Apakah senjata yang Umno miliki untuk menghadapi PAS di Manek Urai. Kerana PAS mempunyai banyak isu yang perlu untuk Umno menjawabnya. Kalau diambil kira tentang calon yang bertanding di antara Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji dikalangan masyarakat Manek Urai dengan calon Tuan Aziz Tuan Mat dari BN, Umno-Bn telah ketinggalan jauh.
Ini kerana Umno-Bn tiada isu untuk menyerang peribadi Abe Uji yang cukup dikenali di Manek Urai. Tetapi calon daripada Umno-Bn iaitu Tuan Aziz Tuan Mat telah menimbulkan banyak kontroversi selepas sehari beliau diumumkan sebagai calon Umno-Bn. Isu-isu tentang beliau telah ditimbulkan oleh ahli-ahli Umno sendiri.
Sedangkan PAS belum mengeluarkan apa-apa kenyataan, ahli-ahli Umno sendiri yang telah mendahului dengan menyatakan ketidakpuasan hati mereka di atas sifat calon Umno-Bn itu yang mendakwa Tuan Aziz hidup melebihi daripada kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. Ekoran gaya hidup mewah itu, dikatakan menjadi sebab beliau diturunkan pangkat menjadi pengurus pemantauan Kesedar.
Beliau juga seorang yang susah didekati oleh ahli-ahli Umno sendiri. Ada seorang penduduk yang mendakwa beliau sangat mengenali calon Umno-Bn itu, Kata beliau, Tuan Aziz sebelum ini menjadi pengurus kilang sawit milik Kesedar di Paloh 3. " Dia jarang singgah di kedai kopi, berkawan dengan peneroka seperti kami. Kawan-kawan yang bekerja di kilang sawit di situ juga memberitahu payah sangat bercakap dengan bos mereka". Katanya lagi," Biarpun saya tinggal di Paloh 3, namun jarang dapat bersua muka dengannya. Maklumlah sibuk dengan dengan jawatan CEO kilang sawit".
Dakwanya lagi Tuan Aziz dilihat lebih rapat dengan kontraktor di Gua Musang. Beliau bersungguh-sungguh mengungkit kan kisah tersebut. Lebih memeranjatkan lagi peneroka terbabit apabila Ketua Pemuda Umno Kuala Krai itu dicalonkan di Manek Urai.
Ada yang menceritakan bagaimana mereka dihalau oleh isteri Tuan Aziz semasa ingin berjumpa beliau kerana tiada temu janji dilakukan. Lihatlah betapa hebatnya beliau, hendak berjumpa dengan beliau pun kena ada temu janji, itu belum lagi bergelar Yang Berhormat.
Jikalau begitu sikap beliau seperti apa yang di perkatakan oleh penduduk Manek Urai itu benar, maka untuk kebaikan penduduk Manek Urai, mereka perlu menolak calon daripada BN itu. Penduduk Manek Urai memerlukan seorang wakil yang betul-betul bersikap mesra, baik hati dan senang berjumpa. Calon yang berpendidikan tinggi tidak menjaminkan yang ia seorang yang "mesra alam".
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 7 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Sudah lama tidak membaca blog kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Pada hari Jumaat malam, saudara blogger Alhusseyn, Pahrol (orang kuat...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
Apabila isu ini di bangkitkan semula dek kerana ada khabar-khabar angin yang 3 adun lompat akan kembali kepada Pakatan Rakyat, hentikan saj...
-
Saya pernah membidas blog AT diatas tulisan-tulisan dan bahasanya terlalu kesat untuk dibaca. Kritikan saya pernah dipanjangkan oleh b...
-
Tanpa Nama berkata... ya allah kamu cuba mengelirukan fakta,tahu tak itu dosa namanya. yg mula sekali bocor rahsia ini adalah dr hassan se...
-
Raja yang adil adalah raja yang menjadi Iman terhadap rakyatnya terutamanya semasa solat berjemaah. Sungguh bertuah bumi Kelantan kerana ...
-
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini berkata beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam da...
-
Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut...
-
Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik sebaliknya ia hanya akan dikenakan terhadap mereka ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan