Translate

Rabu, 28 September 2011

Semua Bertumpu Ke Pejabat Agung PAS Malam Ini.


KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya.

Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.'

Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya.

Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan.

Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak.

Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS.

Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan.

Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).

Suasana berbeza
Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya.

Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).

Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).

Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini.

"Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.

"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

"Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu.

Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.

PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.

Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.

"PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau.
Namun, bagi Bridget Welsh (gambar kanan) , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.

Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.

"Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini.

Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini.

Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi.

Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini.

Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik. HarakahDaily

Isnin, 26 September 2011

Hudud Dan Kelantan.

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.
NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.
NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.
azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.
malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.
hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
azlan7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.
NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.
NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.
nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.


NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.
Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. 

Jumaat, 23 September 2011

Pengakuan KPN, Polis Memang Bersekongkol Dengan Umno.


Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.
Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.
Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.
Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.
“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.
Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”
Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.
Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.
Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.
Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.
“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.
“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.
Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.
Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.
Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.
Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Insider

Rabu, 21 September 2011

Burhanuddin Rabbani Terbunuh..... Al-Fatihah.


KABUL, 21 Sept — Bekas Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani(gambar), yang dilantik mengetuai rundingan damai dengan Taliban tahun lalu, maut dalam serangan berani mati yang dilancarkan ke atas rumahnya di Kabul semalam.
Taliban dalam kenyataannya berkata mereka telah menang dalam usaha membunuh pemimpin itu dan mencetuskan kebimbangan baru mengenai kestabilan negara itu.
Laporan Reuters memetik penganalisis berkata perkembangan itu satu lagi tamparan kepada usaha damai yang hendak dibawa di negara itu, yang dibebaskan daripada penguasaan Taliban kira-kira satu dekad lalu selepas peristiwa 11 September 2001.
Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata pihaknya bertanggungjawab atas kejadian itu dan pembunuh telah pergi ke rumah Burhanuddin untuk mengadakan perbincangan.
“Sebaik sahaja Burhanuddin datang dengan tiga langkah untuk memeluk Mohammad Masoom, dia meletupkan bom lalu membunuh Burhanuddin, seorang lagi militan Taliban Wahid Yar dan empat pengawal keselamatan yang berada di dalam rumah,” katanya kepada Reuters.
Ketua polis Kabul dalam satu kenyataan berkata, bahan letupan diletakkan dalam serban pengebom berani mati itu.
Burhanuddin  menjadi presiden dari 1992 sehingga 1996 dan dilantik menjadi ketua Majlis Perdamaian Tertinggi oleh Presiden Hamid Karzai tahun lalu.MInsider


Ulasan Musafirlalu.....


Satu tindakan yang tidak bijak Taliban dengan membunuh Burhanuddin Rabbani. Beliau seorang pemimpin yang banyak jasanya dalam perjuangan mengusir keluar tentera Soviet Union berbanding dengan Hamid Karzai yang menjadi bobeka dan talibarut AS. Jasa beliau tidak boleh dinafikan oleh rakyat Afganistan dan dunia Islam.

Selasa, 20 September 2011

Misteri Kod '71', Apa Jawapan JPN...!!!

Pemuda PAS terus menyatakan kebimbangan mereka terhadap sistem pilihan raya, kali ini ekoran jumlah besar pemegang kad pengenalan dengan kod 71 - yang didakwa tidak diketahui negara asal kelahirannya.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (bawah) berkata, ini kerana berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendafaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasminya. 

azlan"Mengapa JPN menggunakan kod negara '71' sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri," katanya.

Terdapat seramai 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggunakan kod itu, katanya.

Dalam kenyatannya hari ini, merujuk kes kontroversi Mismah sebelum ini, Suhaizan berkata, wanita itu sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia 61 tetapi sebaliknya diberikan kod 71.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod 71 adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. 

"Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli parlimen dinegara kita," katanya lagi.

'Negeri Pakatan teramai'
Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, sebahagian besar pemegang kod itu terdiri daripada rumpun bangsa Cina sebanyak 42.33 peratus atau sebanyak 71,252. Manakala rumpun bangsa Indonesia pula hanya meliputi 4.37 peratus (7,468 orang).

Manakala menurut pecahan negeri, Suhaizan berkata, negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 peratus (97,923 orang) - jumlah cukup besar yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan dalam pilihan raya.

Justeru, Pemuda PAS mengutarakan beberapa persoalan kepada JPN, iaitu:

  • Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi?
  • Apakah ada agenda tersembunyi di belakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihan raya?
  • Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya?
MK

Kejadian Yang Buat Saya Tak Senang Duduk.

Bila hampir ke jalan yang selalu saya gunakan untuk pulang kerumah setelah temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buluh, saya lihat jalan tersebut telah diblok oleh kereta peronda dan terdapat ramai polis sedang mengelilingi sebuah proton wira putih. Saya terpaksa mengambil jalan lain dan berpusing semula untuk mengetahui apa yang berlaku. Turun dari kereta, saya lihat ramai wartawan berkumpul dan saya tanya apa yang berlaku, ada satu Cina cakap kes samun, seorang telah ditahan dan sebuah kereta lagi dapat melarikan diri. Ada yang kata kereta wira itu telah dilanggar oleh kereta polis dan bermacam-macam cerita yang tidak dapat dibuktikan, jadi saya tunggu laporan dari akbar dulu yang mana artikel ini sepatutnya saya tulis semalam. Ia berlaku tidak jauh dari rumah saya dan itulah jalan kesukaan saya. Saya tidak mahu menulis perkata yang tiada fakta dan hasilnya, sila baca dibawah...

Kerani akaun, rakan disamun RM280,000 
TAMBUN – Seorang kerani akaun, terkejut apabila kereta dinaikinya diserang dan cermin kereta hadapan dipecah kan sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Tambun Permai, di sini, semalam.

Kejadian itu, menyebabkan rakannya cedera sebelum wang RM280,000 dan kereta nya dilarikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan duit milik syarikat berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, kumpulan penjenayah lingkungan 30-an itu, menaiki kereta Proton Wira berwarna putih dipercayai melanggar belakang kereta mangsa, sebelum memecah kan cermin hadapan kereta dan menyamun wang tunai tersebut.

“Maklumat awal mendapati, pemandu kereta dikenali sebagai Shankar, 30 tahun turut cedera di bahagian kepala akibat terkena serpihan cermin,” katanya.

Dzuraidi berkata, selepas merompak mangsa, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan kereta yang mereka gunakan, lalu melarikan kereta mangsa.

Difahamkan, kereta Proton Wira yang digunakan kumpulan itu, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihak polis kini giat melancarkan sekatan jalan raya dalam usaha memberkas suspek,” katanya.SH

Ahad, 18 September 2011

Sultan Perak Penaung Lion Club Dan Rotary Club, Apa Hukumnya???

Dalam tercari-cari dan selongkar, saya tertarik kepada satu artikel yang sudah lama dikeluarkan, yakni pada Febuari 2009 oleh laman Ibnu Hasyim. Ianya sebagai pedomen dan renungan buat semua kerana seorang raja Melayu adalah ketua agama kepada negeri masing-masing. Isu ini saya lontarkan kerana ia berkait rapat dengan isu tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Disini saya amat bangga dengan Paduka Sultan Kelantan yang memberi kuliah agama setiap kali baginda berjemaah dengan rakyat jelata diseluruh Kelantan. Walau pun baginda adalah Sultan termuda di Malaysia, baginda patut dicontohi oleh Sultan dan Raja yang lebih tua dan bertepatan dengan gelarannya sebagai Ketua Agama Islam. 

Sebagai Sultan atau Raja, amat memalukan apabila para agamawan disekat dari mengajar di masjid-masjid kerana agama, politik dan masjid tidak dapat dipisahkan. Apakah masih terjajah dipemikiran yang agama dan politik tidak boleh dicampur, seperti agama suku politik suku. Rasulullah s.a.w. sendiri mentadbir negara menggunakan masjid, siapalah kita untuk menyekat ilmu Allah s.w.t. dari diajar kepada hambanya. Allah s.w.t. tidak melihat darjat seseorang melainkan amalnya dan tiada alasan untuk berbahas dengan Allah di Padang Mahsyar nanti kerana kita sendiri tidak mempunyai hujah. Renung-renungkanlah wahai orang yang diberi amanah...!!!!!


Ibnu Hasyim Catatan Santai
SAYA terima komen atas tajuk Friday, February 20, 2009 Lawan Yahudi Di Indonesia.. dalam blog saya. MJ said... Salam, saudara.. Sultan Perak yang baru-baru ni memecat YB Ir Nizar adalah penaung kepada Lion Club dan Rotary Club di Perak. Saya ada soalan. adakah dia murtad mengikut fatwa ulama-ulama Azhar? Adakah kita boleh kategorikan baginda sebagai pengikut zionis? Harap saudara boleh ulas. February 20, 2009 10:15 PM.
Sementara saya akan mengulas panjang, kalau ada kelapangan, maka saya muatkan tulisan ‘Sultan Penaung Freemason??’ dari blog http://www.mj2020.blogspot.com/ untuk pengetahuan kita bersama…

[ Di Indonesia Ketua Umum FUUI (Forum Ulama Ummat Indonesia), Athian Ali menyebutkan, “Freemasonry ini merupakan Intelligen Yahudi yang merupakan induk dari organisasi-organisasi di bawahnya antara lain Rotary Club dan Lions Club.” Freemason menggunakan pelbagai nama lain bagi menjalankan aktivitinya di sesebuah negara. seperti Persatuan Yoga dan Badan-badan kebajikan yang lain. Sila lihat: Sejarah dan Bgrnd Freemason

Baru-baru ni rangkaian pertubuhan Freemason (Lion Club & Rotary Club) telah diharamkan di Indonesia Sila Lihat: Lawan Yahudi di Indonesia Haram bagi orang Islam menganggotai atau melibatkan diri dengan Lion Club dan Rotary Club. Sila lihat: Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason Di Malaysia..lodge Freemason ini telah bercambah dengan banyaknya. dan mandapat protection oleh VIP-VIP Malaysia. Ok, sebelum tu, anda harus tahu dan sedar serta menginsafi, Freemason inilah yang terlibat secara langsung dalam melakukan penzaliman terhadap rakyat Palestin, pembunuhan anak-anak kecil dan wanita yang mengandung.

Anda juga harus faham dan cuba untuk memahamkan orang di sekitar anda bahawa hasil sumbangan dana yg disalurkan ke US serta kegiatan Freemason inilah yang menyebabkan kematian ribuan dan jutaan umat manusia di banyak tempat. Anda harus tahu juga bagaimana tangan Freemason ini cuba untuk membelit Malaysia dalam kewangan melalui campurtangan Tan Sri Azman Hashim, dalam perundangan, dan dalam perangkaan strategi politik UMNO melalui sebuah syarikat Jepun kepunyaan Yahudi...dan..banyak lagi....McD, Milo,..... ok. Cukup. buat kali ini, cukup.. 1 benda yang kita kena ambil peduli.

Di Malaysia, seorang sultan rupa2nya merupakan penaung ataupun bapak kepada pertubuhan sebuah lodge Freemason. Sultan ini adalah penaung kepada Rotary Club dan Lion Club di Perak. Oleh sebab itu, Sultan ini telah bersekongkol dengan Freemason secara langsung dan terlibat dalam membunuh anak-anak Palestin melalui kegiatan jahat Freemason. Saya tegaskan, SULTAN INI BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MURTAD MENGIKUT PANDUAN FATWA ULAMA AL-AZHAR DAN ULAMA INDONESA.

Seorang Muslim mesti bertanggungjawab menyelamatkan saudara2nya yang lain. Sebaran maklumat seperti ini atau usaha menuntut Tok-tok mufti Malaysia mengeluarkan fatwa pengharaman Rotary Club dan Lion Club di Malaysia adalah sangat mustahak dari segi dharuriat. Anda takut? Anda tidak perlu takut dengan seorang manusia tetapi takutlah kepada ALLAH yang Maha Berkuasa keatas segala-galanya. Perjuangan Islam tidak mengira darjat dan pangkat. marilah bersama-sama...... Hapuskan FREEMASON!!! ]

Sekian catatan santai buat kali ini, Wallahu ‘aklam.
ibnuhasyim.com
(e-mail: 
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 21, 2009.

Khamis, 15 September 2011

Sanggahan Prof Aziz Bari Terhadap Profesor-Profesor Pencacai Umno.

Nampaknya para profesor-profesor yang dikatakan bijak pandai semakin terkapai-kapai mencari hujah untuk mempertahankan Umno berkaitan isu sejarah yang ditimbulkan oleh saudara Mat Sabu. Saya semakin hairan kerana mereka sanggup mengadaikan ilmu yang mereka miliki semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia. Jika benar seperti apa yang dikatakan oleh Profesor Ramlah Adam bahawa Malaysia tidak dijajah dan raja-raja Melayu mempunyai kuasa yang besar kenapa kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang tidak mahu menurunkan tandatangan untuk hukuman gantung Mat Indera tidak diendahkan oleh British. Saya linkkan artikel dari Malaysiakini, sila baca dibawah ini.......

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini menolak pendapat ahli akademik terkenal Prof Datuk Ramlah Adam berhubung kuasa raja selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Katanya, berdasarkan kerangka perjanjian itu dan konteks raja berperlembagaan, raja sebenarnya sekadar formaliti dan mula kehilangan peranan.
NONE"Contohnya, meskipun perlantikan menteri besar adalah kuasa mutlak sultan, ada sejarahwan yang mencatat bahawa Umno mendesak supaya para pemimpin mereka dilantik ke jawatan itu.

"Fenomena itu tidak mengejutkan kerana Umno berjaya menggembleng Orang Melayu menentang Malayan Union dan raja-Raja terhutang budi kepada mereka," kata Dr Abdul Aziz (kanan).

Ramlah semalam ketika mempertahankan status polis semasa tragedi Bukit Kepong berkata, selepas 1948, British benar-benar menjadi penasihat raja-raja Melayu dan arahannya tidak mesti diikuti, berbeza ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada 1874.

Katanya, British juga membuat perjanjian bertulis dengan raja-raja Melayu yang mengakuinya ketua negeri masing-masing dan berkuasa melantik menteri besar dan pegawai kerajaan.
ramlah adam 150911Menurut Ramlah (kiri), selepas Malayan Union ditolak dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, raja-raja Melayu dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya, kecuali Kuala Lumpur yang masih bawah British.

Dr Abdul Aziz juga menolak pendapat Ramlah yang dikatakan dibuat tiga bulan lalu dalam seminar di Brunei bahawa bawah perlembagaan sekarang Agong dan Raja-Raja begitu berkuasa.

Status Kuala Lumpur
"Dia bawa macam-macam peruntukan perlembagaan sebagai bukti. Yang anehnya dia semacam tidak menyedari bahawa peruntukan-peruntukan itu perlu difahami dalam konteks raja berperlembagaan.

"Maksudnya di atas kertas memang raja nampak begitu gagah dan berkuasa sekali. Tetapi kenyataannya raja hanya mengikut nasihat.

"Dan malangnya dalam hal-hal yang raja ada kuasa pun kita tak nampak apa-apa yang siginifikan," katanya kepada Malaysiakini.
azlanSebagai contoh, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, boleh dilihat dalam bidang agama yang secara peribadi kuasa raja.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz turut mempersoalkan hujah Ramlah bahawa kuasa mentadbir negeri dipulangkan kepada raja pada turut 1948, kecuali Kuala Lumpur yang masih bawah British.

"Bukankah KL waktu itu di bawah Selangor? Tapi dia kata Sultan berkuasa semula di bawah perjanjian 1948.

"Pelik. Macam mana British boleh berkuasa di tempat yang dimiliki oleh sultan? soalnya lagi.
zainal klingPolemik berhubung status Tanah Melayu ketika tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950 timbul apabila pada 9 September lalu, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Datuk Dr Zainal Kling (kiri) berkata, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi British.

Ia lanjutan kenyataan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 21 Ogos yang berkata, penyerang balai polis Bukit Kepong Mat Indera wira sebenar dan bukan "polis British".

Khamis, 8 September 2011

Mat Sabu: Kalau Referendum, Tunku Tak Jadi PM.














Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama.


mat indera forum 070911Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”.
malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.
mat indera forum 070911“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.
NONE“Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

“Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno),” katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.
sir henry gurney 240609Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

“Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

“Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri,” katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British” – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.
NONEDalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam. MK

Mat Sabu Terima Ugutan, Ini Mesti kerja Umno.





Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

NONEKatanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad. MK

Mat Indera: PAS Persoal Dakwaan Khoo Kay Kim.

Mat Indera ketika ditahan.

Ku sangka beliau seorang sejarahwan yang terbilang, rupa-rupanya indah khabar dari berita kerana beliau sebenarnya seorang yang buta sejarah. Mungkin kerana untuk membalas budi Umno yang mengurniakan darjah kebesaran 'Datuk' dan 'Tan Sri', maka jadilah beliau sebagai pencacai yang tidak berhati perut. Benarkah Tan Sri Datuk Prof Dr khoo Kay Kim seorang yang serba tahu tentang sejarah Malaysia kerana menuduh Mat Indera bukan warga negara Malaysia kerana Datuk beliau adalah pendatang walau pun Mat Indera lahir di Tanah Melayu. Jika begitu, apa pula status Tan Sri Datuk Prof Dr Khoo Kay Kim yang jelas beliau adalah berasal dari pendatang China. Saya petik artikel dari Malaysiakini dibawah...


PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera - atau Mat Indera - seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan.

"Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua PemudanyaSuhaizan Kaiat.

suhaizan kayat barom shah 070911Sehubungan itu, Suhaizan (gambar kanan, di tengah-tengah) mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus digunakan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.

"Ini keputusan British.

"Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British," katanya yang diberi kepercayaan oleh timbalan presiden PAS berdebat dengan Pemuda Umno dalam isu itu.

Sementara itu, mengulas kesahihan fakta berhubung Mat Indera dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Suhaizan tidak menjawab secara langsung sebaliknya membacakan satu persatu nama ahli akademik terkenal yang menjadi anggota jawatankuasanya.

"Adakah dia (YWJ) sendiri terbitkan dokumen yang salah? Ini bukan dokumen diterbitkan individu. Ini dokumen rasmi yayasan bawah kerajaan Johor," katanya.

'Umno Johor beza pandangan'
Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan.

Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang.
NONESuhaizan juga yakin pandangan dalam buku itu selari dengan pandangan Umno Johor dan pemimpinnya di peringkat negeri.

"Saya cabar Umno Johor cakap mereka setuju dengan keputusan British bunuh Mat Indera.

"Saya hendak tengok macam mana mukanya."

Suhaizan berkata, beliau yakin pemimpin Umno Johor mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinnya di peringkat pusat. berdasarkan pendirian terdahulu dalam perbagai isu sebelumnya.

Isu tersebut, antaranya dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan penolakan terhadap usaha memperkenalkan judi bola sepak, tambah Suhaizan.

Rabu, 7 September 2011

XPDC Menjejaki Mat Indera: Isteri Kau... Isteri Aku, Punca Serangan Bukit Kepong.


Tentera Fiji di Tanah Melayu

Isteri Kau, Isteri Aku

Sejak Mat Indera popular dikalangan buruh sehingga diangkat menjadi pemimpin mereka, kerajaan British sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi apabila Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad. Matlamat mereka ialah untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).

Pada 20 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara dan semua gerakan dan partai gerakan kiri telah diharamkan. Pada masa ini revolusi bergema di serata tempat. Mat Indera telah memimpin belasan pemuda memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British. Mat Indera kemudiannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Mat Indera adalah seorang kader penyusun gerak yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di pelbagai daerah negeri Johor adalah hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau wujud di pelbagai kawasan terutama di Muar, Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mat Indera bersama gerakan KaumMudanya telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan ramai pekerja khasnya kaum tani.

Hubungan beliau dengan masyarakat bagai isi dengan kuku. Mat Indera sangat mengambil berat kehidupan masyarakat pelbagai bidang. Masyarakat pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi asas untuk menyokong perjuangan bersenjata mereka. Tambahan pula kesan kemasukan tentera Gurkha dan Fiji British ketika era perang terhadap Jepun mula mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.

Tentera Gurkha di Tanah Melayu

Inilah antara punca kepada peristiwa penyerangan Bukit Kepong. Menurut Pak Johan, masyarakat kampung ketika itu banyak diganggu oleh askar-askar upahan penjajah ini. Perangai dan tingkahlaku buruk yang ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini semakin menyusahkan masyarakat kampung sejak Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka lebih gemar berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang kampung. Askar Fiji pula lebih teruk lagi apabila tidak boleh melihat perempuan. Tidak kira anak dara atau isteri orang, jika mereka suka mereka akan mendapatkannya.

Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung menetak dengan parang seorang lelaki yang sedang mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya lelaki yang mengendap itu adalah tentera Fiji. Walaupun tentera Fiji ini bersalah, dan hanya tercedera di lengan namun lelaki ini lebih malang lagi kerana dipenjarakan sehari di atas tindakannya itu. Bak kata Pak Johan, "Lagak askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli. Jika mereka sudah suka, isteri kau..isteri aku.". Lebih malang lagi pengaruh buruk tentera-tentera upahan British ini turut mempengaruhi sebahagian anggota Polis melayu yang berkhidmat untuk British. Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol isteri orang, namun budaya minum dan mabuk ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ramai anggota polis yang bekerja dengan British ketika itu.

Sdr Awang (kiri) bersama bapanya Yahya. Pak Yahya adalah anak kepada Pak Sanib.

Oleh kerana maklumat terperinci perjuangan Mat Indera ketika di dalam hutan tidak begitu diketahui oleh Pak Johan. Saya bersama SAMM berjaya menjejak anak kepada rakan baik Mat Indera iaitu Sanib Jasmani. Sanib Jasmani adalah merupakan Ketua Kompeni Rejimen Ke-10, juga berasal dari Johor, dan pernah sama-sama berjuang bersama Mat Indera. Kami berjaya menjejakkan kaki ke Jeram, Muar untuk bertemu anak kepada arwah Sanib Jasmani iaitu Pak Yahya yang berusia 68 tahun.

Menurut Sdr Awang, iaitu anak Pak Yahya yang pernah bertemu sendiri dengan Pak Sanib semasa hidupnya, telah dimaklumkan tentang keburukan perangai tentera dan polis Britih ketika itu yang berlaku zalim dan penindasan terhadap penduduk kampung. Namun apalah daya penduduk kampung ketika itu. Handak diharapkan kepada Polis melayu, mereka juga bekerja dengan British. Hendak melawan mereka tidak bersenjata.

Sanib Jasmani @ Masin merupakan anggota pasukan Melayu Johor.

Ketika inilah Mat Indera menjadi harapan masyarakat kampung untuk membela nasib mereka yang ditindas dan dizalimi oleh anjing-anjing British ini. Menurut Awang juga, Mat Indera yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung di Muar hanya menggunakan Komunis untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melawan polis dan tentera penjajah ini. Pak Sanib akhirnya pulang kembali ke Malaysia selepas perjanjian damai hatyai pada 1989. Beliau telah meninggal dunia di Gunung Senyum di Jengka, Pahang beberapa tahun lepas.

Keluarga MAT INDERA Di Buang Negeri

Sejak Mat Indera menjadi buruan kerajaan British. Keluarga Mat Indra yang ketika itu tinggal di Bakri sentiasa mendapat penghinaan. Pak Johan turut menceritakan pengalamannya melalui zaman persekolahan ketika itu. Penghinaan terhadap keluarganya yang dikatakan menjadi penyokong komunis dan pengganas sudah ditanamkan oleh propaganda kerajaan British ketika itu. Propaganda itu turut menyerap dikalangan guru dan rakan-rakannya di sekolah ketika itu. Beliau sentiasa dicemuh oleh semua guru di sekolahnya sebagai keluarga komunis. Kecuali seorang guru agama, Haji Hitam yang sentiasa memberi sokongan dan meminta Pak Johan supaya bersabar. Perkara ini tidak sukar difahami kerana, kebanyakan guru ketika itu adalah merupakan lepasan sekolah Inggeris, melainkan guru agama yang mempunyai kefahaman agama yang lebih. Tambahan pula Mat Indera sendiri adalah seorang guru agama yang terkenal di Muar sebelum masuk berjuang di dalam hutan.


Hanya seorang guru agama sahaja yang tidak menghina dan mengutuk saya di sekolah sebagai Komunis dan pengkhianat - Pak Johan

Kemuncak tekanan kerajaan British kepada keluarga Mat Indera ialah mereka diusir dari bumi Johor. Keluarganya di arah untuk keluar dalam tempoh masa 3 bulan. Jika mereka engkar mereka sekeluarga akan dipenjarakan. Akhirnya Pak Johan dan keluarganya memilih untuk berpindah ke Singapura.British memberikan kepada keluarga mereka 3 pilihan tempat untuk  berpindah iaitu di Pulau Pinang, Singapura atau Melaka. Mereka sekeluarga tinggal di Singapura selama setahun.

Sepanjang tempoh lima tahun di Singapura ini, mereka tidak mengetahui khabar berita tentang Mat Indera. Mereka hanya mendengar khabar berita tentang Mat Indera daripada berita serangan di Bukit Kepong dan Mat Indera ditangkap ketika berada di Singapura.

Kredit: Pulakdah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular