Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang
bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO
Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga
presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat
bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga
presiden terawal dahulu.
"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.
"Sekarang
ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir)
tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," tambahnya lagi.
Turut serta pada sidang media itu dua timbalannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Ong Tee Keat.
Beliau
yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, ruang tersebut ditutup
kerana Umno sekarang ini hanya bergantung kepada satu idea sahaja.Katanya,
sama juga dalam perhimpunan agung Umno, di mana sesiapa ahli yang mahu
bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk perkara yang
hendak dibangkitkan, perlu diluluskan terlebih dahulu.
Sambil
menyokong pendapat itu Abdul Kadir pula berkata, zaman dahulu sampai
ketika Tun Hussin Onn pun, semua orang bebas untuk bercakap namun
sekarang tidak lagi.
"Nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah."(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.Amanah dilancarkan Julai lalu dan sudah dilulus Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu.Tambah
Tengku Razaleigh juga, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program
transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil. HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan