Translate

Rabu, 22 Julai 2009

Suruhanjaya Diraja............Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Apabila Perdana Menteri DS Najib mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu, apakah yang dimaksudkannya dengan terma-terma. Itu yang saya tidak faham. Suruhanjaya diraja yang ditubuhkan itu sebenarnya untuk menyiasat siapa sebenarnya. Suruhanjaya Di Raja itu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock atau pun hanya untuk menyiasat peraturan soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh.

Inilah yang menjadi tanda tanya bagi saya kerana DS Najib juga mengarahkan supaya inkues terhadap kematian Teoh akan dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematiannya. Maka bagi saya seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang DS Najib umumkan.

Ia lebih kepada mempertahankan atau cuba menyembunyikan sesuatu dengan pengumuman beliau. Inkues adalah satu siasatan yang lebih kepada siasatan koroner yang tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memanggil seseorang yang ada pengaruh. Dan siasatan ini biasanya dilakukan oleh seorang Majistret.

Kalau inilah yang dimaksudkan, maka tidak perlulah ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja. Apakah beliau cuba mengula-gulakan desakan rakyat agar satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh semasa dibawah jagaan SPRM.

Maka kita perlu mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh, dan bukannya Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat cara siasatan SPRM. Beliau cuba memutarbelitkan keadaan. Apa perlunya inkues yang hanya diketuai oleh seorang Majistret. Apakah beliau cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular