga beliau sempat bertaubat. Sebagai seorang Islam, kita mestilah bersangka baik kerana Allah s.w.t. menjadikan kita berbangsa-bangsa agar kita boleh bekenal-kenal apatah lagi jika ianya seorang Islam.

Sepertimana yang berlaku kepada Rais anak Yatim berkaitan isu amah, memang saya menyiarkan artikel tentang beliau tetapi saya memohon agar beliau sendiri membuat penafian kerana jika beliau berdiam diri, maka anggapan orang makin hari makin menebal.

Sebagaimana fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap calon PAS, Cikgu Normala  yang mana mereka tanpa rasa bersalah telah melemparkan bermacam-macam hinaan sehingga menuduh beliau berzina. Inilah hasil didikan yang telah diberikan oleh Umno, parti Islam terbesar di dunia kepada rakyat Malaysia yang bangsa 'Melayu itu Islam, Islam itu Melayu'.

Bagi calon PAS Dun Tenang, Cikgu Normala beliau langsung tidak hairan akan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada beliau tetapi beliau kasihan terhadap blogger-blogger yang menyebar fitnah tersebut. Apa pun yang difitnahkan, beliau secara mendapat pahala. Kasihan blogger BPN, Nadi Rakyat dan yang sewaktu dengannya kerana setiap masa memakan daging saudaranya sendiri.

Bagi mereka fitnah adalah makanan harian dan disebabkan itulah blogger Nadi Rakyat, BPN seperti PapaGomo dan Parpukari sebagai contoh...... tubuh besar perut buncit. Di sinilah Allah s.w.t. telah menunjukkan keBijaksanaan dengan tidak menurunkan dosa di hadapan mata apabila kita melakukan dosa.

Bagaimana jika Allah s.w.t. memperlihatkan dosa dan pahala kepada kita sebagai contoh, bila kita buat baik 10 kg Pahala jatuh depan mata kita dan apabila kita buat dosa pula, 100 kilo dosa jatuh depan mata kita. Bolehkah anda bayangkan keadaan PapaGomo , Parpukari and the geng.

Buat pengundi Dun Tenang, undilah calon PAS untuk mendaulatkan Islam tetapi PAS tidak menjanjikan Syurga kerana itu adalah urusan Allah s.w.t. Gunakanlah undi anda dengan menolak calon yang ada hubungan dengan pelakon PORNO demi menyelamatkan anak cucu kita yang masih lagi suci.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular