Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 4 Julai 2009

Apakah Perjuangan Umnu Berlandaskan Islam ( 2 ).....

Umno kata," Pakatan Arab yang pada zaman nabi dan beberapa abad selepasnya dipakai oleh semua orang Arab, sama ada Islam atau Kristian, dijadikan simbol Islam. Dengan itu orang Islam memakai pakaian itu tetapi mereka sering berperang sesama sendiri tanpa menghiraukan tuntutan Islam yang lebih berat supaya orang Islam bersaudara ". Peperangan yang berlaku bukan kerana pakaian. Orang Islam berperang sesama sendiri disebabkan, di satu pihak hendak menegakkan Islam secara syumul (sepenuhnya), sementara satu golongan lagi tidak mahu menegakkan syariat Islam. Ada juga yang berperang kerana taksub kepada suku kaum, bangsa dan warna kulit. Yang mahukan Islam dan yang menolak Islam akan terus bertarung dan pertarungan ini akan terus berlaku hingga akhir zaman walaupun sesama bangsa Arab, atau bangsa Melayu, atau bangsa Afghanistan atau bangsa Eropah. Perang di negara Arab ialah antara golongan Islam dan dengan pemerintah negara Arab yang tidak mahu kembali kepada Islam. Demikian juga, perbalahan antara Umno dan PAS, walaupun sama-sama bangsa Melayu. PAS berjuang untuk melaksanakan syariat Islam sepenuhnya, sementara Umno yang memerintah, yang berfahaman sekular, tidak mahu melaksanakan Islam, kecuali dalam batas-batas tertentu terutama yang menguntungkan dari segi ekonomi saja, atau hal-hal yang bersifat ritual, dan membiarkan kemungkaran berleluasa dan menafsirkan Islam mengikut logik akal pemimpinnya sahaja. Umno kata," Ramai yang ingin memaksa lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang tua juga menutup kepala mereka." Pandangan ini membayangkan sikap yang amat prejudis Umno terhadap pakaian menutup aurat. Ibubapa atau guru yang menyuruh anak muridnya (walaupun kecil) memakai tudung adalah gambaran keprihatianan dan tanggung jawab golongan Muslim terhadap anak dan murid mereka yang diharapkan menjadi generasi Islam yang patuh kepada Allah s.w.t. Mereka telah mematuhi tuntutan sebagai ibubapa dan guru Muslim dalam membentuk anak-anak dan murid mereka supaya apabila dewasa nanti dengan sendirinya mudah berpakaian menutup aurat. Ini kerana kebanyakan wanita yang sudah dewasa atau yang amat tua pun ada yang amat sukar menutup aurat kerana sejak kecil mereka tidak dididik untuk menutup aurat, atau keluarga dan saudara mara mereka tidak menutup aurat. Umno kata," Malaysia dianggap sebagai negara Islam contoh oleh negara umat Islam lain". Itu adalah urusan Umno untuk berbangga lebih-lebih lagi Tun Dr. Mahathir yang menyistiharkannya, konon Malaysia dipuji kerana menjadi ' negara Islam contoh' tetapi fakta-fakta yang menonjol yang diketahui umum dari segi perundangan, sikap dan pandangan pemimpin Malaysia seperti Dr. Mahathir sendiri terhadap hukum Islam dan sistem nilai Islam keseluruhannya, membuktikan Malaysia bukan sebuah negara Islam, jauh sekali untuk menjadi negara Islam contoh. Penilaian pemimpin sekular umat Islam tidak mempunyai makna apa-apa kerana pandangan pemimpin sekular itu salah, jauh dari perspektif syarat. Lebih-lebih lagi untuk membandingkan pemerintahan Malaysia sama dengan pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ini kerana kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz penuh taqwa, melaksanakan sepenuhnya dengan syariat Islam, tidak melakukan nepotisme, tidak memilih kasih, dan tidak menyalah gunakan harta rakyat berbanding kepimpinan Malaysia. Umno kata," Pengetahuan agama dan bahasa Arab tidak menjamin bahawa tafsiran dan ajaran mereka tepat, benar dan tidak berbeza. Sebenarnya kerana kepentingan tertentu ada di kalangan mereka yang kerap menyalahtafsirkan ajaran Islam". Ini satu lagi sangkaan buruk terhadap mereka yang berpendidikan agama dan mahir dalam bahasa Arab. Analogi yang diberinya sekira-kira begini : Mereka yang tidak berpengetahuan agama dan bahasa Arab boleh menjamin tafsiran dan ajaran mereka tepat, tetapi sebaliknya mereka yang berpengetahuan agama dan bahasa Arab tidak menjamin tafsiran dan ajaran mereka tepat. Kalau ini andaian Umno tidak guna lah pelajaran agama menjadi teras dan asas kepada semua ilmu, sementara bahasa Arab adalah bahasa al-Quran yang disahkan oleh Allah s.w.t. sendiri didalam al-Quran. Janganlah kerana mereka tidak tahu bahasa Arab maka ia memperlekeh kan bahasa Arab. Apakah selama ini ulamak mufassirin yang amat mahir bahasa Arab dan terkenal kewibawaan dan amanah mereka telah membuat tafsir yang salah mengenai al-Quran dan hukum-hukum Islam? Di mana kesalahan mereka? Mampukah Umno berbahas secara ilmiah dengan para ulamak mengenai tuduhan mereka selama ini, antaranya ulamak telah membuat tafsiran yang salah mengenai hukum Islam. Sedangkan dalam bab aurat sahaja pandangan mereka secara nyata bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah, belum lagi bab-bab yang lain. Dengan itu bagaimana mereka boleh mendakwa para ulamak membuat tafsiran salah? Dengan slogan 1 Malaysia seolah-olah mengajak umat Islam membuat satu reformasi budaya yang tidak lagi merujuk kepada hukum syariah. Lihatlah perwatakan isteri mereka, anak mereka dan keluarga mereka. Bolehkah para pemimpin Umno dijadikan model yang perlu dicontohi untuk membawa kita kejalan kebenaran. Itukah model seorang yang mengaku sebagai muslimat tetapi cara berpakaian langsung tidak menunjukkan sebagai seorang muslimat seperti yang disebut oleh Datuk Rais anak Yatim itu.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular