Translate

Memaparkan catatan dengan label Utusan Yang Meloyakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan Yang Meloyakan. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Ogos 2012

Utusan Yang Meloyakan Dengan Pengasas Pondok Yang Mabuk 100 Plus.



DAP menyifatkan berita muka hadapan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk “Haram sokong DAP” sebagai perbuatan terdesak Umno untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, dan mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

“Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

“Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.

“Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad,” ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.

“Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan  Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang Umno yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja Umno-BN.

“Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem “Tanda Putera” yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah,” katanya.

Menurt beliau lagi, rakyat kini menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan “penyatuan golongan moderat dunia” di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan.

“Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional,” jelas beliau.

Sumber

Sabtu, 14 Julai 2012

Patutlah Media Ini Dipanggil Utusan Meloya, Berita Hairan Dan TV3 Suku.

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.
NONE"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.
NONEKetua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh. Sumber

Sabtu, 14 Mei 2011

Hata Tekad 'Rampas' Utusan Dari Kongkongan Umno


Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.

Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.

Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.

"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.

"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.

"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.

Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.

Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.

Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.

"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.

Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.

"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.

Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.

"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.

Hata yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".

Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.

Sokong Pakatan Rakyat

Sementara itu, menyeru orang ramai agar terus menyokong Pakatan Rakyat dan tidak terus membiarkan Umno BN terus bermaharaja lela di negara ini.

"Bagi saya tuan-tuan perlu terus menyokong Pakatan Rakyat.Saya memang tak terlibat dengan parti politik tapi kalau kita benar-benar ingin memastikan media bebas, inilah yang perlu kita lakukan," katanya.

Hata sebelum ini pernah menganjurkan program "makan nasi lemak beralaskan Utusan dan menerima reaksi yang pelbagai.

"Utusan hari ini digelar Utusan porno, menjijikkan, dan sebagainya. Sampaikan saya buat perogra makan nasi lemak beralaskan Utusan, ada yang marah.

"Saya tanya kenapa marah, salah ke apa yang saya buat. Dia kata, makan nasi lemak beralas Utusan menjijikkan nasi lemak aku," ceritanya dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

Hata dalam satu temubual dengan satu portal berita mendedahkan bahawa Perdana Menteri,Seri Najib Razak terlibat secara langsung dalam mesyuarat bagi menentukan agenda mingguan Utusan.

Ini katanya termasuklah serangan terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi peguam PAS, Hanipa Maidin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
HarakahDaily

Ahad, 8 Mei 2011

Hadi: Utusan tak beramanah, Pakatan tekad pertahan status Islam


PAS menegaskan parti Islam itu bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tekad itu adalah satu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama PR yang telah dicapai pada kedua-dua konvensyen Disember 2009 dan 2010.

PR juga menggariskan pendirian seumpama itu menerusi satu kenyataan bersama tiga pemimpin komponen pada September 2008.

“Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah satu pemberitaan yang sangat tidak beramanah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini petang ini.

Mengulas laporan Utusan Malaysia semalam, Hadi berkata, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca daripada kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun.

“Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Dalam laporannya semalam, Utusan Malaysia mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Dalam kenyataannya, Hadi juga menegaskan bahawa apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. 

“Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini,” katanya. Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular