Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 3 Mei 2011

Islam Larang Semadi Jenazah Di Laut.


 

Islam melarang pengkebumian di laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa pengasas dan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah disemadikan di laut semalam, demikian menurut jurucakap Universiti Al-Azhar.

Laporan Reuters menyebut jenazah Osama telah disemadikan di utara Laut Arab mengikut upacara dan tradisi Islam.

Osama (gambar) terbunuh dalam serangan pasukan AS di timur laut Pakistan awal pagi semalam (waktu Malaysia).

“Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu,” kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dipetik AFP sebagaimana disiarkan Utusan Online hari ini.

Sheikh Ahmed berkata, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semula jadi mesti dihormati.
Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

“Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas,” jelas beliau. Insider
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular