Translate

Ahad, 26 Julai 2009

Buta-Buta Rakyat Malaysia Kena Tipu.

Sebelum saya mencoretkan dicatatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada IBNUHASAN kerana anda akan dicatatkan sebagai pembaca setia blog ikan bilis ini. Anda adalah pengikut pertama kepada blog musafirlalu........ Tahniah sekali lagi saya ucapkan.
Apabila DS Najib menubuhkan inkues untuk menyiasat punca kematian Beng Hock, saya sudah katakan ada sesuatu yang tidak kena, maka benarlah apa yang telah saya coretkan. Dan coretan saya telah disahkan oleh Peguam Negara sendiri tentang inkues tersebut. Saya bukannya pakar undang-undang kerana saya bersekolah pun tahap darjah 6 sahaja. Tetapi jangan perbodohkan saya, kerana inkues hanya melibatkan Majistret sahaja.
Andainya kerajaan jujur dalam menangani isu kematian Beng Hock ialah dengan memberi lebih kuasa kepasa SUHAKAM untuk membuat satu siasatan awam jikalau Ghani 4 tahil menyatakan tidak pernah berlaku satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk untuk menyiasat punca satu-satu kematian.Kerana menurut beliau tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayah ialah untuk menyiasat bila, dimana, dan selepas dalam cara simati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Adalah di ingat bahawa fungsi seorang Majistret mengendalikan satu inkuari mengikut Bab XXXll CPC ialah untuk menyiasat bila, dimana, bagaimana dalam menyebabkan kematian itu.. Definisi' Punca Kematian' dibawah s 328. Dan Ghani 4 tahil telah mengarahkan Majistret mengadakan inkuari dibawah sekseyen 339 (1) Kanun Acara Jenayah.
Maka kesimpulan yang dapat saya berikan adalah mengikut budi bicara saya sebagai penulis blog maka disini saya menyatakan dengan jelas rujukan ( kes lembu lawan sapi) maka kita semua telah ditipu dengan nyata dan jelas akan maksud 'Kena Tipu' oleh DS Najib, Musa Hassan, Ahmad Said dan Ghani 4 Tahil.Oleh kerana beliau bercakap gaya perundangan maka saya kena tulis cara perundangan juga lah. Nasib baik lah kamu Ghani 4 tahil, pasal aku tak belajar tinggi,. Kalau tak haram kamu tak dapat jawatan tersebut tapi kalau bagi kat aku, aku pun tak mahu ......... ingat senang ke nak tanggung dosa orang awam di akhirat nanti.
Kerana itulah jalan terbaik adalah memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk menjalankan dan mendakwa dalam inkuari tersebut. Bagi rakyat puas hati, ini nak tipu rakyat hidup-hidup, orang Iban pun tahu mana betul mana salah.Percayalah........ inkuari yang dijalankan oleh Majistret tidak mempunyai banyak kuasa untuk memanggil seseorang yang berpengaruh untuk hadir kerana mereka boleh membawa ke Mahkamah untuk menghalang daripada memberi keterangan dihadapan Majistret, melainkan satu Suruhanjaya Di Raja sahaja yang mereka tidak boleh mempertikaikan atau membawa kes ke Mahkamah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular