Translate

Sabtu, 25 Julai 2009

Konspirasi Pembunuhan Michael Jackson Pasti Kerja CIA.

Apabila timbul cakap-cakap tentang kematian MJ adalah satu pembunuhan terancang, maka tidak mustahil perkara ini boleh berlaku. Dan yang pasti penglibatan CIA tidak boleh ketepikan kerana MJ adalah ikon yang cukup berpengaruh di dunia. Ia pasti berkisar kepada Islam yang dikata MJ telah mengucap dua kalimah syahadah di rumah kawan beliau.
Oleh kerana barat memandang ia satu ancaman sekiranya MJ betul-betul memeluk Islam kerana ia boleh mempengaruhi peminat-peminat fanatik beliau di seluruh dunia. Perkara yang sama berlaku kepada Lady Diana yang penglibatan MI6 dalam insiden yang berlaku kepada Lady Diana yang sampai sekarang ia masih lagi diperdebatkan. Kerana Lady Diana juga adalah ikon dunia yang sentiasa menjadi buruan paparanzzi untuk mengambil gambar-gambar beliau. Tentang kereta yang dikata terlibat dengan pelanggaran tersebut sampai sekarang tidak ditemui dan pasti tidak akan ditemui sampai bila-bila pun. Bagi barat, beliau boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja yang beliau kehendaki tetapi tidak dengan pasangan Islam. Barat yang cukup terkenal dengan sikap Islampobianya tidak akan berdiam diri sekiranya ia betul-betul berlaku. Maka perkara yang sama tidak mustahil berlaku kepada MJ, yang mana sikap anti Islam yang ditunjukkan oleh Amarika Syarikat. Apakah Presiden Obama tersilap mengeluarkan perkataan tiada konspirasi yang mana ia tidak pernah di timbul atau di tanyakan kepada beliau, tetapi beliau dengan tidak semena-mena menyebut' kita amat sedih dengan kematian MJ dan saya pasti tiada konspirasi membunuhnya. Maka saya pasti wartawan akan mengorek dan mencari maklumat tentang pembabitan CIA dalam isu kematian MJ. Amerika adalah satu kuasa besar dunia tetapi hanyalah boneka Yahudi, pasti tidak akan berdiam diri sekiranya MJ memeluk Islam. Mereka tahu kesan dan akibatnya sekiranya peminat fanatik MJ tahu yang beliau telah memeluk Islam. CIA satu badan perisikan yang cukup terkenal dengan kerja-kerja kotornya pun sanggup membunuh JFK , presiden mereka sendiri. Ini kerana bangsa Yahudi telah melihat dan merasa kedudukan mereka tergugat maka tidak mustahil satu arahan dikeluarkan untuk membunuh JFK dan MJ. Yang pasti jika teori ini betul maka badan risikan Israel iaitu Mossad pasti terlibat sama. Sebenarnya jatuh bangun sesebuah negara miskin dan membangun adalah ditangan CIA dan Mossad. Merekalah yang memainkan peranan dalam pengulingan sesebuah kerajaan. Itu tidak boleh dinafikan kerana mereka adalah pakar didalam bidang risikan terutama Mossad. Kerana itulah setiap tahun bajet untuk yang diberikan oleh kerajaan Amarika Syarikat kepada CIA terlalu tinggi. Boleh dikatakan bajet untuk pertahanan Amarika Syarikat, satu perlima adalah untuk CIA sahaja. Apabila orang ramai mempertikaikan tentang kesan suntikan pada tubuh MJ adalah dibuat secara paksa. Maka mari kita renung-renungkan bersama-sama dengan kematian Teoh Beng Hock.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular