Translate

Selasa, 20 September 2011

Kejadian Yang Buat Saya Tak Senang Duduk.

Bila hampir ke jalan yang selalu saya gunakan untuk pulang kerumah setelah temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buluh, saya lihat jalan tersebut telah diblok oleh kereta peronda dan terdapat ramai polis sedang mengelilingi sebuah proton wira putih. Saya terpaksa mengambil jalan lain dan berpusing semula untuk mengetahui apa yang berlaku. Turun dari kereta, saya lihat ramai wartawan berkumpul dan saya tanya apa yang berlaku, ada satu Cina cakap kes samun, seorang telah ditahan dan sebuah kereta lagi dapat melarikan diri. Ada yang kata kereta wira itu telah dilanggar oleh kereta polis dan bermacam-macam cerita yang tidak dapat dibuktikan, jadi saya tunggu laporan dari akbar dulu yang mana artikel ini sepatutnya saya tulis semalam. Ia berlaku tidak jauh dari rumah saya dan itulah jalan kesukaan saya. Saya tidak mahu menulis perkata yang tiada fakta dan hasilnya, sila baca dibawah...

Kerani akaun, rakan disamun RM280,000 
TAMBUN – Seorang kerani akaun, terkejut apabila kereta dinaikinya diserang dan cermin kereta hadapan dipecah kan sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Tambun Permai, di sini, semalam.

Kejadian itu, menyebabkan rakannya cedera sebelum wang RM280,000 dan kereta nya dilarikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan duit milik syarikat berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, kumpulan penjenayah lingkungan 30-an itu, menaiki kereta Proton Wira berwarna putih dipercayai melanggar belakang kereta mangsa, sebelum memecah kan cermin hadapan kereta dan menyamun wang tunai tersebut.

“Maklumat awal mendapati, pemandu kereta dikenali sebagai Shankar, 30 tahun turut cedera di bahagian kepala akibat terkena serpihan cermin,” katanya.

Dzuraidi berkata, selepas merompak mangsa, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan kereta yang mereka gunakan, lalu melarikan kereta mangsa.

Difahamkan, kereta Proton Wira yang digunakan kumpulan itu, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihak polis kini giat melancarkan sekatan jalan raya dalam usaha memberkas suspek,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular