Translate

Ahad, 5 Julai 2009

Perkara Kecil Di Perbesar-Besarkan.........

Adalah amat tidak bijaknya DAP dalam meraih simpati dalam isu tempat sembelihan babi dirobohkan di Kedah. Apakah DAP kerana hendak menunjukkan atau mencari pengaruh, DAP sanggup berundur daripada Pakatan Rakyat. Apakah tindakan Pengerusi DAP Kedah Thomus Su ingin menjadi jaguh di kalangan kaum Cina maka beliau membelakangi Pakatan Rakyat. Kita sedia maklum DAP Kedah berbuat begitu kerana ingin menunjukkan kepada kaum Cina ia lebih baik daripada MCA dalam memperjuangkan bangsa Cina. Ini semua adalah bersifat politik murahan yang cuba ditonjolkan oleh Thomus Su. Apakah kaum Cina menyokong penuh tentang perobohan pusat pemyembelihan babi ditengah-tengah pekan itu. Mungkin segelintir sahaja yang bersetuju dengan tindakan beliau itu. Kalau ditanya pendapat ramai mungkin ramai yang menyetujuinya kerana ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan ada baiknya kerana ia melibatkan kepentingan umum, Lebih-lebih lagi dengan merebaknya H1N1 dan penyakit cikunya yang sedang merebak di seluruh dunia. Walaupun babi adalah antara makanan utama kaum Cina tetapi penyakit yang dibawanya amat merbahaya sepertimana berlakunya wabak virus nipah dahulu. Apakah beliau mendapat sokongan di kalangan akar umbi atau hanya daripada segelintir orang sahaja. Yang pastinya penternak, penjual dan pembeli pasti memprotesnya tetapi tetapi apakah peniaga dan penduduk sekitarnya menyetujuinya. Saya pasti lebih ramai yang menyokong daripada menentangnya apabila pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. kalau nak jadi jaguh biarlah bertempat, dan bukankah satu tempat baru akan diberikan oleh kerajaan tempatan. Beliau sepatutnya lebih utamakan kepentingan awan daripada kepentingan politik murahan seperti isu tersebut. Dan yang terbaru, beliau mengatakan kerajaan kedah akan merobohkan kuil-kuil dan rumah ibadat. Perkara tersebut telah dinafikan oleh Menteri Besarnya sendiri. Apakah DAP Kedah cuba memainkan sentimen perkauman dalam usaha menjadi jaguh kepada masyarakat Cina dalam menyaingi MCA dan Gerakan. Apakah sebenarnya agenda beliau memperbesar kan isu-isu yang remeh. kerajaan Pakatan Rakyat Kedah banyak bersabar dan mengalah dengan DAP Kedah. Apa yang saya boleh rungkaikan di sini ialah, ia lebih kepada jawatan dalam kerajaan Kedah yang mana DAP tidak diberi jawatan exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Itu adalah pandangan peribadi saya sahaja, apabila DAP tidak diberikan peranan atau jawatan maka DAP Kedah hanya mencari isu sahaja untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini boleh dilihat kepada pelantikan bekas adun bebas Bukit Selambau menjadi exco dan Ustaz Azizan tidak melantik adun dari DAP untuk jawatan exco. Kerana DAP Kedah menganggap mereka adalah ahli Pakatan Rakyat maka mereka patut diberi satu jawatan exco sedangkan DAP hanya memiliki satu kerusi sahaja di dun Kedah. Apakah rasionalnya untuk DAP diberi kerusi exco. Sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang di mana PAS hanya mempunyai satu kerusi sahaja maka PAS akur dengan perkara tersebut. PAS sebuah parti yang banyak mengalah didalam Pakatan Rakyat kerana hendak menjaga semangat setia kawan tetapi apakah usaha PAS itu dihargai. Sepatutnya DAP menghormati pendirian PAS sebagaimana PAS menghormati pendirian DAP. Kerana perkara kecil diperbesar-besarkan maka DAP Kedah boleh diibaratkan cuba bermain api dengan PAS. Bagi saya, Pengerusi DAP Terengganu lebih matang dalam berpolitik kalau hendak di bandingkan dengan DAP Kedah. Beliau seorang yang bijak berpolitik dalam menjaga semangat setia kawan beliau dengan PAS. Walaupun di Terengganu bukan tempat yang subur untuk DAP, tetapi diatas sifat beliau itu tidak mustahil DAP akan mengantikan MCA di Terengganu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular