Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 17 Julai 2009

Pembinaan Jambatan Di Manek Urai Tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).
"Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah," katanya.
Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lalu, walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz, berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian pemimpin BN.
"Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena..." katanya.
Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan Pas selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata, itu adalah pandangan peribadi Abdullah.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular