Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 11 Julai 2012

'Jaya Negara' Yang Ditembak Mati Adalah Penganut Ajaran 'Mahathirisme'.


Sebenarnya saya tidak mahu menulis tentang lelaki misteri mengaku sebagai 'Jaya Negara'(Khalil Afandi Hamid) yang ditembak mati oleh pihak polis. Beliau dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak di bahagian tangan dan ari-arinya. Banyak teka-teki bermain di minda tentang lelaki misteri ini dan punca kematiannya jika melihat kepada foto di atas, adakah kecederaan yang dialami boleh membawa kepada kematian melainkan peluru yang dilepaskan memang peluru beracun. Apa pun ajal/maut seseorang adalah ketentuan dari Allah s.w.t. jika diingini, digigit semut pun boleh meninggal. 

Saya pun tidak tahu tentang kaitannya dengan 'Iman Mahadi' seperti dihebohkan oleh media massa kerana dari artikel yang ditulis oleh si mati (Jaya negara) didalam blognya sebelum blog itu dighaibkan oleh tangan-tangan yang ghaib. Tuduhan yang berat dilemparkan oleh media dan blogger-blogger pencacai ialah si mati adalah seorang blogger pro PR walau pun beliau baru berblog pada 2012 dan menulis beberapa artikel yang entah apa dibebelkannya. Para pencacai-pencacai Umno ingin mengaitkannya dengan PAS kerana isu yang mereka mainkan ialah isu agama dan senang-senang memberi gelaran 'Iman Mahadi' kepada simati tanpa meneliti apa yang di tulisnya.

Yang pasti si mati bukannya pro PR tetapi beliau adalah penganut ajaran sesat 'Mahathirisme' kerana semua pemimpin PAS dan wali-wali Allah dihentam tetapi beliau teramat menyanjungi Mahathir sebagai manusia paling mulia. Beliau dengan angkuh dan sombong mempersendakan 'Wali Songo' malah mempermain-mainkan tentang Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan. Apakah agama sebenarnya si mati jika bait-bait perkataannya saling tidak tumpah dengan apa yang di perkatakan oleh Mahathir. Hanya ajaran sesat  'Mahathirisme' sahaja yang berani mempermain-mainkan ajaran Islam tanpa ada tindakan dari 'Kerajaan Islam Umno'.

Beliau menyokong idea Mahathir agar al-Quran ditafsirkan semula walau pun beliau silap menulis dengan mengatakan yang Mahathir mencadangkan dialih kedalam banyak bahasa. Walau tidak sempat menyalin apa yang di tulisnya tetapi saya sempat membaca hampir kesemua artikel yang beliau tulis. Dari pengamatan saya, apa yang beliau tulis menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemikirannya tentang Islam sama sepertimana pemahaman Mahathir tentang Islam. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular