Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Kiang berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika mereka datang ke balai polis dan dapat menerima keputusan itu.
Chiez Kiang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan semula anak lelakinya itu.
"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy setakat ini”, katanya.
Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.
Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada pukul 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar ikat jamin berjumlah RM2,000. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan