Translate

Selasa, 25 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 24)





NEO-NAZIS
  
 Fasisme masih hidup hari ini. Serangan dan pencabulan keamanan oleh kumpulan-kumpulan Neo-Nazi terutamanya di Jerman, sering terjadi. Neo-Nazis yang memuja Darwin di dalam laman-laman web mereka, adalah musuh kepada bangsa Turki.

Walaupun pemimpin-pemimpin Fasis seperti Hitler dan Mussolini, dan organisasi-organisasi Nazi yang berkaitan dengan mereka (SA, SS, Gestapo) atau "Blackshirts" Mussolini yang terdapat hari ini, kelihatan seperti sesuatu yang silam, tetapi organisasi-organisasi Neo-Nazi yang mengikut idea-idea mereka masih aktif. Di dalam beberapa tahu kebelakangan ini, pergerakan rasis dan Fasis telah telah bangkit kembali di kebanyakan negara-negara Eropah. Pada awal pergerakan-pergerakan ini muncul Neo-Nazis di Jerman.

Neo-Nazis dianggotai oleh samseng-samseng, penagih dadah, dan mereka yang dahagakan darah, dan memiliki semua ciri-ciri mentaliti Fasis. Sebuah artikel berita tentang Neo-Nazis menunjukkan betapa dahaganya mereka kepada darah dan keganasan:
Darah, kehormatan, dan fanatisisme… Nilai-nilai anggota Kumpulan Fascist Olympia dapat diringkaskan di dalam tiga perkataan ini. Hari ini, organisasi ini telah mempunyai 35,000 anggota. Dan di dalam mata setiap mereka dapat dilihat keinginan luar biasa untuk terus bertambah.74
Fasisme masih hidup hari ini. Serangan dan kekacauan oleh kumpulan-kumpulan Neo-Nazis, yang menyangjung Darwin di dalam halaman-halaman web, adalah musuh kepada orang-orang Turki.
Neo-Nazis telah dipengaruhi oleh fahaman Darwinis sepertimana ketua-ketua mereka "yang hebat", Hitler dan pemimpin-pemimpin Nazi yang lain. Di dalam halaman-halaman internet yang mereka sediakan untuk propaganda Nazi yang rasialis, dengan mudah kita akan dapat menemui kata-kata Darwin dan pujian untuknya, kerana Darwin memberikan sokongan kepada semua pergerakan dan idea-idea Neo-Nazis. Tambahan pula, mereka telah mengangkat teori Darwin ini sebagai satu teori yang mesti diterima, tanpa perlunya sebarang bukti.
Serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Neo-Nazis adalah sangat kejam. Neo-Nazis merasa bangga membakar manusia hingga mati, menakut-nakutkan mereka, dan mendera kanak-kanak kecil, dan bangsa Turki adalah salah satu sasaran utama mereka. Neo-Nazis telah melahirkan kemarahan dan dendam mereka kepada bangsa Turki di dalam setiap sudut halaman internet mereka, dan menzahirkan kemarahan ini dengan tindakan. Kenyataan tentang bangsa Turki telah muncul di dalam salah satu halaman Neo-Nazis:
Sebagai contoh, sekiranya ia berkuasa hari ini, saya ingin melihat sebahagian bangsa Turki di dalam bilik gas.75

Sekali lagi individu yang menjadi asas dendam Neo-Nazis terhadap bangsa Turki ialah Charles Darwin. Neo-Nazis beranggapan mereka telah mendapat penjelasan saintifik terhadap kebencian mereka terhadap bangsa Turki dengan mengambil dakwaan-dakwaan Darwin yang salah dan bodoh berkaitan dengan mereka. Di halaman akhir bab ini kamu akan dapat menyaksikan lebih banyak laman-laman internet Neo-Nazi yang memuja Darwin dan memperlihatkan apa yang hendak mereka perkatakan tentang bangsa Turki.

Keganasan Neo-Nazi terhadap banga Turki dan orang lain semakin meningkat. Sebuah akhbar harian Turki Sabah bertarikh 12 Ogos 2000 telah memberikan satu senarai serangan-serangan Neo-Nazi ketika musim panas tahun 2000:
 -Pada bulan Jun, tingkap-tingkap Masjid Ar-Rahman di bandar Gera di negeri Thüringen telah dipecahkan.
- Dua bom api telah dilontarkan ke sebuah masjid Turki di bandar kecil Eppingen di negeri Baden-Württemberg.
- Sebutir bom api telah dilontarkan ke Masjid Hijau di bahagian Utersen, Pinneberg.
- Sebuah bangunan yang didiami oleh orang-orang Turki telah dibakar.
- Di Bochold, sebuah kafe Turki dan sebuah bangunan didiami orang-orang Lubnan telah dibakar. Empat belas orang telah tercedera, seorang berada di dalam keadaan serius.
- Di Utara Jerman, di bandar Chemnitz, seorang bayi kepada sebuah keluarga Iraq telah dicampakkan ke tanah. Muka bayi berkenaan telah tercedera apabila ia terkena konkrit.76
Neo-Nazis melakukan serangan yang ditujukan kepada orang-orang Turki di Bandar Möln pada1992.
Telah berlaku banyak kemalangan-kemalangan ganas kebelakangan ini. Dengan mengambil dendam Darwin terhadap bangsa Turki sebagai panduan, Neo-Nazi telah mengatur serangan terhadap bangsa Turki di Möln pada November 1992. Seterusnya, dalam tahun 1993, lima orang berbangsa Turki telah dibakar oleh Neo-Nazi di Solingen.77 Media telah menyifatkan kejadian ini sebagai "Serangan rasialis paling ganas di dalam sejarah Jerman semenjak era Nazi". Serangan-serangan seperti ini dapat disaksikan pada tahun-tahun berikutnya. Rumah-rumah orang Turki telah dibakar, mereka juga telah dibelasah dan dicederakan. Sepertimana serangan Jerman ke atas Holland. Di dalam satu serangan yang ditujukan kepada bangsa Turki, seorang wanita dan lima orang anaknya telah dibunuh. Mereka yang mengambil bahagian di dalam upacara perkabungan dijalankan telah menerima surat-surat ugutan yang mempunyai lambang swastika (lambang Neo-Nazi).
 
 
Halaman-halaman web Neo-Nazis. Di dalam halaman-halaman Neo-nazis ini yang memuji menyanjung Darwin, mensasarkan serangan dan ugutan kepada orang-orang Turki.
Kejadian-kejadian ini hanyalah sebahagian daripada serangan-serangan rasialis terhadap bangsa Turki. Serangan-serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan Fasis ini, pewaris-pewaris Darwin dan Fasis seperti Hitler, masih berterusan. Undang-undang rasmi masih tidak memadai untuk menyekat serangan kumpulan-kumpulan ini yang tidak berperikemanusian. Cara yang pasti dapat menghentikan mereka ialah dengan mencetuskan peperangan ideologi yang serius seiring dengan undang-undang rasmi. Kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang menganggap rasisme sebagai satu undang-undang semula jadi tidak akan berakhir selagi idea-idea Darwinis tidak ditewaskan oleh sains.
BERSAMBUNG.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular