Translate

Jumaat, 18 Februari 2011

Mahathir : Melayu Yang Mudah Lupa , Setuju Tempoh PM Dihadkan 8 tahun.


Selepas beliau memerintak selama 22 tahun, Mahathir setuju tempoh PM dihadkan 8 tahun (baca). Inilah sikap Mahathir yang mudah lupa, semakin hari semakin mengarut. Pada pandangan beliau, hanya beliau sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah.

Bila dah pencen baru beliau tahu bagaimana corak pemerintahan nasionalis Umno yang beliau tinggalkan. Bila akhbar tidak memetik ucapan beliau, beliau kata Malaysia halang kebebasan bersuara sehingga beliau terpaksa menjadi seorang blogger.

22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan terhadap pengkritik beliau sehingga beliau menambah lagi akta kebebasan bersuara. Semasa beliau menjadi PM, siapa pemimpin Umno yang berani menegur beliau semuanya menjadi tikus-tikus yang kekenyangan.

Orang buat semuanya tidak betul pada pandangan beliau melainkan beliaulah yang betul sebetul-betulnya. Sekarang dah jadi ostad pula dengan manafsir ayat-ayat al-Quran apabila berhujah. Kalau orang lain guna ayat-ayat al-Quran, beliau kata orang tu memperggunakan al-Quran.

Pasal itulah beliau telah menyarankan agar ayat-ayat al-Quran ditafsirkan semula mengikut apa yang beliau suka. Beliau cukup suka kalau setiap kali berucap, orang tepuk tangan. Ini bukan tuduhan, tetapi realiti semasa beliau menjadi Mahafiraun selama 22 tahun.

Sepatutnya orang yang dah seusia beliau renungkan kembali apa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Adalah baik jika beliau bermuhasabah pada diri sendiri sebalum mengkritik orang lain.

Banyak sangat dosa beliau terhadap rakyat Malaysia, terutama umat Islam. Betapa penghinaan beliau terhadap Allah s.w.t., Rasulullah s..a.w., al-Quran dan hukum-hukum Allah s.w.t. benar-benar menguris hati umat Islam...... fikir-fikirkanlah dalam usia yang dah ditakrifkan sebagai 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.

1 ulasan:

dajal berkata...

getik aku dengar pasal orang tua nyanyuk ni...
masa dia kat atas dulu jika boleh nak sampai mati jadi pm..bila turn orang lain nak beri gap pulak..dia ni bukan apa..ada kira kira agar salah satu anak dia jadi pm macam dia juga..

sekarang anak razak yang dayus tu..lepas ni anak hidung tinggi tu..atau anak dia ke...

semua dah di congaknya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular