Translate

Isnin, 6 Mei 2013

Terkini: Kelantan, P.Pinang Kekal Dan Perak Dirampas Semula tetapi Kedah Belum Pasti Jatuh. Parlimen BN 27 PR 17


1.10am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan berlakunya trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan "national reconciliation" untuk mengekang fahaman keterlaluan

Beliau juga meminta pembangkang hormati keputusan rakyat.

1.05am: 
Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu.

BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut.

12.48am 
BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.45am: 
BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.
12.40am: Calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas 

Di KELANTAN Pakatan menang 10 kerusi Parlimen, BN 4. PAS menang 42 kerusi DUN, BN 3.
12.27: Mengikut SPR, sehingga tengah malam ini, BN telah memenangi 97 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 48 kerusi (DAP 25, PKR 14 dan PAS 9)
12.20am: RASMI BN kekal menguasai Perlis apabila parti itu menang 13 daripada 15 kerusi DUN.
12.11am: Berikut adalah senarai kerusi yang berjaya dirampas Pakatan dan sebaliknya oleh BN setakat ini.
Kerusi dirampas Pakatan:
  • Stampin (DAP)
  • Sarikei (DAP)
  • Lanang (DAP)
  • Kluang (DAP)
  • Kampar (DAP)
  • Miri (PKR)
  • Lumut (PKR)
  • Gelang Patah (DAP)
  • Sandakan (DAP)
  • Sibu (DAP)
  • Tuaran (PKR)
  • Penampang (PKR)
  • Bukit Katil (PKR)
  • Temerloh (PAS)
  • Alor Setar (PKR)
  • Pandan (PKR)
Kerusi dirampas BN:
  • Titiwangsa (PAS)
  • Kuala Selangor (PAS)
  • Pendang (PAS)
  • Balik Pulau (PKR)
  • Bagan Serai (PKR)
12.07am: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini.
12.02am: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.

Penyandang kerusi Kuala Krai, Dr Hatta Ramii pula berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
11.55pm: PKR dalam satu menyatakan parti itu akan mengumumkan kemenangan di 29 kerusi parlimen berikut:
  • Bukit Katil
  • Lembah Pantai
  • Wangsa Maju
  • Bayan Baru
  • Subang
  • Kuantan
  • Tuaran
  • Pandan
  • Gopeng
  • Permatang Pauh
  • Bandar Tun Razak
  • PJ Selatan
  • Teluk Kemang
  • Kelana Jaya
  • Penampang
  • Ampang
  • Miri
  • Lumut
  • Batu
  • Nibong Tebal
  • Selayang
  • Indera Mahkota
  • Sungai Siput
  • Kuala Langat
  • Kapar
  • Gombak
  • Kuala Kedah
  • Alor Setar
  • Sg Petani
 11.51pm: Utusan melaporkan Othman Abdul (BN) menewaskan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Pendang dengan majoriti 2,600 undi.
11.43pm: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.

11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusiArau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.

Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

11.23pm: Perkembangan setakat ini menunjukkan BN semakin menguasai di Kedah melalui 19 kerusi DUN yang. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu.

Bagaimanapun penjumlahan untuk kerusi berkenaan setakat ini masih berjalan.
Berikut adalah kerusi DUN yang kini sedang dikuasai BN:
  • Ayer Hangat
  • Kuah
  • Kota Siputeh
  • Ayer Hitam
  • Jitra
  • Kuala Nerang
  • Bukit Lada
  • Bakar Bata
  • Sg Tiang
  • Guar Cempedak
  • Gurun
  • Belantik
  • Jeneri
  • Tanjung Dawai
  • Pantai Merdeka
  • Bayu
  • Kupang
  • Bandar Baru
  • Bukit Kayu Hitam

11.10pm: 
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.
10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun RazakTan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

10.47: 
Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000.
10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi.
10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah.
10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.
10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.
Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.
Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm: 
DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.
Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.
10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.
9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimenKluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058 
BN - 16,192 
Bebas - 137

Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.

DAP - 29,942
BN - 19,365

9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm: 
Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusiLembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 23,125
BN - 19,580 
Bebas - 126

Undi yang dijumlahkan: 59.55% 

9.38pm: 
Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.

Parti itu tewas di StampinSarikei dan Lanang kepada DAP dan diMiri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching danSibu dari DAP.

9.26pm:
 Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusiAir Putih.
9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah pengundi: 106,864

9.19pm: TAK RASMI
 – BN rampas Kedah dari PAS.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular