Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 6 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 5)

Di dalam buku ketiganya The Mismeasure of Man, Stephen Jay Gould telah menggariskan bahawa sebahagian antropologis telah memalsukan data-data mereka untuk membuktikan "kedudukan" bangsa kulit putih. Menurut Gould, cara yang sering mereka gunakan ialah dengan memalsukan saiz otak tengkorak-tengkorak yang telah difosilkan dan ditemui mereka. Gould menyebutkan di dalam bukunya bahawa, anggaran saiz otak mempunyai kaitan dengan kebijaksanaan, ramai antropologis menambah saiz tengkorak orang kulit putih dan mengurangkan saiz tengkorak orang-orang kulit hitam dan India.14

 Di dalam buku beliau Ever Since Darwin, Gould menerangkan dakwaan pelik penyokong-penyokong Darwin yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa sebahagian bangsa adalah berkasta rendah:

Stephen Jay Gould dan bukunya yang mendedahkan sifat rasis Darwin.
Haeckel dan rakan-rakannya juga mencapai kesimpulan yang mengesahkan ketinggian darjat bangsa kulit putih Eropah Utara. Mereka telah meneliti bukti- bukti anatomi dan kelakuan manusia, dengan menggunakan apa sahaja yang dapat mereka temui daripada otak ke pusat. Herbert Spencer menulis bahawa "kebijaksanaan mereka yang tidak bertamadun… adalah sama dengan kanak- kanak yang bertamadun". Carl Vogt menyatakannya dengan lebih keras pada 1864; "Kelakuan orang dewasa Negro, jika dilihat kepada kebijaksanaannya, adalah sama dengan kanak-kanak… Beberapa bangsa telah mengasaskan bandar-bandar, memiliki sebuah organisasi yang hebat, tetapi, bagi sebahagian yang lain, kita dapat perhatikan bahawa seluruh bangsa ini, samada dahulu dan juga sekarang, tidak mempamerkan apa-apa yang menjurus ke arah pembangunan manusia atau sesuatu yang layak dipelihara".15


Dan seorang pakar anatomi perubatan Perancis, Etienne Serres bermatian mendakwa bahawa lelaki bangsa kulit hitam adalah primitif hanya kerana pusatnya berada pada paras yang lebih rendah.


Seorang evolusionis sezaman dengan Darwin, Havelock Ellis, menyokong perbezaan di antara bangsa-bangsa maju dan bangsa-bangsa mundur dengan sebuah penjelasan "saintifik", dengan mengatakan bahawa:
Kanak-kanak bagi kebanyakan bangsa Afrika berada pada tahap kebijaksanaan yang lebih rendah daripada kanak-kanak Eropah, ketika kanak-kanak Afrika tersebut membesar menjadi bodoh dan lembab, dan seluruh kehidupan sosialnya berada di dalam keadaan rutin yang sempit, kanak-kanak Eropah pula mengecapi zaman kanak-kanak yang riang.16
Seorang pakar antropologi penyokong Darwin Perancis, Vacher de Lapouge menyarankan di dalam hasil kerja beliau bertajuk Race et Milin Social Essais d'Anthroposociologie (Paris 1909) bahawa kelas bukan kulit putih adalah keturunan manusia liar yang tidak belajar untuk bertamadun, atau contoh kelas darah campuran yang mundur. Beliau mendapatkan keputusan tersebut dengan mengukur tengkorak golongan atasan Paris dan golongan bawahan di kubur. Berdasarkan keputusan beliau, berdasarkan kepada tengkorak-tengkorak mereka sebahagian manusia lebih cenderung untuk menjadi kaya, berkeyakinan diri dan merdeka, dan sebahagian yang lain bersifat konservatif, berpuas hati dengan yang sedikit, dan memiliki semua kualiti yang sesuai sebagai seorang hamba yang baik, kelas-kelas adalah hasil daripada pemilihan kesosialan, masyarakat kelas atasan berada bersama dengan bangsa-bangsa maju, darjah kesihatan ditentukan oleh indeks tengkorak. Lapouge kemudiannya telah membuat satu ramalan, "Saya berpandangan bahawa pada tahun-tahun mendatang ini manusia akan saling berbunuhan di antara satu sama lain kerana kepala mereka telah pusing atau pening"17, dan ramalan ini telah menjadi kenyataan, seperti yang akan kita lihat dengan lebih terperinci di dalam bab-bab berikutnya di dalam buku ini, dan abad ke-20 telah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan kerana rasisme…!


Dan bukan hanya pakar antropologi: pakar entromologi (mereka yang mengkaji serangga) juga telah memberikan sokongan kepada rasialis yang telah dirangka oleh Darwinisme dengan dakwaan yang tidak dapat diterima akal. Sebagai contoh, pada tahun 1861, seorang pakar entromologi Inggeris telah mencapai satu konklusi, selepas mengumpulkan kutu yang hidup di tubuh manusia di bahagian-bahagian yang berbeza di seluruh dunia, bahawa kutu satu bangsa tidak dapat hidup di atas badan orang lain, yang apabila dilihat pada peringkat sains hari ini, ia sememangnya mengarut.18 Apabila mereka yang berstatus pakar sains sanggup membuat pengumuman seperti ini, maka tidak hairanlah sebahagian rasialis dogmatik boleh menggunakan slogan-slogan yang tidak logik, tidak masuk akal, dan sama sekali tidak bererti seperti "kutu Negro pun adalah Negro juga."


Kesimpulannya, rasialis yang menyebelahi teori Darwin telah mendapat tanah subur pada pertengahan kedua abad ke-19. Kerana pada masa itu bangsa kulit putih Eropah sedang ternanti-nanti satu teori yang menyokong jenayah-jenayah mereka sendiri.

BERSAMBUNG......
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular