Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.
Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang "mengurniakan" darjah kebesaran dan anugerah "datuk" kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.
Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan "darjah kebesaran Kelantan" kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.
"Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000. Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di Kota Bharu minggu lepas," katanya dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis - satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas.
Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan.
Sukri berkata mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, hanya Sultan Kelantan boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.
Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.
"Ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Memang PapaGomo ni jenis budak bodoh yang tak boleh nak bezakan antara realiti dengan fantasi. Elok sangatlah dia dengan puak baru ...
-
Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan ...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Kalau kamu hendak baca blog yang paling terbaik daripada terbaik........... kamu bacalah blog K.B.O, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya...
-
Lari-Lari Polis Kejar (LLPK): Tindakan Najib Menangkap Pemimpin PR Mungkin Membakar Dirinya Sendiri.Dalam usaha menyekat pendapat awam yang semakin tidak menyebelahi pentadbirannya, Najib Razak telah memulakan tindakan keras ter...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan