Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 18 Februari 2011

Speaker DUN Pakatan Didakwa Berat Sebelah?. Umno Baru Tersedar Dari Mimpi, Cuba Tanya Speaker Dewan Rakyat.

arif shah

Apakah pemimpin Umno baru tersedar dari mimpi apabila menuduh Speaker DUN yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang berat sebelah. Tuduhan ini telah dilemparkan oleh adun Umno di Pulau Pinang.

Seorang pemimpin Umno mendakwa bahawa speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperintah oleh Pakatan Rakyat bersikap berat sebelah terhadap wakil rakyat pembangkang.

ADUN Seberang Jaya Datuk Arif Shah (kiri) berkata layanan tidak adil itu telah menimbulkan rasa "tidak puashati" di kalangan wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, apabila speaker bersikap tidak adil, maka wakil rakyat tidak dapat membantah kerana speaker mempunyai kuasa "mutlak" di dewan. (baca lagi)

Inilah produk keluaran Ostad Mahathir yang mudah lupa, apabila perbuatan mereka terkena kat  batang hidung sendiri, mereka mula merampu sebagaimana yang dilakukan oleh bekas boss mereka. Mereka berjaya memperbodohkan ahli Umno, tetapi tidak kepada rakyat Malaysia yang semakin pandai.
 
Apakah mereka ini (pemimpin Umno) ada mata tetapi buta tanpa merujuk kepada apa yang berlaku di Dewan Rakyat dimana Umno meletakkan seorang 'Pendekar' sebagai speaker. Atau mereka sekadar melontar kritikan terhadap Speaker DUN untuk bacaan 'Pendekar' yang tidak pernah memberi keadilan kepada MP-MP dari PR.

Mereka boleh menipu ahli-ahli Umno tetapi tidak kepada rakyat Malaysia yang semakin celik politik. Kerana itulah mereka tidak menayangkan secara langsung apa yang berlaku didalam dewan setiap kali Dewan Rakyat bersidang.

Hakikatnya, Speaker DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat lebih adil daripada Speaker DUN yang dikuasai oleh Umno/Bn. Melainkan ianya telah diputarbelitkan oleh media massa mereka seperti utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 Suku, blogger-blogger pencacai dan agensi yang dikuasai oleh Umno/Bn.

Inilah kualiti pemimpin Umno yang telah diprodukkan oleh Ostad Mahathir yang mudah lupa tetapi tidak pernah mengaku akan kebodohan mereka. Untuk menambahkan kebodohan mereka ini, maka berita-berita tersebut akan dipanjangkan oleh blogger-blogger pencacai peliharaan mereka.


Kerana itulah Allah s.w.t. memanjangkan umur Ostad Mahathir yang mudah lupa. Bukan kerana kasihkan beliau, tetapi untuk menunjukkan tentang kerosakan yang telah beliau lakukan terhadap umat Islam dan Malaysia.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular