Selepas pencalonan ditutup, enam orang layak bertanding jawatan timbalan
presiden PAS manakala 14 lagi layak bertanding untuk tiga jawatan naib presiden
dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu bulan depan.
Mereka yang
layak bertanding timbalan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul
Razak, Datuk Husam Musa (exco kerajaan Kelantan), Mohamad Sabu (bekas naib
presiden), Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan dua naib presiden - Salahudin
Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ia diumumkan oleh pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan parti, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam satu sidang
media hari ini.
Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu
mendedahkan jumlah yang diperolehi oleh setiap calon.
"Kita tidak
umum...Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada
calon)," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti.
Manakala
14 yang layak bertanding naib presiden termasuklah tiga penyandangnya -
Salahudin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar. Yang lainnya termasuklah ketua
penerangan Idris Ahmad, AJK pusat Mazlan Aliman, exco kerajaan Kelantan Datuk
Mohamad Amar Abdullah dan bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan penyandang sekarang
Mujahid Yusof Rawa.
Husam, Mohamad Sabu, Azizan dan Nasharuddin turut
menerima pencalonan yang mencukupi untuk layak bertanding naib presiden.
Manakala 82 orang lagi layak untuk bertanding mengisi 18 kerusi jawatankuasa
PAS pusat (AJK).
Abdul Halim berkata, pihaknya hanya akan memaklumkan jumlah pencalonan yang
diterima, kepada calon-calon yang layak.
Menurutnya, pihaknya akan
memaklum kepada mereka melalui surat bermula hari ini sehingga 26 Jun
ini.
Dan mereka perlu menjawab sama ada untuk menerima atau menolak
pencalonan melalui surat, atau sms atau faks.
"(Hantar sesuatu) yang kita
boleh pegang oleh jawatankuasa (pemilihan)," kata Abdul Halim yang juga ahli
parlimen Pengkalan Chepa. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Nampaknya Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat terlalu ghairah berpolitik sehinggakan sanggup menepikan dasar parti PAS kerana mengeluarkan ken...
-
IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. ...
-
(Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi) PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicar...
-
Anda meminati kereta-kereta mewah?. Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik. Tak dapat naik........ dapat sentuh pun ok...
-
Salam Ku Yem, kalau tak silap ana, hanya elaun sultan saja yang dikecualikan dari cukai pendapatan. Bilakah kali terakhir anta bayar tax...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan