Translate

Memaparkan catatan dengan label Pembangunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembangunan. Papar semua catatan

Isnin, 1 Mac 2010

Lebuhraya Kedua Utara-Selatan..... Siapa Pula Yang Akan Dikayakan.

Kerajaan kini membuat kajian terperinci bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua bagi menyediakan laluan opsyen kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang sedia ada untuk ke destinasi mereka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kajian itu meliputi kadar trafik serta pekan yang boleh dilalui lebuh raya baru tersebut selain kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan setempat.

“Keperluan untuk membina lebuh raya ini sememangnya ada, namun kita harus menelitinya dengan lebih mendalam,” katanya selepas merasmikan persimpangan Setul dan Ampangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), di sini hari ini.

Untuk rekod, projek itu telah dirancang ketika kementerian tersebut dipegang oleh Datuk Seri S. Samy Vellu dan dijangka dibina dalam dua fasa iaitu fasa pertama menghubungkan Banting dan Sabak Bernam sebelum dihubungkan dengan Taiping dalam fasa kedua.

Mengulas perkara itu, Shaziman bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebuh raya tersebut hanya akan menghubungkan Sabak Bernam ke selatan tanah air jika kajian tersebut mendapati ia kurang sesuai untuk dihubungkan ke utara. – Bernama

Ulasan Musafirlalu.......

Umum mengetahui bagaimana PLUS mengaut keuntungan berbilion setahun setelah UEM (milik Umno) diberi lesen untuk melaksanakan projek Utara-Selatan dizaman Mahatdir menjadi PM. Dengan pinjaman mudah dari kerajaan dan juga daripada bank, UEM menjalankan projek tersebut tanpa modal.

Daripada konsesi perjanjian selama 25 tahun, ianya setiasa dilanjut dan terus dilanjutkan dengan berbagai-bagai alasan daripada kerajaan. Ditambah pula kenaikan yang wajib diberikan oleh kerajaan kepada PLUS, yang mana keuntungannya hanya untuk sebelah pihak sahaja dengan rakyat sebagai mangsanya.

Sekarang ini siapa pula yang akan dikayakan oleh Najib One Malaysia dengan ura-ura lebuhraya kedua Utara-Selatan. Yang pasti akan mendapat projek tersebut mestilah yang berada dekat dihati Najib One Malaysia dan Big Mama.

Sabtu, 20 Februari 2010

Umno Juara Rakyat............ Katakan Betul Kepada Umno.

Saya akan bantah kalau orang kata Umno bukan juara rakyat. Jangan kata juara............. malah juara segala juara............... Kalau tak percaya.............. tanyalah Raja Beruk............... tanyalah juara lompat katak............. iaitu pemimpin 'We Condemm'.................. tanyalah Zambry D' Pulau............ tanya JK Tata Teretib Umno.

Tapi jangan tanya SPRM.............. nanti kena tuduh makan bersuap................. jangan tanya PDRM.............. nanti direhatkan kat Kemunting................... jangan tanya Mahkamah.............. nanti kena kad merah, tambah dengan tendangan penalti 5-0.............. jangan tanya DBI................ nanti rumah kena sita............... macam rumah saya.

Sebenarnya Umno tak payah promosi................ Rakyat Didahulukan dah tahu............... peruntukan RM 2 juta daripada One Malaysia............... itu pun dah kira juara............... bila One Malaysia umum peruntukan tersebut................ Rakyat Didahulukan dah tahu................ duit itu bukan duit Umno............. itu pun dah dapat gelaran juara.............. juara rembat.

Tanya Che Det, 22 tahun jadi 'Penerapan Nilai-Nilai Islam'.............. habis RM 100 bilion............. siapa jadi juara............. Mirzan selamat tapi Perkapalan Nasional yang tengelam.............. Petronas juga yang kena timbulkan kapal tu............... Che Det kata, anak-anak dia juara berniaga.

Tanya Pak Lah, 5 tahun jadi Islam Hadhari.................. habis RM 285 bilion.............. siapa jadi juara............... Kamaluddin juara terkaya................. Scomi juara dapat projek................. Petronas juga yang kena bagi projek.................. Pak Lah kata, anak dia juara cari projek sendiri............... menantu yang untung............... saham dapat, juara pemuda dapat................. menantu dapat bela hantu kat tingkat 4........... yang terbaru dapat juara Raja Beruk.

Tanya Najib, baru jadi 'One Malaysia'................ berapa RM habis.................. jawabnya, habis bebenor........... kering kontang.............. siapa jadi juara............. adik jadi juara Cimb............... bini jadi juara shooping kat Ober-C.............. hampir-hampir jadi 'Juara Menimbul'................. tajaan Scorpion..

Jangan kata begitu kat Najib............... mana boleh nilai.................. pasal dia baru jer jadi 'One Malaysia'............. maka para-para juara berkokok membela 'One Malaysia'.............. siap memuji lagi........... macam skrip lama................ masa Che Det baru jadi 'Penerapan Nilai-nilai Islam' dan................ Pak Lah jadi 'Islam Hadhari'............. Umno memang juara memuji.................. macam kata Ahmad Nisfu.............. puji ada makna tu. 

Dalam diri 'One Malaysia' sudah ada sifat-sifat kepimpinan.................. sebab itulah beliau berjaya sampai ketahap 'One Malaysia'.............. mengunung pujian diberikan oleh para-para juara.................. apa tidaknya jika celek-celek mata............... dah duduk di Alam Kayangan.................. jadi ahli parlimen Pekan pun atas nama baik si bapa................... jadi 'One Malaysia' pun dalam keadaan Umno masih jadi 'JUARA'.Kerana itulah Umno adalah Juara membakul sampahkan skrip pujian mereka bila 'Raja Juara' dah tak ada kuasa.............. Kalau tak percaya........... tanya sama Che Det dan............... tanya sama Pak Lah dan............. tanya sama Raja Kali dan.............. jangan lupa tanya sama Raja Beruk.

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang : 95 % maka 50-50 Untuk PAS dan Umno

13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuang undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah

Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini.
 
Mereka terdiri dari 19.9 peratus pengundi India, kira-kira 10 peratus Cina dan selebihnya, 70 peratus adalah pengundi Melayu. Di kalangan Melayu itu, kira-kira 4,600 atau 32 peratus adalah pengundi pos.
 
Sehingga kini, kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50 : 50. Namun begitu, analisa di kalangan yang hampir dengan Umno memberikan kemenangan kepada calon mereka antara 600 hingga 1000 undi majoriti.
 
Ini berdasarkan andaian Isa akan mendapat 75 peratus undi Melayu, 70 peratus undi pos, India 45 peratus dan Cina 30 peratus.
 
Namun begitu, kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah Universiti Malaya berdasarkan 2,000 respondan secara rawak mendapati sokongan untuk PAS 56 peratus dan 46 peratus untuk BN.
 
Image Kajian yang dibuat oleh Ilham Centre
pula menunjukkan Isa menjadi pilihan
majoriti pengundi. Ini berdasarkan 48
peratus mereka mengenali Isa manakala
Zulkefly hanya dikenali 11.7 peratus pengundi sahaja.
 Keutamaan cara pengundian juga adalah calon yang dikenali dan berwibawa.
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memberikan pendapat melampau namun tidak kurang juga asasnya. Mereka berkata Umno akan berjaa meningkat undi majoriti mereka sehngga ke 3,000 undi berbanding 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Namun sikap melampau yang ditunjukkan oleh sesetengah juru kempen dan petugas Umno sehingga memukul petugas Pakatan Rakyat dan merobohkan khemah mereka sangat-sangat meragukan.

"Jika Umno yakin akan menang buat apa tindakan agresif sebegini? Ini tindakan orang yang tertekan dan takut dengan kekalahan," kata seorang rakan wartawan dari sebuah akhbar harian.

Tindakan ganas bermula Rabu lalu. Sekumpulan petugas Umno datang ke sebuah khemah Darul Syifa' yang ditubuhkan oleh PAS untuk memberikan perkhidmatan percuma di Taman Sirusa.

Kumpulan pertama ini memberikan amaran agar khemah itu dirobohkan dalam masa 24 jam. Selang beberapa jam datang lagi kumpulan kedua yang mengarahkan agar khemah itu dirobohkan segera bukannya dalam masa 24 jam.

Akibatnya dengan kasar khemah itu dirobohkan mereka. Petang semalam, sehari sebelum mengundi, berlaku juga pertengkaran dan pergaduhan di sini.

Kunjungan ke Taman Si Rusa Jumaat selepas itu dapat merasai betapa tegangnya keadaan antara petugas PAS dan Umno di situ. Ini kerana, markas mereka yang berdekatan antara satu sama lain.

Khemah-khemah PAS pula didirikan di tepi-tepi jalan kerana tidak ada penyokong PAS yang sedia memberikan rumah mereka kerana takut di ganggu dan diugut oleh petugas BN yang sudah lama bertapak di situ.
Image (Gambar:Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh petugas SPR)
Pusat akhtiviti PAS adalah di sebuah Pasti di situ. Kawasan ini dijaga oleh PAS Kedah dan PAS Johor.
"Kami banyak belajar dari PAS Kedah dalam kerja-kerja politik di sini," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamad ketika ditemui di situ.
Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, turut turun ke situ. Beliau banyak memberikan motivasi kepada petugasnya bukan memberikan kempen politik kerana majlis itu penuh dengan petugas PAS dari Johor dan Kedah di samping petugas tempatan.

"Tugas kita adalah berkempen dengan cara terbaik. Itu kerja kita. Menang kalah itu bukan kerja kita, itu kuasa Allah...Dia yang berkuasa menentukannya," kata Azizan.

Pengundi tempatan kurang menyertai majlis ceramah terutama yang dibuat di waktu siang kerana PAS agak asing bagi penduduk di sini. Mereka hanya mendekati PAS dan Pakatan melalui media khasnya media baru iaitu laman web dan blog di internet dan sms melalui telefon bimbit.

Calon BN, Tan Sri Isa yang memberikan ucapan di Si Rusa berkata, mereka semua ini orang luar yang datang buat kacau ke kawasan mereka.

"Selepas ini, mereka semua pulang. Siapa yang nak jaga kebajikan kitaa semua melainkan Umno," kata Isa dalam ceramahnya di sebuah rumah yang menjadi pintu masuk ke taman itu. Jalan di situ jam dengan kereta yang mahu keluar masuk.
Image(Gambar: Pengerusi SPR bersama pegawainya masuk ke pusat pengundi pagi ini.)
Turut terperangkap adalah kenderaan PAS yang dibawa PAS Kedah untuk berkempen di sini. Ia berupa kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapkan dengan alat siar raya di atasnya.

Ketika itu mereka sedang berkempen untuk memanggil orang ramai ke ceramah yang akan diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malamnya (9 Oktober).

Adun Ladang, Terengganu, Datuk Tengku Hassan mempunyai cerita tersendiri dalam siri kempen yang dibuat di sini.

"9 dari sepuluh pengundi yang kami temui memberikan jawapan positif kepada PAS. Namun kami bimbang kalau jawapan yang sama juga diberikan kepada jurukempen Umno," kata Tengku Hassan bekas Pegawai Kanan kerajaan Terengganu itu.

Anggota Parlimen Kota Raja, Selangor, Dr Mariah Mahmud juga mempunyai ceritanya sendiri. Sejak datang ke sini kira-kira seminggu lalu, beliau tidak pulang ke kawasannya di Selangor.

"Kalau saya pulang, saya kena jaga penduduk Kota Raja. Kalau saya ada di sini, mereka faham saya bertugas dan terpaksa tangguhkan apa-apa khidmat untuk mereka buat sementara," kata Mariah.

Dr Mariah bersama pasukannya yang dibawa dari Kota Raja menjaga peti undi Ladang Seliau tempat pengundi India bermastautin. Ini berdasarkan demografi Parlimen beliau yang ramai pengundi India itu.

"Kami dah kenalpasti hampir kesemua pengundi kita dahulu dan cuba mempertahankannya di samping menambah pengundi baru," kata seorang petugas Dr Mariah yang ditemui.

Pendek kata, dalam pilihan raya kecil kali ini, petugas Umno pasti terkejut besar. Buat pertama kalinya mereka merasakan tekanan dengan juru kempen yang memenuhi kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat Umno.

Harakahdaily akan memberikan maklumat keputusan ini secara langsung. Keputusan pertama akan diketahui sekitar jam 6 petang nanti..

 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam.

Jumaat, 17 Julai 2009

Pembinaan Jambatan Di Manek Urai Tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).
"Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah," katanya.
Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lalu, walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz, berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian pemimpin BN.
"Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena..." katanya.
Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan Pas selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata, itu adalah pandangan peribadi Abdullah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular