Translate

Isnin, 3 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg.3)

SOSIAL DARWINISME: SATU ADAPTASI UNDANG-UNDANG RIMBA KE TABIAT MANUSIA

Salah satu dakwaan teori evolusi yang paling penting ialah asas perkembangan hidupan yang bergantung kepada "perjuangan untuk hidup" di alam semula jadi. Menurut Darwin, di dalam alam ini terdapat berbagai pertarungan untuk hidup yang tidak mengenal erti belas kasihan, iaitu konflik luaran. Yang gagah sering berjaya menawan yang lemah, dan ini yang mewujudkan peningkatan. Buku beliau bertajuk The Origin of Species, telah menghuraikan subjek ini. Di bawah bab bertajuk "The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life".
Thomas Malthus, yang telah mempengaruhi Darwin dan beranggapan bahawa peperangan dan kekurangan akan dapat mengimbangi peningkatan populasi dunia.
Sumber inspirasi Darwin di dalam perkara ini ialah buku tulisan seorang ahli ekonomi Inggeris Thomas Malthus bertajuk "An Essay on the Principle of Population". Buku ini menyatakan bahawa manusia akan menghadapi masa depan yang gelap. Malthus merumuskan bahawa populasi manusia akan meningkat pada kelajuan yang dahsyat. Jumlah mereka akan meningkat sekali ganda setiap 25 tahun. Bagaimana pun, keperluan makanan tidak meningkat pada kadar yang sama. Di dalam keadaan ini, seluruh manusia akan menghadapi ancaman bahaya kebuluran yang genting. Kuasa-kuasa yang dapat mengawal populasi ini hanyalah malapetaka, seperti peperangan, kebuluran, dan serangan penyakit. Ringkasnya, untuk membolehkan sebahagian manusia hidup, adalah perlu untuk mereka yang lain dikorbankan. Kewujudan bererti "peperangan yang berterusan".

Darwin mengakui buku Malthuslah yang telah memberikannya idea tentang perjuangan untuk hidup:
Pada Oktober 1838, iaitu lima belas bulan selepas saya memulakan penyelidikan secara sistematik, saya telah membaca secara suka-suka pendapat Malthus tentang populasi, dan telah bersedia menilai perjuangan untuk hidup yang berterusan daripada pemerhatian yang panjang terhadap habitat haiwan dan tumbuhan, ia membuatkan saya terfikir bahawa di dalam keadaan ini, variasi- variasi pilihan akan lebih terpelihara dan variasi bukan pilihan akan musnah. Hasilnya ialah pembentukan spesies-spesies baru. Akhirnya saya mendapat satu teori yang berguna.2
Pada abad ke-19, idea-idea Malthus telah diterima oleh masyarakat secara meluas. Para intelektual kelas atasan Eropah juga telah menyokong idea-idea Malthus ini. Tumpuan yang diberikan oleh Eropah abad ke-19 kepada idea-idea Malthus tentang populasi dapat diperhatikan di dalam artikel The Scientific Background of the Nazi "Race Purification" Programme:
Pada separuh awal abad ke-19, di Eropah, anggota-anggota daripada kelas yang memerintah telah berkumpul untuk membincangkan tentang "masalah populasi" yang baru ditemui dan untuk mencari jalan bagi melaksanakan mandat Malthus, meningkatkan kadar kematian orang-orang miskin. "Daripada menganjur kebersihan kepada orang miskin, kita perlu menggalakkan keadaan sebaliknya. Di bandar, kita perlu menjadikan jalan-jalan kita lebih sempit, penuhkan lebih ramai orang ke dalam rumah, dan mengharapkan pengembalian wabak-wabak. Di perkampungan pula, kita perlu membina perkampungan-perkampungan yang dekat dengan kolam-kolam bertakung, dan menggalakkan penempatan di kawasan-kawasan yang berpaya dan tidak baik.3
Hasil daripada polisi gila ini, yang kuat akan menewaskan yang lemah di dalam pertarungan untuk hidup, dan dengan ini peningkatan populasi yang melampau dapat diseimbangkan. Pada abad ke-19 England telah melancarkan program "menghancurkan orang miskin". Satu sistem industri telah asaskan di mana kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun dipaksa bekerja 16 jam setiap hari di lombong-lombong arang batu dan beribu-ribu telah mati disebabkan oleh keadaan yang teruk ini. Teori Malthus "perjuangan untuk hidup", telah mengheret berjuta-juta rakyat miskin di England kepada kehidupan yang amat menyeksakan.

Darwin yang terpengaruh dengan Malthus, telah memasukkan pandangan ini ke alam semula jadi, dan menganggap bahawa peperangan ini akan dimenangi oleh yang paling kuat dan perkasa. Dakwaan Darwin ini juga merangkumi semua tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga manusia. Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan untuk hidup ini merupakan undang-undang alam semula jadi yang berkekalan dan tidak akan berubah. Dengan menolak hakikat ciptaan, beliau telah mengajak manusia untuk meninggalkan kepercayaan-kepercayaan mereka dan prinsip-prinsip sesuatu etnik yang menjadi penghalang kepada "perjuangan untuk hidup" yang kejam ini.

Kerana itulah, teori Darwin telah mendapat sokong padu sebaik sahaja ia mula dikemukakan, mulanya di England dan kemudiannya di seluruh negara Barat. Para imperialis, kapitalis dan materialis yang menyokong teori yang menyediakan kepada mereka landasan saintifik untuk sistem politik dan sosial yang telah mereka asaskan, tidak teragak-agak untuk menerimanya. Di dalam masa yang singkat sahaja, teori evolusi ini telah mendapat perhatian berbagai bidang masyarakat manusia, daripada sosiologi kepada sejarah, daripada psikologi kepada politik. Di dalam setiap bidang, idea asasnya ialah slogan "perjuangan untuk hidup" dan "yang kuatlah yang terus hidup", dan parti-parti politik, rakyat, pentadbir, firma-firma komersial, individu-individu telah mula hidup di dalam bara slogan-slogan ini. Disebabkan ideologi yang berkuasa telah mengiktiraf Darwinisme, maka propaganda-propaganda para penyokong Darwin telah mula menyusup masuk ke berbagai bidang, daripada pendidikan kepada seni, daripada politik kepada sejarah. Ia cuba mewujudkan pertalian di antara setiap subjek dengan Darwinisme dan melihatnya dari kaca mata seorang penyokong Darwin. Hasilnya, walaupun masyarakat tidak mengenali Darwinisme, tetapi model-model masyarakat yang diingini oleh Darwinisme telah mula terbentuk.

Darwin sendiri mengakui bahawa pendangan-pandangan beliau yang berasaskan kepada evolusi telah diserapkan kepada kepercayaan etnik dan sains kemasyarakatan. Darwin menyebutkan seperti berikut kerpada H. Thiel di dalam sepucuk surat pada tahun 1869:
Anda tidak akan percaya betapa gembiranya saya mengetahui bahawa anda telah menyerapkan ke dalam moral dan sosial persoalan-persoalan yang sama dengan pandangan-pandangan yang telah saya gunakan berkaitan dengan pemindaan spesies-spesies. Saya sendiri tidak menyangka pandangan- pandangan saya akan dikembangkan begitu jauh berbeza, dan yang lebih penting, ia menguasai.4
Di dalam keadaan pertempuran di alam ini diterima sebagai fitrah semula jadi manusia, konflik-konflik yang berlaku di atas nama rasisme, Fasisme, Komunisme, dan imperialisme, dan usaha mereka yang gigih untuk menghentam golongan yang dianggap lemah, kini dapat difahami dengan sejelas-jelasnya. Kini amat mustahil untuk menghalang atau menyekat mereka yang melakukan pembunuhan berkelompok yang kejam, melayan manusia lain seperti binatang, melaga-lagakan manusia supaya saling bermusuhan, mereka yang menghina orang lain kerana bangsa mereka, mereka yang menutup perniagaan-perniagaan kecil di atas dasar persaingan, dan mereka yang menolak untuk menolong orang-orang yang fakir. Kerana mereka melakukan ini semua berdasarkan kepada undang-undang semula jadi yang "saintifik".

PENINDASAN DI SELURUH DUNIA


Pada Darwinsme, penipuan bahawa konflik dan pertempuran adalah sifat semulajadi manusia telah diterima. Hasilnya, di kebanyakan tempat di seluruh dunia, peperangan, pembunuhan, dan keganasan telah diselindung di sebalik mantel yang dikenali sebagai mantel sains, dan abad ke-20 telah menjadi satu abad kepedihan dan kesengsaraan.

Perkara baru ini kemudiannya telah dikenali sebagai "Sosial Darwinisme".

Salah seorang saintis evolusionis terkenal pada zaman kita, seorang ahli paleontologi Amerika Stephen Jay Gould menerima kebenaran ini dengan menulis kepada penerbit buku The Origin of Species dalam tahun 1859, "sebab-sebab tentang perhambaan, kolonialisme, perbezaan kaum, pertembungan kelas-kelas, dan peranan seks akan berterusan di bawah nama sains".5

TIMBANG TARA YANG KEJAM

Menurut Sosial Darwinsme, mereka yang lemah, miskin, sakit, dan mundur perlu dihapuskan, dan dilenyapkan tanpa belas kasihan. Mereka percaya bahawa ia adalah perlu untuk evolusi manusia. Salah satu sebab mengapa pada abad ke-20 tiada jawapan kepada berjuta-juta manusia yang menagih pertolongan, daripada Bosnia ke Ethopia, ialah kerana ideologi ini yang telah membebankan masyarakat dengan kejam.
Terdapat satu fakta yang perlu diberikan perhatian yang berhati-hati di sini. Setiap zaman sepanjang sejarah manusia telah menyaksikan berbagai peperangan, kekejaman, penindasan, rasisme, dan konflik. Tetapi, pada setiap masa terdapat satu agama suci yang mengajar manusia bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan menyeru mereka ke arah pendamaian, keadilan dan ketenangan. Di sebabkan manusia mengenali agama suci ini maka sekurang-kurangnya mereka dapat menerima apa yang mereka lakukan adalah salah apabila mereka melibatkan diri di dalam keganasan. Tetapi, kemudiannya pada abad ke-19, Darwin telah mengemukakan kepada mereka bahawa pertempuran untuk mencari untung dan ketidakadilan mempunyai justifikasi sains, dan menyatakan bahawa semuanya ini adalah sebahagian daripada fitrah manusia, bahawa manusia mewarisi dendam dan sifat agresif yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, dan bahawa dengan cara ini jugalah haiwan yang lebih gagah dapat selamat, undang-undang yang sama berlaku kepada manusia. Dipengaruhi dengan pemikiran ini, peperangan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai telah mula berlaku di sebahagian besar dunia. Lebih daripada itu, penyokong-penyokong Darwin telah menyokong dan menggalakkan perbuatan-perbuatan ini yang membawa banyak kesengsaraan, pertumpahan darah, dan penderitaan kepada dunia, dan membela semua perlakuan mereka. Hasil daripada sokongan saintifik yang terkenal ini, semua ideologi-ideologi berbahaya ini telah menjadi semakin kuat, dan menyebabkan abad ke-20 dicap sebagai "zaman penderitaan".

Di dalam buku "Darwin, Marx, Wagner", pensyarah ilmu sejarah Jacques Barzun telah mentafsirkan kesan-kesan kebejatan moral dunia moden kini dari segi sains, kemasyarakatan dan kebudayaan. Ulasan berikut dipetik daripada buku beliau yang mengimbas pengaruh Darwinisme kepada dunia:
Pengarang buku "Darwin, Marx, Wagner", profesor sejarah Jacques Barzun
… Di setiap negara Eropah pada sekitar tahun-tahun 1870 dan 1914 terdapat sebuah parti yang menuntut untuk mengangkat senjata, sebuah parti individu yang mahukan persaingan tidak sihat, sebuah parti imperialis yang menuntut kebebasan ke atas rakyat bawahan, sebuah parti sosialis yang mahu berkuasa, dan sebuah parti rasialis yang mendesak pembersihan dalaman menentang orang luar - setiap mereka, apabila keinginan untuk tamak dan menjadi agung gagal, telah menggunakan Spencer dan Darwin, yang menyatakan, sains adalah jelmaan… Bangsa adalah berkaitan dengan biologi, ia adalah berkaitan dengan sosiologi, ia adalah secara Darwin.6
Pada abad ke-19, apabila Darwin mengemukakan dakwaan bahawa hidupan tidak dijadikan tetapi telah terbentuk secara kebetulan, dan manusia mempunyai moyang yang sama dengan haiwan dan telah berubah secara kebetulan sebagai organisma yang paling maju peningkatannya, mungkin tidak ramai yang dapat meramalkan apakah implikasi daripada dakwaan ini. Tetapi pada abad ke-20, kesan akhir dakwaan ini telah dapat disaksikan di dalam pengalaman-pengalaman yang menakutkan. Mereka yang melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang, tidak teragak-agak untuk melonjak naik dengan menindas mereka yang lemah, menyahkan mereka yang sakit dan lemah, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai sekadar untuk membersihkan bangsa-bangsa yang mereka rasakan berbeza dan berkedudukan rendah. Kerana teori mereka yang bertopengkan sains menyatakan kepada mereka bahawa ini adalah satu "undang-undang semula jadi".

Mala petaka yang dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia bermula dengan cara ini, dan berkembang pesat ke seluruh dunia. Pada abad ke-19, sebelum materialisme dan ateisme berkembang pesat melalui sokongan yang mereka terima daripada Darwinisme, sebahagian besar masyarakat percaya bahawa Allah telah mencipta semua hidupan dan manusia tidak seperti hidupan lain, mereka dianugerahkan roh yang dijadikan oleh Allah. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan kedudukan, adalah hamba yang dijadikan oleh Tuhan. Bagaimana pun, iman yang lemah telah dipatahkan oleh Darwinisme, yang membentuk kumpulan-kumpulan masyarakat yang saling bersaing antara satu sama lain, di samping tidak menghiraukan kepentingan moral, mereka melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang. Masyarakat yang menolak sebarang tanggungjawab mereka terhadap Allah telah melahirkan satu masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Daripada kebudayaan inilah munculnya berbagai jenis "isme", dan setiap satunya telah menjadi malapetaka kepada manusia.

Di dalam halaman berikutnya, kita akan mengkaji ideologi-ideologi ini di dalam persoalan apa yang Darwinisme justifikasikan, hubungan rapat di antara ideologi-ideologi ini dan Darwinisme, dan akibat daripada kerjasama ini kepada dunia.

bersambung.............

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular