Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 13 Jun 2011

Belajar: Dunia Semut. (Bhg 4)

"Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut "pemberi makan", dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.
Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya."
Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya dan gerombolannya adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui bahawa Allah telah menjadikannya begitu tidak mementingkan diri sendiri, membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang diberitahunya kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang baik yang Allah sukai.
Dia telah terlewat dan perlu pergi segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia terpaksa pergi, tetapi dia akan datang bertemu dengannya esok.
Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat kecilnya. Selepas beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa dia tidak sabar menanti sepanjang malam untuk bertemu dengannya lagi. Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan kepadanya keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat tinggalnya:
"Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil, sarang kami amat besar, tidak ubah seperti ibu pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya. Kerana, seperti yang telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.
Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu, malah berjuta-juta semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam keadaan yang paling mudah.
Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika kami mendirikan bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai paras-paras bawah tanah yang hanya mengehadkan sejumlah cahaya matahari masuk. Tetapi terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya matahari diperlukan. Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari pada sudut paling luas. Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian yang perlu berada dalam keadaan berhubungan di antara satu sama lain. Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain, supaya semut-semut dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah. Ruang simpanan kami, di mana bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian yang terpisah di satu bahagian bangunan. Bilik-bilik kecil di mana kami menyimpan makanan kami ditempatkan di tempat-tempat yang mudah dicapai. Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan di mana kami berkumpul pada waktu-waktu tertentu".
kita dapat melihat sebuah bandar bawah tanah. Walaupun tubuh mereka kecil, mereka dapat membina bandar-bandar yang begitu besar.

Bersambung
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular