Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau
akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta
membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.
Tanpa berlengah, Anwar
dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan
sedemikian.
Ketika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali
dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini
minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."
Jauh di sudut hatinya,
Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih
mengandung persoalan.
Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap
memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?
Apakah pula yang
akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil
alih parti itu dalam ketiadaannya?
Beliau memberikan beberapa kata
nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas
pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai
parti KITA.
Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar
berhubung isu yang dibangkitkan:
Malaysiakini: PKR terus diserang
berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan
mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang
betul?
DSAI: Anda tahulah ada suara-suara
liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang
belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga
yang perlu dibayar.
Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal,
tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang
baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang
berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah
sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada
peti undi yang hilang.
Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita
boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah
dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh
terima.
Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk
Seri bukan dipilih oleh parti.
DSAI: Ya, saya
bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan
resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden,
Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.
Malaysiakini:
Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan
datang?
DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan
bertanding.
Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali
ke penjara?
DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak
ada sebab (untuk didapati bersalah).
Malaysiakini: Datuk Seri
pasti?
DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak
berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh?
Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat
keputusan seperti itu?
Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes
yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang
ini.
Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia
dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.
Malaysiakini:
Datuk Seri bersedia sekiranya kembali
dipenjarakan?
DSAI: Saya telah melalui yang
terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya
seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke
penjara).
Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu
bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat
bukan?
DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak
perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya).
Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen
dan anda terpengaruh.
Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda
perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar
perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak
mahu.
Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh
mengambil alih?
DSAI: Tiada siapa yang kekal.
Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi
Tuhan, anda perlu tahu.
Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti.
Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun
anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang
kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja
daripada sistem.
Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali
sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa
disukai dalam parti.
DSAI:
Ya.
Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk
perbaiki imejnya.
DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya,
orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan
semua itu.
Malaysiakini: Jadi dia juga perlu
dipenjara?
DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai
satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh
tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya
dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah
buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'
Jadi Azmin
perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau
kelemahannya.
Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat
perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih
daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya
bila orang mula buat bandingan.
Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya
dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka
berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa
kenyataannya.
Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih
berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia
dulu [Ketawa]
Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang
baik?
DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti
untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar...
Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan
dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. ...
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad didesak segera campur tangan untuk membantu menyelesaikan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang...
-
S ultan Yang Prihatin SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan ...
-
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pe...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
-
Manipulasi Hadis Ketika kita merujuk kepada buku-buku referensi hadis dan sejarah, yang kita dapati adalah, bahwa Imam Mahdi as adalah pu...
-
h merupakan kiblat salat bagi seluruh umat muslim di dunia. Ka’bah terdapat dalam area Masjidil Haram yang terletak di kota Makkah, A...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan