Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 7 Ogos 2009

Apakah Kamu Mengira Yang Kamu Sudah Beriman Sedangkan Kamu Belum Lagi Di Uji.

Buat Tatapan Al-Banjari dan Alhusseyn....... Asalamualaikum........
Sebagai seorang penulis yang saya anggapkan sebagai senior, disini saya harap wak dan cikgu dapat memberi nasihat kepada penulis-penulis blog agar menunjukkan sedikit rasa hormat kepada pucuk pimpinan. Jangan pakai hentam sahaja. Gunakan kelebihan menulis yang Allah berikan itu dengan sebaik-baiknya. Janganlah terlalu takbur dan sombong dengan tulisan-tulisan yang tak ada mutu langsung itu untuk menghina dan mengutuk pucuk pimpinan, terutamanya TGHH.
Saya sememangnya pantang betul dengan manusia-manusia seperti ini......... angkuh. Apakah mereka merasakan dengan menghadiri demontrasi atau kena gas pemedih mata atau duduk kat lokap polis dah boleh mendabik dada sebagai pejuang PAS. Apakah dengan tangan digari dan dihadapkan ke mahkamah, sudah boleh mengatakan merekalah pejuang PAS. Dan kemudian menulis sesuka hati tanpa memikirkan apakah kesan-kesannya diatas tulisan-tulisan yang mereka coretkan itu mengoreskan hati atau pun tidak terhadap ahli-ahli dan pendokong-pendokong pejuangan PAS ini.
Saya bukannya suka sangat nak buat blog ini, dulu saya hanya memberi komen-komen sahaja terhadap blog-blog yang saya baca. Saya buat blog ini kerana adanya penulis-penulis yang kurang ajar terhadap pucuk pimpinan. Saya bukan hendak mencari nama dengan menulis blog ini, tetapi untuk melepaskan apa yang ada dalam fikiran saya ini. Adakah wak dan cikgu tahu bertapa tergoris dan sakitnya hati apabila melihat penulis-penulis blog yang tertentu yang mengaku ahli PAS tetapi tidak langsung bersifat pejuang Islam. Apakah mereka merasakan yang mereka sudah pandai berpolitik apabila menulis tanpa menggunakan akal.Mereka ingat politik PAS macam politik Umno, untuk suka-suka sahaja. Saya bukanlah yang terbaik antara yang terbaik, tetapi saya juga bukan yang terburuk daripada yang terburuk. Apakah mereka-mereka ini merasakan yang perjuangan mereka ini sudah cukup untuk digelar pejuang tanpa di uji kan oleh Allah a.w.t. Apakah mereka sudah merasakan apa yang dialami dalam klip video yang dikatakan TBH disiksa sebelum mati itu. Saya bukan hendak menunjuk yang saya ini seorang pejuang. Jika wak dan cikgu tengok penyeksaan ala Abu Gharib itu dalam klip video TBH, saya alaminya lebih teruk lagi. Wak dan cikgu tahu apa bagaimana saya disiksa, saya disekup kedalam guna dan dipukul, dilanyak sehinggakan sampai sekarang keng(sendi mulut) saya patah.
Apakah mereka merasakan bagaimana makan nasi lokap, tetapi pernahkah mereka makan nasi kawah penjara dengan lauknya, makanan anjing lagi bagus. Apakah mereka merasakan bagaimana duduk di lokap, tetapi pernahkah mereka duduk di bilik asingan dipenjara tanpa seurat benang pun kat tubuh dan di sedia satu tong tahi. Wak dan cikgu tahu bagaimana saya bersolat dengan tiada benang seurat pun kat tubuh selama berhari-hari. Apakah mereka merasakan sudah cukup dengan tinggal beberapa hari di lokap, tetapi pernahkah mereka dipenjara kan bertahun-tahun. Saya bukannya untuk mencari nama, demontrasi baru-baru ini di KL dan di Ipoh yang dekat sangat dengan kediaman saya kat Tambun, saya tidak pernah pergi. Kerana saya sememang cukup anti kat polis.
Saya sudah 3 kali dipenjara kan dan lokap di Terengganu daripada Kemaman sampai ke Jertih, semuanya saya sudah jejaki. Didalam negeri Terengganu, saya boleh cerita bagaimana keadaan lokap-lokapnya. Ia umpama rumah kedua saya. Apakah mereka merasa cukup dengan perjuangan mereka itu tanpa diuji bagaimananya pedihnya hati apabila difitnah dan kemudian di sumbat ke dalam penjara bertahun-tahun. Saya merasakan perjuangan saya pun belum cukup lagi, walaupun sudah 3 kali dipenjara bertahun dan duduk di lokap berpuluh-puluh kali. Apabila mereka tiada bukti, mereka akan mereka-rekakan buktinya.... itulah kerja jahat polis.
Kerana itulah saya cukup merasai apa yang dirasai oleh ahli keluarga tahanan ISA. Bagaimana rasanya kita sebagai anak Malaysia tetapi dinafikan hak-hak kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Kerana itulah penulis-penulis blog jangan sedap mulut aje nak kutuk pimpinan., sedangkan mereka belum lagi di uji. Walaupun peristiwa tersebut sudah berbelas tahun sudah berlalu, tetapi saya merasainya umpama baru semalam berlaku. Kerana itulah saya ingin agar Al-banjari dan Alhusseyn sebagai senior, tolong nasihat penulis-penulis ala Umno ni sikit dan tulisan ini kalau kena edit wak dan cikgu editlah........ Insyaallah kita akan berjumpa lagi.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular