Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggapan UMNO dan kerajaan tidak lagi memperjuangkan hak orang Melayu ekoran pemansuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa dan budayanya serta institusi raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan selagi UMNO berkuasa.
Diatas dasar manakah Umno menyatakan yang mereka adalah perjuang kaum melayu selepas 52 tahun memerintah. Sedangkan yang nyata mereka sebenarnya telah mengkhianati kaum mereka sendiri. Saya sendiri pun tidak faham bagaimana sebuah parti yang terang-terang telah mengkhianati kaum mereka sendiri, tiba-tiba mengaku sebagai perjuang hak-hak orang melayu.
Setelah sedikit demi sedikit mereka menghakis hak-hak istimewa orang melayu dan mempermainkan agama yang dianuti mereka kemudian cuba menghakis bahasa ibunda mereka sendiri dengan dasar PPSMI dan meminda perlembagaan tentang raja-raja melayu. Tiba-tiba mengaku mereka sebagai jaguh.
Apakah orang-orang seperti ini masih wujub didalam dunia siber ini. Mereka boleh bercerita kepada ahli-ahli mereka sendiri tetapi tidak kepada kaum melayu. Apakah mereka merasakan yang kaum melayu sebodoh ahli-ahli Umno, yang boleh dicucuk hidung dan boleh dibawa kesana kemari.
"Sebab itu apabila kita umumkan kelonggaran peraturan dalam Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), kita juga umumkan untuk wujudkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal sebanyak RM10 bilion, bermula dengan RM500 juta satu institusi bagi membantu masyarakat Melayu khususnya bumiputera menguasai ekuiti dalam negara.
Sedangkan Dasar Ekonomi Baru pun boleh gagal, ini kan pula dengan Ekuinas. Orang melayu pun masih lagi terkial-kial dengan persaingan yang ada sekarang, tiba-tiba mengantikan DEB dengan Ekuiti Nasional Berhad. Kemudian memberi kelonggaran dalam peratusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).
Maka kaum melayu semakin hancur dengan dasar baru yang dibawakan oleh Umno. Apabila kita melihat kepada angka memang menyeronakkan, tetapi apakah jaminan wang sebesar itu akan sampai kepada kaum melayu untuk bersaing. Yang pasti ia akan sampai, tetapi hanya untuk keluarga, sanak saudara dan kroni-kroni sahaja. Sekarang pun mungkin dia orang sudah meleleh air liur apabila melihat kepada angka tersebut.
"Ekuinas akan bertanggungjawab memastikan hak milik dan ekuiti bumiputera tidak akan berkurangan dan diharapkan dengan mekanisme baru ini, bumiputera akan dapat menguasai saham lebih daripada apa yang ada hari ini," ujarnya.
Memang hak milik tidak akan berkurangan, tetapi untuk yang ada kepentingan sahaja. Itulah kenyataannya. Inilah saat-saat bermulanya kehancurkan ekonomi orang melayu yang sebelum ini pun sudah tenat dan ditambah pula dengan Ekuinas. Satu dasar yang menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Apakah rasionalnya kerajaan memberi lebih banyak ruang kepada pelabur asing yang tidak secara langsung telah mengecilkan lagi ekonomi kaum melayu yang sememangnya sudah tidak berdaya saing.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas di sini hari ini. Inilah hadiah buat kaum melayu setelah tarif elektrik akan dinaikkan. Inilah dia 1Malaysia untuk kaum melayu memahaminya, setelah ramai yang tidak memahami apabila ia diperkenalkan oleh DS Najib.
Muhyiddin berkata, ia merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu orang Melayu, tetapi telah diputarbelitkan oleh pembangkang kononnya kerajaan tidak lagi mempertahankan hak orang Melayu sehingga bumiputera tidak mampu berhadapan dengan persaingan.
Inikah yang dikata bantuan untuk kaum melayu dari sudut pandangan Umno. Tidak tahulah kalau masih ada kaum melayu yang sebodoh Umno. Ini bukannya nak menolong, tak nak menghancurkan kaum melayu. Saya yang tidak belajar tinggi pun boleh memahaminya antara menolong dengan menghancurkan.
Tak tahulah ini hadiah yang keberapa setelah 11 hadiah telah diberikan kepada rakyat Malaysia. Memang Umno ini langsung jenis yang tidak berhati perut, banyak menyusahkan dari membantu. Terima kasih Umno dan DS Najib khususnya diatas hadiah-hadiah yang telah anda berikan kepada rakyat Malaysia. Saya amat-amat berbesar hati dengan hadiah-hadiah tersebut..... 1Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan