Mengikut hukum penjara yang di amalkan di Malaysia ini adalah berpandukan kepada undang-undang British. Iaitu setiap hukuman yang dijatuhkan akan diberi pengampunan secara langsung. Umpamanya seseorang itu dijatuhi hukuman selama 3 tahun, maka ia dipanggil potong ampun sebanyak 1/3. Maka ia akan dipenjara kan selama 2 tahun sahaja, melainkan sekiranya ia melakukan apa-apa kesalahan didalam penjara maka dia akan dihadapkan ke satu perbicaraan yang pengerusinya(hakim) ialah penguasa penjara yang seseorang pesalah diami.
Katakan lah seseorang pesalah itu ditangkap kerana menghisap tembakau atau apa pun kesalahannya, maka pesalah akan dibicarakan dipenjara. Jika didapati bersalah dan dijatuhi hukuman selama 3 hari atau pun seminggu, maka pesalah tersebut akan dihukum selama 2 tahun 3 hari. Dan begitulah seterusnya jika pesalah tersebut sentiasa melakukan kesalahan, ia boleh dihukum cukup 3 tahun. Sekiranya pesalah tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan ia akan dipenjara kan selama 2 tahun sahaja.
Jarang berlaku kes seseorang yang dijatuhi hukuman 3 tahun akan tinggal 3 tahun juga didalam penjara. Itu yang membezakan seseorang yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah dengan yang di ISA kan. Kerana hukuman yang mahkamah jatuh kan terhadap seseorang pesalah, mereka tahu bila waktu mereka akan dibebaskan.
Umpamanya penjara seumur hidup, ia hanya akan mendiami hukuman penjara selama 13 tahun 4 bulan. Untuk pengetahuan anda, penjara seumur hidup ialah 20 tahun dan ditolak 1/3 (6 tahun 8 bulan). Jika seseorang itu dipenjara sepanjang hayat maka bebasnya ialah apabila sudah meninggal.
Melainkan ada pengampunan Sultan ataupun Raja, itu pun selepas 20 tahun menjalani hukuman. Baru mereka boleh membuat rayuan kepada Sultan atau pun Raja. Itu adalah perbezaan antara tahan ISA dengan tahanan Mahkamah. Jikalau beliau telah di ISA kan selama 8 tahun bermakna hukumannya bersamaan dengan 12 tahun yang dijatuhi oleh mahkamah.
Apakah dia kesalahan yang hukumannya 12 tahun, antaranya bunuh tanpa niat (seksyen 304). Merogol anak sendiri yang mana hukuman maksimunnya ialah 20 tahun dan ada sebatan. mengedar dadah dibawah seksyen 39A, hukumannya seumur hidup (20 tahun), kalau ada rayuan mungkin 12 tahun sahaja ataupun mungkin kurang daripada 10 tahun.
Kerana itulah akta ISA laknatullah ini adalah akta paling zalim kerana tertuduh tidak tahu apa tuduhannya. Oleh kerana pihak polis tiada bukti maka mereka gunakan akta ini untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bicara....... saya ulangi......... tanpa bicara selama 2 tahun dan mereka boleh menyambung kan lagi 2 tahun dan sambung lagi.
Kerana itulah Said Zahari dipenjara kan di Singapura dibawah akta ini selama berpuluh-puluh tahun.......... Renungkan lah..... Kerana itulah Prof. Dr. Zulkiflee mengingat kan kerajaan semasa Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri) membentangkan akta ini 49 tahun dahulu takut-takut disalah gunakan......... Dan memang tepat apa yang di ingatkan oleh Prof. Dr.Zulkiflee......... memang akta ini telah disalah gunakan oleh Umno untuk kepentingan politik mereka.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 6 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
1 ulasan:
Terima kasih atas maklumat ni.
Catat Ulasan