Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, telah
dipindahkan dan digantung tugas sementara menunggu siasatan polis dan
siasatan dalaman berhubung dakwaannya terbabit membelasah seorang pemuda
pada lewat bulan ini.
Menurut akhbar tempatan, The Borneo Post
dalam laporannya yang memetik sekretariat Jabatan Penjara dan ketua
perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya sedang bekerjasama
dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.
Arahan itu berikutan dakwaan bahawa pengarah
sekolah pemulihan akhlak
berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya bagi membelasah seorang
lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam
29 April lalu.
Tindakan kumpulan berkenaan berjaya
dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai berkenaan. Ia
menunjukkan pemuda itu berulang-kali ditumbuk, tendang dan diterajang
serta dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali
pinggang.
Visual berkenaan sejak itu disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.
Adalah
dipercayai pengarah itu dan tiga yang lain ditahan pada 3 Mei lalu dan
kenyataan mereka dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat
laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.
Bapa
mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang
lebih tinggi" bagi memastikan “tindakan pantas dan bersesuaian”
dikenakan ke atas pengarah itu dan rakan-rakannya.
Beliau
juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup begitu sahaja, lebih-lebih
lagi ia dirakamkan di kamera keselamaatn kedai berkenaan dan tersebar di
Internet. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan