Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 12 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 11)

POLISI KEJAM RASIALIS SECARA DARWIN: PENGHAPUSAN ORANG-ORANG ABORIGIN
Orang-orang asli Australia dikenali sebagai Aborigin. Mereka yang tinggal di benua tersebut beratus-ratus tahun telah mengalami penghapusan paling besar di dalam sejarah dengan peluasan pendudukan orang-orang Eropah di negara tersebut. Asas ideologi penghapusan ini ialah Darwinisme. Pandangan ideologi Darwinis tentang orang-orang Aborigin telah membentuk teori liar yang telah menyeksa mereka.
Pada tahun 1870 Max Muller, seorang pakar antropologi penyokong evolusi daripada London Anthropological Review, telah membahagikan bangsa-bangsa manusia kepada tujuh kategori. Aborigin telah ditempatkan pada kedudukan yang paling bawah, dan bangsa Aryan, iaitu bangsa kulit putih Eropah, berada pada kedudukan yang paling atas. H. K. Rusden, seorang Sosial Darwinis terkenal, telah menerangkan seperti berikut tentang Aborigin pada 1876:
Konsep 'yang kuatlah, yang terus hidup' bererti yang gagah sentiasa betul. Dan kita perlu membangkitkan dan memenuhi undang-undang pilihan semula jadi ini apabila menghapuskan bangsa-bangsa Australia dan Maori yang inferior ini… dan kita membahagikan harta warisan mereka dengan baik.32









PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BANGSA ABORIGIN
:Bangsa peribumi Australia, Aborigin, telah dilihat sebagai satu spesies manusia yang tidak membangun oleh para penyokong evolusi dan telah dibunuh beramai-ramai.
Dan pada tahun 1890 Timbalan Presiden Royal Society di Tasmania, James Barnard, telah menulis: "proses pemusnahan ini adalah satu prinsip evolusi dan 'yang kuatlah, yang terus hidup' yang telah diterima umum". Oleh itu adalah tidak perlu untuk beranggapan bahawa "telah berlaku kecuaian yang teruk" di dalam pembunuhan dan pencabulan terhadap orang-orang Aborigin Australia.33
Hasil daripada pandangan rasialis, ganas, dan liar yang telah dipupuk oleh Darwin ini, satu operasi pembunuhan beramai-ramai telah dijalankan untuk menghapuskan orang-orang Aborigin ini. Kepala Aborigin telah dipaku di pintu-pintu stesen. Roti beracun telah diberikan kepada keluarga-keluarga Aborigin. Di kebanyakan kawasan-kawasan Australia, kawasan penempatan Aborigin telah dihapuskan dengan cara yang ganas dalam masa 50 tahun.34
Polisi-polisi yang ditujukan kepada orang-orang Aborigin ini tidak hanya terhenti dengan pembunuhan beramai-ramai. Ramai di antara mereka yang dilayan sebagai haiwan-haiwan eksperimen. Institut Smithsonia di Washinton D.C. telah menyimpan 15,000 orang bangsa ini yang masih berbaki. 10,000 orang Abogin Australia telah dihantar dengan kapal laut ke Museum British dengan tujuan untuk memastikan samada mereka benar-benar adalah "rantaian yang hilang" di dalam perubahan daripada haiwan kepada manusia.
Muzium-muzium ini tidak hanya berminat dengan tulang-tulang mereka, tetapi dalam masa yang sama juga mereka menyimpan otak kepunyaan orang-orang Aborigin ini dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Aborigin ini juga dibunuh untuk digunakan sebagai spesimen. Fakta di bawah membuktikan keganasan ini:
Memoir sebelum mati daripada Korah Wills, yang telah menjadi datuk bandar Bowen, Queensland pada 1866, telah menceritakan bagaimana dia telah membunuh dan memenggal seorang orang asli tempatan pada tahun 1865 untuk mendapatkan spesimen sains. Edward Ramsay, pegawai kurator Australian Museum di Sydney sejak 20 tahun daripada tahun 1874, juga telah terlibat sama. Beliau telah menerbitkan sebuah risalah yang memasukkan Aborigin di bawah tajuk "haiwan-haiwan Australia". Ia juga memberikan panduan tidak hanya bagaimana hendak merompak kubur, tetapi juga bagaimana untuk mencabut peluru daripada daging "spesimen" yang telah dibunuh.
Seorang penyokong evolusi Jerman, Amalie Dietrich (digelar juga 'Angel of Black Death') telah datang ke Australia bertanyakan pemilik-pemilik stesen tentang Aborigin untuk dibunuh bagi mendapatkan spesimen, selalunya kulit sebagai sarung pelapik dan rangka untuk majikan muziumnya. Walaupun, pernah dihalau sekurang-kurangnya sekali, tetapi dalam masa yang singkat beliau telah kembali bersama spesimennya.
Seorang mubaligh New South Wales adalah saksi kepada penyembelihan oleh polis ke atas berdozen-dozen
Aborigin, lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Empat puluh lima kepala telah dididihkan dan 10 tengkorak yang sempurna telah dibungkus untuk luar negara.
35
Eksperimen ke atas orang-orang Aborigin ini telah berlanjutan sehingga abad ke-20. Di antara metode yang digunakan di dalam eksperimen ini ialah pemisahan secara paksa anak-anak Aborigin daripada keluarga mereka. Cerita baru oleh Alan Thornhill, yang telah muncul di dalam edisi 28 April 1997 Philadelphia Daily News, telah menceritakan dengan panjang lebar tentang metode ini yang digunakan untuk menentang Aborigin, seperti berikut:
KELUARGA-KELUARGA ABORIGIN MENCERITAKAN KEMBALI PENANGKAPAN MEREKA
Associated Press - Bangsa Aborigin yang tinggal di padang pasir barat laut Australia, pernah melumurkan kulit anak-anak mereka yang cerah dengan arang, supaya kumpulan agen kerajaan tidak akan merampas mereka. "Kumpulan ini akan menangkap kamu apabila mereka menemui kamu", salah seorang kanak- kanak yang dicuri melaporkan, beberapa tahun kemudian. "Orang-orang kami akan menyembunyikan kami dan mewarnakan kami dengan arang".
"Saya telah dibawa ke Moola Bulla", kata seorang penggembala lembu yang telah diculik ketika masih kanak-kanak. "Kami berusia 5 atau 6 tahun". Kisah beliau adalah satu daripada beratus-ratus kisah yang telah didengari oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Hak Sama Taraf Australia, ketika siasatan ke atas "generasi yang dicuri". Daripada 1910 sehingga 1970-an, kira-kira 100,000 kanak-kanak Aborigin telah diambil daripada ibu bapa mereka… Kanak-kanak Aborigin yang berkulit cerah akan diberikan kepada keluarga-keluarga kulit putih sebagai anak angkat. Kanak-kanak berkulit hitam pula menjadi yatim piatu.36
Sehingga kini, kepedihannya amat dahsyat sehinggakan kebanyakan cerita-cerita telah dicetak secara diam-diam di dalam laporan akhir suruhanjaya, "Bringing Them Home". Suruhanjaya tersebut menyatakan bahawa tindakan autoriti ketika itu adalah bersamaan dengan pemusnahan bangsa seperti yang digambarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kerajaan telah menolak untuk mengikut penyiasatan yang dicadangkan di mana sebuah tribunal telah dibentuk untuk menilai bayaran ganti rugi untuk kanak-kanak yang diculik.
Seperti yang kita lihat, layanan tidak berperikemanusiaan ini, pembunuhan beramai-ramai, keganasan, kebuasan, dan pemusnahan yang dilakukan telah dijusfikasikan oleh tesis Darwin tentang "pilihan semula jadi", "perjuangan untuk terus hidup", dan "'yang kuatlah, yang terus hidup'".
Segala penyeksaan yang dialami oleh orang-orang asli Australia ini hanyalah sebahagian kecil daripada malapetaka yang dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia.
BERSAMBUNG.....
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular