Translate

Khamis, 4 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Bila Idris Mabuk Pil Kuda, Mat Said Mula Garu Kepala..

Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Adakah Idris layak menjawat jawatan Menteri Pendidikan bila beliau mengeluarkan kenyataan yang BN mempunyai 18 kerusi bila dicampur dengan satu kerusi speaker yang bukan seorang Adun. Nampaknya negeri yang diperintah Pakatan patut meletakkan speaker dan timbalannya bukan dari kalangan Adun supaya PR mempunyai tambahan dua kerusi. Memang betul apa yang dikatakan sifu mereka yang bodoh-bodoh sahaja menyertai Umno/BN dan yang cerdik-cerdik semuanya menyertai PAS, DAP dan PKR.

Adakah sejarah akan berulang kembali bila kerusi Dun Kuala Besut akan dimenangi semula oleh PAS. Walau pun mereka menang dengan majoriti cukup selesa pada PRU13 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS sebanyak 2,434 undi tetapi kemenangan mereka penuh dengan penipuan atas pertolongan komponen mereka iaitu SPR. Pada pilihan raya 1959, PAS berjaya menawan Terengganu dengan memperolehi 13 kerusi daripada 24 kerusi yang dipertandingkan dan ia termasuk Dun Kuala Besut.

Antara tahun yang dimenangi oleh PAS di Dun Kuala Besut ialah pada tahun 1959, 1969, 1974 (semasa bersama BN) dan pada tahun 1999. Pada tahun 1978, BN menang di semua kawasan Dun yang berjumlah 28 Dun iaitu tahun yang amat pahit selepas PAS ditendang keluar dari BN dengan cara yang cukup tidak bertamadun selepas jasa-jasa PAS dibangku sampahkan.. Inilah antara sebab yang PAS tidak akan bersama lagi dengan Umno walau apa pun habuan yang mereka bagi dan PAS tidak akan membiarkan mereka dipatuk ular buat kali kedua.

Pada PRU12 mereka menang dengan majoriti 2,631 undi dan sokongan mereka mula susut kepada majoriti 2,434. Apa pun Dun Kuala Besut bukanlah kubu kuat Umno jika kita melihat kembali sejarahnya yang bermula pada pilihan raya 1959, PAS pernah menang beberapa kali di Kuala Besut tetapi sejak akhir-akhir ini orang melihat Kuala Besut yang dipimpin oleh Deris N dianggap sebagai kubu kuat mereka tanpa memikirkan yang semua kemenangan yang diperolehi adalah kerana bantuan daripada penipuan yang dilakukan oleh SPR.

Kembali kepada angka, pada PRU12 jumlah yang layak mengundi ialah seramai 14,180 dengan yang keluar mengundi ialah seramai 12,140 yang mewakili 85.61 peratus satu angka yang cukup tinggi kerana para ahli kubur bangkit keluar mengundi dan kerana jari-jari sudah menjadi rangka maka undi yang tidak di kembalikan  menjadi 385 undi kerana hantu-hantu kubur membawa balik kertas undi ke kubur.. Ianya menjadi satu pengajaran buat Umno maka mereka mempastikan yang hantu-hantu kubur memasukkan kertas undi sedalam kotak undi dan ianya berjaya apabila pada PRU13, undi yang tidak di kembalikan turun mendadak menjadi 53 undi sahaja.

Daripada 17,679 pengundi berdaftar, seramai 15,328 (87 %) yang keluar mengundi di mana 144 adalah undi rosak dan 53 kertas undi tidak di pulangkan. Maka undi yang sah di kira adalah sebanyak 15,131 berbanding 11,615 undi pada PRU12. Walau pun PAS kalah dengan majoriti 2,434 undi tetapi PAS berjaya mendapat undi popular sebanyak 52.75 % berbanding dengan BN sebanyak 47.24 % daripada pengundi baru. Yang kalah tetap kalah tetapi adakah Umno merasa cukup selesa dengan majoriti tersebut?.

Perlu di ingat yang Mat Said bukan MB pilihan Najib, demi mengikut arahan Sultan maka Mat Said tetap dilantik sebagai MB Terengganu. Adakah Mat Said sedar yang beliau tidak disenangi oleh Najib dan kem Idris N jika kita melihat bagaimana Mat Said dinafikan peranan beliau untuk menjadi pengapit Muhyiddin sebagai timbalan PRK Kuala Besut. Untuk menyakitkan lagi hati Mat Said, Najib telah melantik Idris N selepas Idris N diberi taraf Menteri Penuh dalam kabinet baru Najib. Najib melihat kekalahan besar BN di Terengganu adalah kesalahan Mat Said yang cukup besar. Najib dan Rosmah tidak akan memaafkan Mat Said walau pun Mat Said mencium kaki Rosmah sekali pun.

Isu tanah cukup sinonim dengan urus tadbir Mat Said apabila timbul isu pemberian tanah seluas 12,000 ekar kepada 12 kilang papan yang dimiliki oleh para kroni Mat Said dan rakyat Terengganu juga tertanya-tanya ke mana hilangnya wang milik rakyat Terengganu sebanyak RM 30 juta. Jika PAS berjaya membongkar isu tanah 12,000 ekar yang diberi kelulusan oleh Mat Said, ia akan menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

Ini kerana rakyat Terengganu yang telah memohon berpuluh-puluh tahun tidak dilayan dan mereka minta bukannya sampai beribu ekar cuma apa yang mereka pohon hanya tapak untuk mendirikan sebuah rumah. Apatah lagi dengan tanah-tanah yang telah diberi geran hakmilik oleh kerajaan PAS pun dirampas kembali oleh Idris N sehinggakan beliau tidak disenangi oleh pihak Istana. Apa yang saya tahu, tanah-tanah yang dirampas itu telah dibahagi-bahagi kepada ketua bahagian, timbalan, ajk-ajk, ketua cawangan dan para jkkk.

Katakan tidak buat Umno untuk jika anda memikirkan untung nasib anak-cucu anda pada masa hadapan. Usah melakukan kesilapan kerana yang lepas tidak akan kembali tetapi anda lah yang akan mencorakkan negeri anda sendiri dengan memberi undi kepada PAS. Apa sahaja yang mereka taburkan baik wang ringgit atau kain batik pelikat, jangan ditolak akan rezeki kerana ianya adalah milik anda yang sudah lama diratah oleh para pemimpin Umno tanpa mengira kedudukan./Musafirlalu

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular