Translate

Khamis, 24 Mac 2011

'Umno Terbabit' ,Kata Anwar


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas menteri besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.

Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.

"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.

azlan"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.MK

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang rakyat nak tau, siapa lelaki dalam video sex itu. Samada konspirasi atau tidak tetapi kalau betul Anwar yang terlibat dalam aktiviti sex itu maka konspirasi sudah tak relevan. Kalau Anwar memang lelaki tersebut maka membenarkan dakwaan Anwar memang ada tabiat buruk. Itu saja yang kita nak tau.

Musuh memang pasang perangkap untuk kenakan musuhnya. Tapi yang kau masuk perangkap musuh tu kenapa? Kalau tabiat buruk, jangan salahkan orang lain yang jaja tabiat buruk kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular