Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 28 Februari 2011

Tahniah Bob Lokman


Bob Lokman Lokman telah bersama-sama pimpinan PAS berkempen untuk memenangkan calon PAS di PRK Merlimau Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai telah mengejutkan pimpinan dan orang UMNO apabila menyertai PAS pada 19 Februari lalu. Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 700 orang

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).
“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.
Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.
“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya. (Selatan Online)


Bob Lokman bersama-sama penyokong PAS di Penamaan calon PRK Merlimau semalam
 













Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular