Kementerian Luar sedang berusaha mendapatkan kelulusan bagi penjagaan
sementara empat orang anak pasangan Malaysia, yang ditahan reman oleh
pihak berkuasa Sweden, untuk dipindahkan daripada keluarga angkat
tempatan kepada keluarga Muslim Malaysia di Sweden.
Kementerian itu dalam kenyataan malam tadi menyatakan ia memandang serius penahanan pasangan warga Malaysia itu dan telah memohon supaya satu pasukan undang-undang kerajaan Malaysia menjadi peguam pemerhati semasa perbicaraan mereka.
Kementerian itu dalam kenyataan malam tadi menyatakan ia memandang serius penahanan pasangan warga Malaysia itu dan telah memohon supaya satu pasukan undang-undang kerajaan Malaysia menjadi peguam pemerhati semasa perbicaraan mereka.
"Sejak hari pertama penahanan (mereka), kementerian menerusi Kedutaan
Malaysia di Stockholm, telah terlibat sepenuhnya dalam memberikan
pelbagai bantuan kepada pasangan yang didakwa itu," kata Wisma Putra.
Menerusi saluran diplomatik, Kementerian Luar menyatakan ia
telah beberapa kali mengeluarkan Nota Diplomatik daripada kerajaan
Malaysia kepada kerajaan Sweden bagi memohon perhatian dan pertimbangan
baik pihaknya.
Duta Besar Malaysia ke Sweden juga telah menemui peringkat tertinggi pihak berkuasa negara itu berhubung perkara berkenaan.
Pasangan Malaysia itu ditahan pada 18 Dis lepas bagi membantu
siasatan selepas didakwa memukul tangan seorang daripada empat anak
mereka kerana tidak bersolat.
Wisma Putra berkata penahanan reman berterusan pasangan itu telah
menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan masyarakat Malaysia,
lebih-lebih lagi kes itu berpanjangan sehingga hari ini.
Kementerian memberi jaminan bahawa ia akan menggerakkan semua
langkah yang ada bagi memastikan kes itu dapat diselesaikan dengan
lancar dalam masa terdekat selain hak pasangan itu dan anak-anak mereka
terus dipelihara.
Sweden mendukung kuat hak asasi manusia dan perlindungan
kanak-kanak, dengan memastikan undang-undang negara dipatuhi oleh
rakyatnya serta warga asing yang menetap di negara itu.
"Namun, ini tidak akan menghalang usaha berterusan kementerian dalam
menggalakkan hak dan perlindungan, kebajikan dan keselamatan semua
rakyat Malaysia yang terlibat," menurut Kementerian Luar. - BERNAMA
4 ulasan:
Mau tanya la..yg buat report tu sapa? agak2 Staff tourism yg pukul anak sbb x gi kelas ballet kot...
Nak kena lancarkan kempen boikot barangan sweden ke.
Aku rasa nak doakan agar seluruh Sweden berterusan hujan lebat 30 hari 30 malam.
Top 7 Casino Sites in India (2021) - JTHub
Top 7 Best Casino Sites in India (2021) 영천 출장샵 · 1. Betway 광양 출장안마 · 2. 양주 출장마사지 Betway · 3. 보령 출장안마 Betway · 4. 988sport · 5. Bwin · 6. Slots 문경 출장마사지 LV · 7. 1xBet.
Catat Ulasan