Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 12 Januari 2013

HKR: Juham Sedia 100 Peguam Dan 3 Nombor Hotline.





















Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyediakan 100 peguam untuk bertugas sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) esok.

Pengarahnya Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, berkata pihannya bersedia untuk membantu para peserta esok dari sebarang tangkapan jika berlaku namun menasihatkan peserta sentiasa berwaspada dari sebarang tindakan yang boleh menimbulkan provokasi.

"Juham menasihatkan para peserta HKR112 untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh agen-agen UMNO/BN sepanjang perhimpunan aman tersebut berlangsung.

"Juham percaya perhimpunan esok pasti akan berjalan dengan aman dan lancar sekiranya ia bebas daripada sebarang provokasi jahat agen-agen tertentu sepertimana yang berlaku pada perhimpunan-perhimpunan aman sebelum ini," katanya.

Bagi memudahkan para peserta untuk membuat laporan terhadap sebarang insiden mahupun tangkapan, Juham juga telah melancarkan tiga nombor Hotline untuk dihubungi.

Peserta dinasihatkan menyalin nombor-nombor berikut bagi memudahkan mereka menghubungi peguam jika berlaku sebarang tangkapan.

Nombor-nombor tersebut akan mula beroperasi pada pukul 12.00 tengah malam ini.



"Juham mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke HKR112 tanpa rasa gentar dalam menuntut keadilan dan juga suatu pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia," katanya.


Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:

1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular