Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 10 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 9)


KEMPEN GALLIPOLI: Di dalam kempen Gallipoli tentera Turki telah berlawan menentang kekuatan musuh-musuhnya yang diketuai oleh British, dan mereka telah kehilangan 250,000 orang.
Keinginan British untuk merealisasikan ramalan Darwin itu telah menjadi kenyataan pada Perang Dunia Kedua. Peperangan gergasi ini, yang bermula pada 1914, telah mencetuskan konflik di antara Jerman dan Austria-Hungary di sebelah pihak, dan perikatan British, Perancis, dan Rusia di sebelah pihak yang lain. Tetapi salah satu matlamat penting di dalam peperangan ini ialah untuk memusnahkan dan mengagih-agih Empayar Uthmaniyyah.
British telah menyerang Empayar Uthmaniyyah daripada dua arah yang berbeza. Yang pertama adalah barisan hadapan Canal, Palestin, dan Iraq, yang berusaha untuk merampas jajahan Uthmaniyyah di kawasan Timur Tengah. Yang kedua adalah barisan hadapan Gallipoli, salah satu peristiwa pertempuran paling berdarah di dalam Perang Dunia Pertama. Tentera Darat Turki telah bertempur bermati-matian dan telah kehilangan 250,000 orang untuk menghalang kekuatan musuh yang dikumpulkan oleh British. Sementara bagi pihak British, mereka telah menghantar lebih ramai askar India dan unit-unit Anzac yang telah diambil daripada jajahan-jajahan mereka seperti daripada Australia dan New Zealand untuk menentang orang-orang Turki, yang mereka lihat sebagai satu bangsa "yang ketinggalan", dan kemudian baru mereka menghantar askar mereka sendiri.
Gema permusuhan Darwin terhadap bangsa Turki telah berterusan selepas Perang Dunia Pertama. Kumpulan Neo-Nazi Eropah yang menyerang orang-orang Turki di Eropah masih membina inspirasi mereka daripada pendapat gila Darwin tentang bangsa Turki. Kata-kata Darwin terhadap bangsa Turki masih boleh didapati di dalam halaman-halaman internet musuh-musuh rasialis bangsa Turki. (lihat bab Perikatan Berdarah Di Antara Darwin dan Hitler)
RASISME DAN MASYARAKAT DARWINISME DI AMERIKA
Masyarakat Darwinisme telah memberikan sokongan kepada rasialis dan imperialis di negara-negara lain juga, tidak hanya Britain. Kerana itu ia berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia. Kemuncak kepada penerimaan teori ini telah muncul seorang Presiden Amerika Theodore Roosevelt. Roosevelt adalah penyokong dan pelaksana program pembersihan etnik yang dijalankan menentang orang-orang asli di atas nama "perpindahan secara paksa". Di dalam buku The Winning of the West, beliau telah mengasaskan ideologi pembunuhan beramai-ramai, yang menegaskan bahawa perang kaum untuk menghapuskan orang-orang asli Amerika adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.25 Sokongan utama beliau adalah Darwinisme, yang telah memberikannya peluang untuk mentakrifkan orang-orang asli tersebut sebagai satu spesies yang ketinggalan.
Roosevelt menyedari bahawa tidak ada satu pun persetujuan dengan orang-orang asli ini yang dihormati, dan ini juga telah memberikan satu justifikasi yang salah di sebalik teori "bangsa mundur" ini. Pada 1871, Kongres telah mengabaikan semua perjanjian yang telah dibuat bersama dengan orang-orang asli Amerika dan bercadang untuk mengasingkan mereka di pulau kematian di mana mereka dapat menanti kematian mereka. Sekiranya mereka tidak pernah diterima sebagai manusia, maka bagaimana segala perjanjian yang dilakukan bersama mereka dapat disahkan?


Di dalam bukunya "The Winning of the West", presiden Amerika Syarikat, Theodore T. Roosevelt telah mengasaskan ideologi pembunuhan beramai-ramai, dan kemudian telah melaksanakannya.
Roosevelt juga menganggarkan bahawa perang kaum yang disebutkan di atas memberikan kejayaan gemilang kepada penyebaran masyarakat yang bertutur Inggeris (Anglo-Saxons) ke seluruh dunia.26

Salah seorang penyokong rasisme Anglo-Saxon, seorang penyokong evolusi Amerika dan juga seorang pegawai agama Protestan Josiah Strong, beliau berpegang kepada logik yang sama. Beliau pernah menulis kenyataan berikut:
Apabila dunia telah memasuki tahap baru dalam sejarahnya - persaingan bangsa-bangsa terakhir di mana Anglo-Saxon terlatih. Sekiranya saya tidak salah, bangsa yang kuat ini akan melepasi Mexico, terus ke kawasan Tengah dan Selatan Amerika, merintasi pulau-pulau di laut, hingga ke Afrika dan merentasinya. Dan tiada siapa dapat meragui bahawa hasil daripada persaingan ini adalah "yang kuatlah, yang terus hidup"?27
Rasialis paling utama yang menggunakan Sosial Darwinisme untuk menjustifikasikan diri mereka sendiri adalah mereka yang memusuhi orang kulit hitam. Teori rasis mereka yang telah mengklafikasikan bangsa-bangsa kepada kasta-kasta dan menempatkan orang kulit putih sebagai bangsa paling maju dan bangsa kulit hitam sebagai bangsa yang paling primitif, telah dengan ghairahnya menganuti konsep evolusi ini.28
Seorang ahli teori evolusi yang rasialis paling terkenal, Henry Fairfield Osborn, telah menulis di dalam sebuah artikel bertajuk The Evolution of Human Racebahawa "darjah kebijaksanaan seorang Negro dewasa adalah sama dengan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun daripada spesies Homo sapiens".29
BERSAMBUNG....
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular