Translate

Ahad, 31 Mac 2013

Pilihan Ditangan Warga N9, Ingin Berada Dipihak Pembangkang Atau Kerajaan.


Dewan Undangan Negeri Sembilan baru sahaja terbubar secara automatik dan tiada lagi istilah YB melainkan dipanggil bekas YB. Jika mengikut perlembagaan negara-negara yang pernah menjadi negara jajahan Great British, apabila terbubarnya dewan maka Ketua Negara atau Negeri akan melantik seorang hakim untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan sementara. Kebaikannya memang banyak apatah lagi dengan Malaysia yang cukup terkenal dengan penyalahgunaan kuasa. 

Nama sahaja kerajaan sementara yang dipangku oleh mantan MB N9 yang kononnya sudah tiada kuasa tetapi perangai pemimpin Umno/BN yang sudah sebati menyalah guna jentera milik kerajaan baik negeri mahu pun pusat. Umum mengetahui yang Umno/BN sebenarnya tidak memiliki jentera sendiri seperti PAS, PKR dan DAP. Daripada dulu sampai sekarang jentera milik kerajaan telah ditukar milik oleh Umno yang semakin hari semakin besar kepala. 

Sekarang ini pilihan berada ditangan pengundi warga N9 untuk menjadi negeri pembangkang atau pun tidak. Jika mereka ingin menjadi negeri pembangkang maka pilihan mereka ialah Barisan Nasional (BN). Jika mereka ingin duduk bersama kerajaan pusat maka pilihan mereka ialah dengan mengundi Pakatan Rakyat (PR). 

Pakatan Rakyat telah menunjukkan kecemerlangan dalam pentadbiran di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Walau pun banyak tekanan yang kerajaan pusat dibawah BN menekan dan menahan segala saluran kewangan, kerajaan dibawah PR tetap menunjukkan betapa mereka berupaya untuk mentadbir. Indeks rasuah dan defisit kewangan berjaya dikekang sehinggakan Ketua Audit Negara sendiri memujikan pentadbiran negeri-negeri dibawah PR.

Contoh telah ditunjukkan di hadapan mata rakyat walau pun bermacam-macam cara kerajaan pusat mensabotaj kerajaan negeri PR baik melalui media massa cetak/elektronik yang dikuasai mereka mahu pun melalui media siber melalui para pencacai mereka yang diupah setiap bulan oleh para pemimpin Umno/BN. Sehebat mana serangan mereka terhadap PR, ianya tetap berjaya di tangkis oleh PR. Para blogger PR yang bekerja tanpa mendapat apa-apa imbuhan berjaya menangkis segala fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan dan para pemimpin PR.

Dahulu jika menjelang pilihan raya, maka jabatan penerangan akan memasuki kampung-kampung dengan menayangkan filem atau dipanggil wayang pacak. Kita tidak menafikan akan kekuatan yang dimiliki Umno yang bertunjangkan jentera kerajaan sehinggakan jika pokok kelapa disarungkan baju sebagai calon BN, pasti pokok kelapa akan menang. Itu dulu, zaman aku makan garam dulu dari kamu tetapi sekarang zaman IT zaman maklumat di hujung jari.

Kerana zaman maklumat di hujung jarilah yang menjadikan Najib takut untuk membubarkan parlimen. Teka teki PRU13 bukan merusingkan pendokong PAS, PKR atau DAP tetapi ia benar-benar membuatkan para pemimpin Umno/BN mula panas punggung disebabkan kuasa yang mereka agungkan selama ini akan dikuburkan oleh rakyat Malaysia. Kerana itulah saya memberi pilihan kepada pengundi warga Negeri Sembilan mana satu pilihan mereka. Jika mereka memilih BN maka mereka akan menjadi negeri pembangkang dan jika mereka mengundi PR, maka mereka akan berada di pihak kerajaan.

1 ulasan:

gen-Y berkata...

Pembetulan.. Pilihan Ditangan Warga N9, Ingin Berada Dipihak PR Atau BN (ex-Govt)

Ini kerana KERAJAAN BN sudah expired di N9.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular