Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk ZulkifliAbdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.
"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.
Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.
"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Yahudi sebuah agama yang telah lama luput kebenarannya, Taurat bukan lagi kalam Allah azza wa Jalla tapi sebaliknya kata-kata dusta nista r...
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Gerakan Anti Najib/Rosmah Mungkin Blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah (GANR) patut membuat satu laporan polis berkaitan komen-komen ...
-
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan p...
-
Gambar-gambar semasa penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Dearah Hulu Selangor. Wartawan Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengs...
-
Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan po...
-
Baru sebentar tadi baru dapat melayari blog sejak hari Ahad macam-macam masaalah timbul dengan pengendalian internet buat hal. Satu blog pu...
-
Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah ...
-
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri? Omar : Ya, memang sa...
-
Sungguhpun kekuasaan dan keperkasaannya tak tertandingi, akhlak dan hatinya selembut sutra, hingga karenanya ia mudah menyerap bukti kebena...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan