Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 15 Jun 2011

Kenyataan Jahat Zahrain Dan Zul Kulim.


Satu kenyataan jahat dari si katak Zahrain dan Zul Kulim apabila menuduh pihak penganjur BERSIH 2.0 telah menyuruh rakyat merusuh sepertimana yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Tindakan beliau membawa isu ini ke parlimen telah ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara. Zahrain berkata tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

Inilah kerja beliau dan Zul Kulim selepas menjadi pencacai Umno dengan menggunakan kedudukannya sebagai ahli parlimen. Kenyataan Zul kulim yang melemparkan tuduhan bahawa rusuhan semasa pemecatan Anwar adalah arahan pihak pembangkang supaya melakukan huru hara di Kuala Lumpur lalu adalah bersifat jahat. Sudahlah hasil yang beliau perolehi sebagai ahli parlimen adalah kerana penat lelah dan sumbangan dari penyokong Pakatan Rakyat.

Saya mengharapkan agar segala sumbangan tenaga dan wang ringgit dari penyokong pakatan Rakyat sehingga memenangkan beliau tidak akan di redha dunia dan akhirat. Saudara sendiri nilai bagaimana moral seorang yang sentiasa berkopiah dan memang tepatlah apabila PAS tidak mencalonkan beliau sehingga terpaksa bertenggek kepada PKR. 

Beliau sekarang ini telah menghalalkan apa yang beliau haramkan semasa berada dalam Pakatan Rakyat. beliau menglalalkan perbuatan Najib meletakkan kalungan bunga di kubur Mustafa Kamal Antatturk laknatullah dengan memberi hujah yang cukup dangkal dengan alasan ianya sudah menjadi kebiasaan di Turki.
Kesudahannya untuk membalas jasa kemunafikan beliau, gelaran 'Datuk' diberikan selepas ke pulangannya ke Malaysia.

Inilah antara contoh manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya, mereka-mereka yang sanggup menjual agamanya dengan harga yang murah. Segala kata-kata beliau terhadap Umno semasa berada dalam Pakatan Rakyat telah ditelan kembali hanya kerana mencari publisiti murahan agar ianya menyenangkan hati Najib dan Rosmah. 

Untuk mengampu Umno, beliau menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai maruah dan hanya beliau sahaja yang mempunyai maruah. Makcik-makcik penjual nasi lemak lebih bermaruah daripada beliau dan layaklah beliau digelar firaun besar. Apakah beliau dan Zahrain merasakan Umno amat-amat memerlukan mereka sedangkan para katak-katak ini hanyalah tahap pencacai sahaja bagi Umno.

Apakah mereka sedar yang jasa mereka sebagai mengampu Umno akan dibalas dengan mencalonkan mereka pada PRU 13 nanti. Jangan berangan-angan yang Umno akan melakukannya kerana selepas parlimen dibubarkan, mereka tidak diperlukan lagi. Para pemimpin Umno bahagian sendiri tidak menyukai mereka kerana sifat munafik yang tonjolkan dan mereka tidak layak untuk menjadi calon BN di kawasan yang mereka menang hasil ehsan Pakatan Rakyat.

Makanlah hasil pencen sebagai bekas ahli parlimen tanpa dihalalkan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan inilah hasil haram yang mereka suapkan kepada keluarga mereka.  
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular