Setelah membaca banyak blog-blog tentang apa yang berlaku di Ampang Point, saya merasakan yang negara kita semacam tidak beberapa aman lagi. Ini kerana satu protes telah dilakukan oleh Umno bahagian Ampang terhadap Pakatan Rakyat. Demonstrasi yang telah dilakukan oleh Umno Ampang amat-amat menakutkan orang ramai. Demonstrasi yang dilakukan adalah untuk menunjukkan kepada dunia yang Umno Ampang akan berdiri teguh dibelakang PDRM dan SPRM agar tidak takut dengan Pakatan Rakyat kerana mereka akan mempertahankan PDRM dan SPRM dalam menjalan tugas-tugas mereka.
Mereka juga meminta PDRM dan SPRM teruskan siasatan mereka mengenai kematian Teoh Beng Hock. Kelihatan orang ramai mula panik dan orang ramai mula membanjiri pusat-pusat membeli belah untuk menyimpan stok barangan keperluan harian. Pasaraya-pasaraya kelihatan sesak dengan orang ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan bahan makanan.
Mengikut maklumat terkini yang baru diterima seramai 60 orang telah dihantar ke hospital kerana kecederaan yang mereka alami semasa berebut-rebut untuk mendapat bekalan makanan. Keadaan dijangkakan semakin kecoh apabila ramai yang habis kerja akan berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan makanan. Jalan-jalan raya semakin sesak dan ada yang terpaksa meninggalkan kenderaan mereka dijalan-jalan raya kerana kesesakkan yang membuatkan kenderaan tidak bergerak.
Polis cuba mengawal keadaan tetapi tidak berjaya kerana terlalu ramai orang cuba mengelakkan dari berada ditempat kejadian yang mana Umno Ampang sedang berkumpul. Berita terkini yang baru saya terima menyata seramai 60 orang telah pengsan atau tercedera mungkin kerana terpijak oleh orang ramai. Kelihatan juga polis tambahan seramai 6,000 anggota baru sahaja sampai untuk mengawal keadaan yang telah dicetuskan oleh Umno Ampang. Kelihatan juga Ketua Polis Selangor sedang berbincang dengan ketua Umno Bahagian Ampang agar bersurai, tetapi mengikut maklumat yang diterima, mereka tetap berkeras untuk mempertahankan PDRM dan SPRM agar meneruskan siasatan tanpa merasa gentar dengan Pakatan Rakyat. Dan mereka menyatakan yang mereka tidak akan berganjak daripada niat asal mereka untuk mempertahankan PDRM dan SPRM. dengan kekuatan anggota Umno bahagian Ampang seramai 60,000 orang itu akan tetap akan bertahan bersama-sama dengan PDRM dan SPRM..... Hello..... hello.... maaf... kurang jelas...... ya.... ya.... apa..... 60.... maaf kurang dengar...... 60... apa dia 60.... hello.. hello... Ok sekarang baru jelas..... apa..... 60 orang ajer.... ciiiiiiiiiih... kurang asam betul lah.... aku ingat 60,000 orang, rupa-rupanya 60 ajer.... apa..... tak ada permit.. Maaf ya tuan-tuan dan puan-puan berita ini tersilap, kerana yang berhimpum hanyalah 60 orang sahaja dan tiada permit polis untuk berkumpul. Sekian lintas langsung dari berita TV 3 suku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan