Translate

Khamis, 23 Februari 2012

Tuntutan Gaji Untuk Gred 1 Hingga 54 Ialah RM700- RM2,500.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah menuntut kerajaan Memberi Kenaikan gaji sebanyak RM700 sehingga RM2,500 untuk gred 1-54. kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum pembaharuan dibuat menerusi Skim Saran Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan yang dikemukakan oleh Cuepacs ialah seperti berikut :
  • Gred 1 hingga Gred 16 ialah RM 700
  • Gred 17 hingga Gred 26 ialah RM 1,000
  • Gred 27 hingga Gred 40 ialah RM 1,500
  • Gred 41 hingga Gred 48 ialah RM 1,800
  • Gred 49 hingga Gred 54 ialah RM 2,500
Bagi yang berada di Gred 17, gaji semasa mereka dalam SSM ialah RM 820 perlu dinaikkan sebanyak RM 1,000 kepada RM 1,800. Cuepacs turut mencadangkan agar mereka yang berada ditangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikkan selain perlu dinaikkan gred mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular