Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 2 Januari 2011

Tenang : PAS Lawan Secara Gentleman.

Pengarah Pilihan Raya Kecil  PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi Umno BN secara 'gentleman', berdisiplin dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar.
 
Bercakap sewaktu melancarkan jentera pemuda Pakatan di sini petang semalam, beliau juga menasihatkan jentera Umno agar tidak membuat sebarang provokasi sehingga mencabar kesabaran jentera Pakatan.

"Ingat lagi apa mereka buat pada jentera pemuda kita di Bagan Pinang? Mereka kepung bilik gerakan kita, pukul petugas kita.

"Kali ini kita nak beritahu mereka, walaupun kita begini, jangan cabar kita.

"Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Selain itu, beliau juga yakin Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan pada PRK kali ini.

Katanya, biarpun Johor dilabel kubu kuat Umno, tapi kejayaan PAS dan PR menghantar wakil rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu membuktikan label itu sudah tidak terpakai.

Dengan kekuatan dan hubungan erat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, beliau yakin, seorang lagi wakil rakyat PAS akan berjaya dihantar ke Dun itu.

"Dulu Johor dikatakan kubu kuat Umno. Tapi itu dulu, once upon a time," katanya lagi.

PRK Tenang ujarnya juga, merupakan panggilan perang dan semua jentera Pakatan harus bersedia menghadapinya.

Ianya juga sebagai medan persediaan menghadapi PRU ke 13 yang dakwanya akan berlangsung Jun tahun ini.

"Kita telah bersedia dengan gendang perang dan bersedia setiap saat.

"(Datuk Seri) Najib kena buat pilihanraya umum tahun ini juga sebab dia perlukan mandat baru.

"Mandat yang ada ini adalah mandat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi)," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Desas-desus PRU ke-13 tahun ini katanya makin jelas apabila Najib didakwa akan memanggil semua ahli parlimen BN membincangkan hal itu.
(HD)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular